Thursday, January 31, 2013

The Hunger Games

Sambungan misi menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence kerana >INI<


The Hunger Games (2012)

Dah lama tau pasal The Hunger Games, bukan filemnya tetapi bukunya. Anak saya adalah salah seorang peminat novel remaja tulisan Suzanne Collins ni. Meng"download" filemnya pun atas permintaan beliau. Kalau tak kerana hendak menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence, pasti saya tak akan menontonnya.

Amaran dari anak saya, novelnya lebih bagus dari filem. Tetapi disebabkan saya tak pernah membaca novelnya, tak boleh lah saya nak bandingkan. Seperti Harry Potter dan Twillight, cerita adaptasi novel fantasi remaja begini sudah pasti sasarannya adalah untuk golongan remaja. Tetapi saya agak terkejut juga kerana ceritanya ada unsur keganasan iaitu bunuh membunuh. Tak pasti adakah ianya sesuai untuk remaja?

Ceritanya pada saya biasa-biasa sahaja. Ianya mengingatkan saya kepada filem The Running Man. Selian dari scene yang gambarnya bergoyang-goyang memeningkan kepala, sesuatu yang menarik dari filem ini pada saya adalah lakonan Jennifer Lawrence. Tidak syak lagi beliau pastinya akan menjadi bintang kelas A di masa hadapan.






Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday







***happy belated birthday to my better half (29/01)

Tuesday, January 29, 2013

What Hits!?

Lagi koret-koret entri yang patutnya publish tahun lepas. (kes tersadai dalam draf dan malas nak siapkan)

Kaset yang dah 20 21 tahun.



Red Hot Chili Peppers - What Hits!? (1992)

Mula terjebak mendengar RHCP adalah di masa album "Blood Sugar Sex Magik". Dari situ mula teruja untuk mendengar material mereka yang sebelumnya terutamanya album "Freaky Styley", "The Uplift Mofo Party Plan" dan "Mother's Milk". Maklumlah banyak terbaca review yang positif sehinggakan Sacred Reich pun tulis pasal mereka dalam lirik lagu 39 Flavors.

Disebabkan dulu tiada download, tiada youtube,maka kaset kompilasi ini sahaja yang dapat di jadikan bahan  untuk ujikaji trial & error. Tambahan pula pada ketika itu video clip lagu "Behind The Sun" sering diputarkan di MTV sebagai lagu promosi untuk album ini. Dan saya amat tertarik dengan melodi lagu tersebut.

Kompilasi ini adalah himpunan lagu2 di zaman sebelum mereka menjadi popular (zaman Hillel Slovak, zaman EMI, sebelum zaman "Blood Sugar Sex Magik") kecuali  "Under the Bridge", semua lagunya tidak pernah saya dengar sebelumnya.


Ternyata album ini tidak mengecewakan. Ianya adalah berbeza dengan RHCP yang kemudiannya seperti  zaman One Hot Minute ataupun Californication. RHCP lama adalah sebuah band yang benar-benar berkonsepkan funk dengan elemen rap-rock dengan bass Flea yang meletop-letop

Banyak juga lagu-lagunya yang sedap antara yang jadi highlightnya adalah cover Stevie Wonder "Higher Ground", "Brothers Cup", "Johnny Kick a Hole In The Sky", "Behind The Sun"...



Saturday, January 26, 2013

Vs Perak....lagi


(sekali lagi cadangnya nak tampal gambo tiket kat sini...sayangnya tiket kali ni takder tulis game apa...tarikh pun takder...malas aku nak tampal...tak best langsung kalau jenis yang rajin nak collect...)

FA Cup 25hb Jan 2013
Johor Darul Takzim 1 Perak 0
(Aidil Zafuan)


antara yang menarik...

1- Stadium tak sepenuh dan sesesak game liga super vs Perak dan ATM tu hari...masih ada ruang bahagian bawah kat belakang tiang gol...mungkin pasal game ni ada live kat Astro.

2- Bahagian tengah JDT nampak makin serasi...banyak control ball...defend pun makin bagus...cumanya masih tak nampak nak kenduri gol.

3 - Ada kucing masuk padang...tengah bersorak pasal kucing time tu lah JDT score gol...hasilnya aku tak nampak pun siapa yang score...hampeh betul...apsal la stadium kat Malaysia ni takder layar besar boleh replay...

4- Ada seorang penyokong Kelantan buat provokasi. Pakai jersey Kelantan duduk kat atas tembok tengah2 supporter Johor...Ni namanya berani tak bertempat. Nasib "This is Larkin"...tak kena baling...tak kena kepung...Bila hampir suku stadium jerit suruh bukak baju...dan dah ada yang datang nak bukak baju mamat tu...polis datang iring mamat ni keluar...bagus...takder yang buruk berlaku...kalau iyer pun nak menyokong agak2 la...ni bukan lawan Kelantan pun...ni namanya bangang dan saja cari pasal...

