Monday, April 4, 2016

Pedal To The Metal isu #2

Barang yang baik memang patut di promosikan


Metal Punk Berbasikal! Isu #2 Mac 2016

Seperti isu yang pertama >SINI<, Kali ini Ra1m1 kembali dengan kayuhan yang lebih padu. Kalau anda pernah membaca isu yang pertama, pastinya anda akan paham dengan konsep Pedal To The Metal zine ini.

Seperti yang dicatatkan di dalam halaman prakatanya, zine ini bukanlah hanya berkisar tentang basikal dan muzik sahaja. Malah ada juga cerpen dan beberapa artikel lama dari blog beliau yang diolah semula. Saudara Adi Herman rakan blogger dari blog Molotov Cocktailz juga turut menyumbangkan karya cerpen beliau. Makin hebat beliau semenjak terbitnya novel "Pentagram Di Atas Pusara". Kipidap bro!


Tahniah untuk saudara Ra1m1 kerana terhasilnya isu #2. Bukan senang nak jual zine kertas di zaman yang semuanya pun dah "paperless" ni. Jika anda kenal beliau tak kiralah melalui karya muziknya ataupun blognya atau sahaja sekadar rakan di FB atau baru ni tau, amatlah dicadangkan untuk mendapatkannya barang senaskah.

Percayalah. Ianya memang berbaloi!

Beliau boleh dihubungi melalui :-
Email: faithcraftproductions@yahoo.com
Whatsapp: 019-2281979
facebook 
Blog : Kusyuk Kematian  dan   Faithcraft Productions


Untuk Ra1m1,

Terimakasih untuk cd Jehovah The Satyr. Saya akan cuba untuk membuat ulasan walaupun bukanlah pandai sangat pun.






7 comments:

  1. Dah 3 blog review majalah ni.tak bole jadi ni

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. cd.. majalah.. novel.. hukhuk nk jual tanah cari modal beli

    ReplyDelete
  4. 2nd photo design dan drawing lawa..

    ReplyDelete
  5. dengar katanya isu ketiga dlm proses sudah..

    ReplyDelete
  6. TQ bro... Aritu saya kat Wak Kentut dengan gig promoter saudara Eddie, The Four Horsemen. Dia peminat blog bro. Teringin benor dia nak lepak ngan bro.

    ReplyDelete
  7. wahhh dah beli dah...tq tuan kerana support

    ReplyDelete