Wednesday, March 30, 2016

Fear No Evil

Lagi dari tahun lepas, yang dah pun 20 21 tahun...


Slaughter - Fear No Evil (1995)

Mungkin ada yang mencebik. Bukan sahaja bagi golongan "true" tetapi juga golongan 90an. Apa-apa yang berkaitan dengan glam dan hair metal adalah sangat tak cool dan ketinggalan zaman pada tahun tersebut. Tetapi Slaughter tetap berdegil. Mereka adalah dari generasi ke 3 glam/hair metal dan telah pun mencapai zaman kemuncak pada awal tahun-tahun 90an.

Dengan Fear No Evil, mereka seolah-olah tidak pernah mendengar perkataan grunge. Mereka langsung tidak terpengaruh dan berubah. Mereka tetap setia dengan genre muzik yang telah mempopularkan mereka. Melodic hair metal yang menentang arus.


Kalau berubah pun, muzik mereka menjadi lebih matang dan selangkah kehadapan berbanding album sebelumnya, The Wild Life. Tetapi ianya masih tetap dalam acuan melodic hair metal tetapi dengan sound yang lebih berat. Ikut telinga saya memang boleh tahan sedap lagu-lagunya.

Tetapi perkara ini tidaklah mendatangkan kebaikan dari segi populariti dan jualan album mereka. Nama mereka terus tenggelam di arus perdana. Tetapi tabik buat Mark Slaughter dan rakan-rakannya kerana berpegang teguh dengan muzik yang mereka minati walaupun dunia muzik mainstream meminggirkan mereka.

Tabik!



5 comments:

  1. Yes..betul.album ni masih mengekalkan glam rock sedang tahun 95 ramai nak jadi Alanis Moristte ngan dolores zombie..heheh

    ReplyDelete
  2. band ni sempat buat berapa album ya..?

    ReplyDelete
  3. era 90'an cenel MTV pun xnk siar dh bidioklip rock kangkang.. katanye ketinggalan zaman..

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pasal ni album.. aku ingat band mana la..

    ReplyDelete
  5. nama band ganas, baru tahu main stail ni.

    ReplyDelete