1st time nengok bola ngan anak..ni anak aku yang no 2...memang kaki bola...



"LUASKAN KUASAMU"





Thursday, January 24, 2013

House at the End of the Street

Menjejaki filem Jennifer Lawrence kerana >NI<


House at the End of the Street (2012)

Twist ending adalah elemen paling penting dalam filem2 horror zaman sekarang. House at the End of the Street juga tidak terkecuali. Selain hal lakonan, dengan plot dan jalan cerita sama yang dah berulang-ulang kali kita tonton, kekuatan twist endinglah yang membezakan sesuatu filem horror tersebut.

Selepas 10,15 minit awal lagi saya sudah tercari2 apakah twist yang akan berlaku kerana jalan ceritanya agak straight forward dan awal2 lagi telah ditunjukkan yang pembunuh yang membunuh di awal ceritanya masih hidup. Ini bermakna sudah pasti bukan beliau yang membunuh. Takkanlah filem ini semudah itu.

Ternyata tekaan saya benar. Walaupun twistnya agak menarik (saya hampir menekanya dengan tepat) tetapi filem ini agak kurang elemen seramnya. Mungkin pasal ianya lebih kepada filem thriller berbading horror.

Kesimpulannya ok ok ajer la...tak tengok pun anda tak rugi apa...kecuali kalau nak tengok Jennifer Lawrence macam saya :P





Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

Burger Bakar Abang Burn, B Point Station, Johor Bahru




Monday, January 21, 2013

Evolusi

Lagi koret-koret entri tersangkut dalam draft dari tahun lepas

Album rock melayu yang dah 10 11 tahun.


Viper - Evolusi (2002)

2002 adalah tahun-tahun yang saya kembali membeli kaset dan cd terutamanya band2 rock melayu. Sudah lupa bagaimana saya boleh terjebak membeli kaset ini. Mungkin juga atas faktor XPDC dan rasa ingin tahu bagaimana agaknya muzik Zuar selepas keluar dari XPDC.

Mungkin ini album balas dendam Zuar untuk membuktikan dia boleh bergerak sendiri tanpa XPDC. Lirik "Nekad" jelas adalah luahan yang terbuku di dalam hati beliau. Dia memilih untuk bermain gitar sambil menyanyi. Bukannya bermain bass semasa bersama XPDC. Sayangnya pada saya album ini agak kurang menjadi. Saya akui Zuar memang berbakat tapi lagu-lagunya tidak cukup kuat. Mungkin atas dasar itu lagu-lagu XPDC kebanyakannya hasil ciptaan Izo dan Mael.


Tetapi kelemahan yang ketara pada saya adalah vokal Zuar sendiri. Ternyata beliau bukanlah lawan Mael mahupun Ali. Growlnya memang tak menjadi. Pengunaan teknologi studio sedikit sebanyak membantu menutup kelemahan vokalnya. Rasanya cuma lagu Memori dan Nekad sahaja kot yang agak diketahui.

Senang cerita, eloklah dia kembali bermain bass dan bukannya menyanyi. Antara kaset yang akan hilang dimakan zaman.




Saturday, January 19, 2013

Vs ATM

(patutnya sini gambo tiket...tapi mamat jaga pintu masuk tu dah koyak dan tak pulangkan tiket aku)

Aku tak tau lah berapa ramai orang JB yang tak duduk rumah malam tadi...aku ingat bila pas masuk Maharaja Lawak Akhir kat Stadium MBJB dah sold out...kuranglah sikit umat kat Stadium Larkin ni...rupanya tidak...lagi teruk berhimpit2 nak masuk...rasanya macam lagi ramai dari game lawan Perak tu hari. Memang full house.


Aku duduk sama-sama ngan penyokong ATM. Takder gaduh-gaduh...takder baling-baling...kita nak fun tengok bola...siap nyanyi sama-sama...ejek2 tu biasa la...kalau nak suh diam-diam baik pegi tengok Raja Lawak...Aku harap penyokong Kelantan kalau datang sini Mei depan pun boleh macam ni...Ada orang datang bawak anak...bawak bini...apa barang gaduh-gaduh...


Game malam tadi pun best...nampak lebih serasi...walaupun hujan renyai-renyai...takder la nak main long ball ajer...Johor DT kontrol game...banyak sangat peluang....tapi takder nasib nak menang...kredit untuk ATM...2 kali dorang di depan...Guiza dan Mat Yo jadi penyelamat...tinggal tunggu turn Safee jer ni...banyak peluang masih tak dapat nak gol kan...


