Tuesday, December 22, 2015

Wings 30 tahun

Sempena konsert Wings 30 tahun yang akan berlangsung di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru pada 25hb Disember nanti...


Sayangnya berkemungkinan besar saya tak akan pergi. Tarikh tersebut kebetulan sama pula dengan tarikh percutian saya bersama keluarga yang telah dirancang awal. Memang tak boleh nak ubah dah. Tunggu laporan dari Portdy, Shafid atau mungkin Deaf ajer lah kalau dia orang turun.


Berbalik kepada cd 30 tahun, rasanya tiada apa yang menarik pun jika anda telah mempunyai kesemua cd album Wings. Mungkin bonusnya lagu "Midnight Blues" kali pertama (betulkan kalau saya tersilap) di keluarkan secara track yang bersendirian. Tidak sambung menyambung dalam trilogi  3 lagu macam cd album Teori Domino. Senang lah sikit nak dengar.


Dari segi seleksi lagu, mungkin susah kot kalau nak puashati hati semua orang...maklumlah banyak lagu best...30 tahun punya seleksi lagu...tapi ok la ni...2 disc...RM25...24 lagu...lagu rancak ada...lagu slow ada...zaman Mus ada...zaman Mel ada...kira ok la...


Bagi yang baru nak kenal Wings, mungkin cd ini sedikit sebanyak dapat membantu. Tambah pula gambar-gambar di inlaynya boleh tahan cantik.

Kepada yang pergi konsert nanti...selamat berkonsert...yang tak pergi....baca review ajer la....





12 comments:

  1. Replies
    1. betul...tak berapa menarik pun kalau dah ada semua cd wings..

      Delete
  2. Aku ingat live album.ok tak jadi beli..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula,aku pun ingat live album 30 tahun punye konsert..chehhhhh

      Delete
  3. At least lagi cantik cd ni dari menakluk Kosmos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tu memang suwey...aku sampai sekarang tak tau mana nak selit digipak dia tu kat rak cd aku....hampeh betul...

      Delete
  4. Dalam album Teori Domino Revisited Jamming Session 07.1 (2007) lagu Midnight Blues tu dh asing2... album jamming ni ade 2 cd..satu cd jamming session n satu cd teori domino 1990...

    ReplyDelete
  5. masa konsert hari tu nak sambar, tapi tak jadi, tunggu dia punya dvd klu ada rilis, baru beli..hehe

    ReplyDelete
  6. ok la release ni. Cantik pun cantik.
    tapi aku tak beli...haha

    ReplyDelete