Tuesday, January 19, 2016

The Force Awakens

Saya bercadang untuk bercerita perihal filem-filem yang tercalon di anugerah Oscar (seperti tahun lalu), Itu pun kalau sempat. Tetapi adalah lebih baik saya menulis sedikit berkaitan filem yang paling hype tahun lepas....


Star Wars: The Force Awakens (2015)

Menontonnya lebih kurang 2 minggu selepas ianya ditayangkan. Spoiler pun dah tahu. Tapi tak kisah pun. Saya bukanlah peminat tegar Star Wars. Walaupun saya membesar di tahun 80an tetapi Star Wars bukanlah satu kegilaan. Tetapi saya akui, saya juga pernah bermain menggunakan lampu kalimantang sebagai light saber akibat terpengaruh dengan Star Wars. 

Berbanding Star Wars, saya lebih terpengaruh dengan siri tv seperti Battlestar Galactica dan Buck Rogers. Maklumlah di zaman awal 80an, duduk di felda, mana la berpeluang untuk menonton wayang. Cerita wayang seperti Star Wars hanya dapat ditonton di tv pada hari raya, tahun baru cina ataupun krismas beberapa tahun selepas keluar di panggung wayang. Sebab itu saya lebih terdedah dengan apa yang dimainkan di tv. Maklumlah tv Singapore zaman itu agak up to date juga cerita-ceritanya.

Pada saya The Force Awakens seronok ditonton. Abaikan muka jambu rambut beralun, Kylo Ren atau bagaimana mudahnya Rey dapat menguasai the force tanpa perlukan seorang mahaguru. Tak kisahlah jika jalan ceritanya re-cycle. Ini versi baru yang lebih segar. Versi untuk generasi sekarang.  Return of the Jedi pun dah 30++ tahun dah. Mungkin saya bukan die-hard fan. Pasal tu tiada nak komplen atau terasa sangat.


Ini era baru. Era Disney. Pada saya Disney berjaya memfemininkan (ada ker ayat macam ni) Star Wars dengan meletakan watak utamanya seorang perempuan ala-ala cerita princess terbitan mereka. Buktinya isteri dan anak-anak perempuan saya yang tidak pernah mengambil tahu perihal Star Wars sebelum ini rasa seronok menontonnya. Yang bagusnya mereka tidak perlu menonton episod sebelumnya untuk memahami jalan ceritanya.

Tak kisahlah jika ianya tidak tercalon dalam anugerah Academy tetapi kemunculan Han Solo, Princess Leia, Chewbacca dan Millennium Falcon sememangnya mengembalikan nostalgia. Tak sabar pula untuk menanti episod yang seterusnya.




8 comments:

  1. Ni contoh pilem to hell with the critics.
    kritiks kutuk apa je la, tapi lantak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kalau orang buat tak peduli apa pengkritik cakap. Pegi jahanam.

      Delete
  2. Lum tgk lagi filem ni.tggu dvd je la nanti.tapi buck rogers tu mmg aku ingat sangat..heheh

    ReplyDelete
  3. pawagam kat bintulu ni (the one and only, starcineplex) dah sebulan tunggu belum jugak naik2 poster setawas 7 ni... dah tawar hati dah aku nak sambung hobi mewayang

    ReplyDelete
  4. belum tgk tunggu hbo je tahun ni haha

    ReplyDelete
  5. Apasal anak kita possing sepesen? Ko rembat bawak balik stormtroper tu eh. Ala yg haritu possing belakang cd ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaya generasi k-pop...hahaha...

      btw...kalau ikut hati memang nak angkat jer stormtroper tu...tapi baru nak bergambar dalam pagar bertali tu pun dah kena jeling dengan pak guard...

      Delete