Apa-apa pun aku respek penyokong ATM...90 minit menyanyi non-stop...memang suara dan gendang mereka tak pernah tenggelam. Setakat ni pada aku kelab penyokong dorang paling terbaik...semua pun tersusun. Aku harap kelab penyokong Johor jadikan dorang contoh. Respek!



Friday, January 18, 2013

Silver Linings Playbook





"Silver Linings Playbook is my pick for the #Oscar in all eight categories! Any film that mentions Megadeth is a winner in my book!" - Dave Mustaine

Haha...Kalau Abang Mus dah approved...Ni memang wajib tengok.

Seriusnya, cerita ni memang bagus. Kalau tak, takkan lah ianya tercalon untuk 8 anugerah penting Academy termasuklah Best Picture, Best Actor, Best Actress, Best Supporting Actor, Best Supporting Actress dan Best Director.

Jarang nak jumpa cerita bergenre romantik komedi tercalon. Maklumlah cerita genre begini biasanya penyudahnya agak predictable, jenis-jenis happy ending la kan. Tetapi bagi saya permulaan hingga 3 suku perjalanan filem ini lah yang membuatnya menarik, agak sukar dijangka. 

Dari segi lakonan memang tip top. Bradley Cooper membuktikan bahawa dia bukan sahaja "Sexiest Man Alive", gelaran yang di berikan oleh majalah People tetapi lakonannya sememangnya melayakkan dia menjadi pelakon kelas A. Dan filem ini juga mengembalikan Robert De Niro untuk pencalonan Best Supporting Actor yang pernah dimenanginya dengan filem The Godfather Part II pada tahun 1974.

Tapi saya cukup tertarik dengan lakonan Jennifer Lawrence. Sangat Kiut. Saya harap dia menang best actress. Tiba-tiba macam terasa nak cari balik filem-filem lakonan beliau.



*nak kena cari ni cerita2 yang tercalon jadi best picture, dari 9 tu cuma yang ni je dah tengok





Thursday, January 17, 2013

Warriors of the World

Entri yang sepatutnya diterbitkan tahun lepas tetapi terlajak....

Album yang dah 10 11 tahun.


Manowar - Warriors of the World (2002)

Album yang membuatkan ramai peminat lama jadi tawar hati kepada mereka termasuklah saya. Track pertama "Call to Arms" sebenarnya adalah sebuah lagu yang agak bagus juga tetapi 4,5 lagu selepas itu lah yang menjadi puncanya ramai yang tak suka.

Manowar cuba menunjukkan sikap patriotik mereka selepas peristiwa 9/11. Sayangnya mereka memilih untuk menjadi meleweh dengan lagu-lagu jenis opera. Ok, Master Of The Wind juga adalah lagu yang meleweh, tetapi kalau ada 4,5 lagu meleweh dalam satu album kononnya true metal memang agak membosankan juga.


Kaset ini saya tinggalkan dalam gerobok tak terusik sehinggalah sekarang. Mendengarnya semula (secara download, radio kaset saya dah rosak) selepas 10 11 tahun dengan usia yang semakin tua dewasa memungkinkan saya mendengarnya dengan pemikiran yang lebih terbuka.

Kesimpulannya Warriors Of The World takderlah seteruk mana. Layan jugak sesekali bila mendengar Eric Adams cuba untuk menjadi Luciano Pavarotti. Tetapi apa yang dulunya saya tak perasan adalah 3 lagu terakhir dari album ini. Oleh kerana selalu berhenti mendengar selepas track ke 3 atau ke 4 "Hand of Doom," "House of Death," dan "Fight Until We Die" adalah hidden gems yang saya terlepas pandang. Ini lah apa yang peminat lama Manowar mahukan. Hard, heavy, and brutal!. Tak kisah lah kalau liriknya balik-balik Kill, Die,Sword,Death,Metal.Steel dan lain lain tu. Dah namanya Manowar, kalau tak macam itu....ianya bukanlah Manowar kan?



Tuesday, January 15, 2013

Rock Star

Semenjak mempunyai astro pvr ni, banyak juga cerita-cerita lama yang sempat saya rakam untuk tontonan masa-masa lapang kemudiannya. Kebanyakannya adalah cerita-cerita yang dahulunya saya tonton melalui vcd/dvd gambar gelap senget benget siap ada kepala orang melintas dengan suara mendap serta subtitle yang boleh masuk Maharaja Lawak.

Yang pertama saya tonton malam tadi adalah...


Rock Star (2001)

Rasanya yang minat rock pasti dah tonton cerita ni. Oleh tu tak payah la ulas panjang lagi pun pada saya ceritanya biasa-biasa sahaja.

Walaupun saya suka adanya Jeff Pilson (Dokken), Jason Bonham, Zakk Wylde (Ozzy), Blas Elias (Slaughter) berlakon sama dan guna pulak suara Miljenko Matijevic (Steelheart) dan Jeff Scott Soto (Yngwie Malmsteen) tapi saya memang tak boleh terima Mark Wahlberg jadi pelakon utamanya. Tak dinafikan Mark Wahlberg pelakon yang baik tapi cuba bayangkan kalau AC Mizal jadi hero filem Rock Mamat Khalid....eiiiii....

Penerbitnya tak pernah tengok cerita Airheads ker?


Rasanya Tom Cruise dalam Rock Of Ages lagi rock dan dia guna suara sendiri. Tabik!
Hmmm...nasib Jennifer Aniston jadi penyelamat...heheh..



Monday, January 14, 2013

Penunggu

Entri yang sepatutnya di publishkan tahun lepas...

Album rock legenda melayu yang dah masuk 30 31 tahun



Sweet Charity - Penunggu (1982)

Ini adalah antara album yang buat saya celek pasal rock. Antara album yang membuatkan saya mula cenderung kepada muzik berbanding main bola, main bmx maupun berkubang di paya. Antara album yang membuatkan saya mula berjinak2 untuk curi2 pakai gitar kapok abang.

Penunggu sama seperti album2 Sweet Charity sebelumnya masih terikat dengan acuan rock 70an tak kira ala2 British seperti Deep Purple,Uriah Heep maupun ala US seperti Foreigner,Styx, Bad Company dll. Dan seperti biasanya sedikit rojak dengan pengaruh dangdut.. Walaubagaimanapun saya agak tertarik dengan lagu "Haji". Mungkin juga inilah lagu nasyid rock yang pertama. Dan juga lagu "Apa Khabar Sayang?". Muzik kemelayuannya mengingatkan saya kepada zaman kanak2 di tahun 70an mendengar cerita2 bangsawan di radio hampir setiap malam.



Seperti biasa Sweet Charity mesti ada ciplak. Kali ini mereka menjadikan "Die Young" dari Black Sabbath pula mangsa mereka. Ntah kenapa band2 70an tak kira genre apa memang suka menciplak terutama kepada lagu2 yang mereka rasakan tidak berapa diketahui ramai. Ciplak maksud saya di sini adalah meniru melodi, rif atau solo dengan tidak memberikan kredit kepada pencipta lagu asal.

Tetapi kalau lagu itu memang sebijik tetapi cuma di alih bahasa, contohnya "Wonderful Tonight" dari Eric Clapton yang mereka ubah menjadi "Dia", biasanya kredit akan diberikan. Dan biasanya lagu2 begini akan di panggil sebagai lagu saduran. Yang ini bukanlah namanya ciplak. Sebenarnya saya suka juga versi bahasa melayu ni...kena dengan suara Ramli Sarip. (BTW, Wonderful Tonight adalah antara lagu awal yang saya belajar untuk bermain gitar . Pada masa itu lagu ni kira lagu wajib mat rock untuk belajar main gitar)

Walaubagaimanapun antara lagu yang menjadi kenangan saya adalah "Nada Penyesalan", antara lagu yang sering saya dengar zaman budak2 dulu. "Penunggu", lagu yang sedikit sebanyak mempengaruhi saya meminati muzik rock dan "Jangan Tak Jadi", lagu yang sering digunakan untuk memerli kawan2 yang bercintan bagai nak rak tapi tak juga kawin2...heheh..





Saturday, January 12, 2013

Vs Perak




Ini adalah kali pertama selepas hampir 20 tahun tak tengok liga Malaysia kat Larkin. Pasir Gudang masa Johor FC main kat sana ada la jugak beberapa kali.

Stadium boleh lah dikatakan hampir full house. Parking kat belakang Shell sebelah Terminal Larkin. Bayangkan lah bertapa jauhnya kena menapak. Tapi seronok nengok meriahnya jalan ramai2.Lama dah tak rasa suasana macam pesta cengini.

Tapi yang hampanya, pasukan star lawan 9 orang pun cuba dapat 1 gol. Kontrol game...peluang memang banyak tapi penyudah hampeh. Bila Perak start parking bas ala2 Chelsea vs Barcelona, memang lagi payah la nak dapat gol.

Takper la yang penting menang, mungkin belum cukup serasi.

next game kalau aku turun nanti...aku buat report lagi.

"Luaskan Kuasamu"

THIS IS LARKIN!




Friday, January 11, 2013

Straight Between the Eyes

Lagi entri yang patutnya publish tahun lepas...

Yang klasik dari 30 31 tahun yang lalu.


Rainbow - Straight Between the Eyes (1982)

Adakah ini album terbaik Rainbow ketika bersama Joe Lynn Turner? Pada saya jawapannya YA.

Ok..senang cerita, kalau nak menghayati album ini...anda harus melupakan zaman Dio. Ini bukan dungeon and dragon. Memanglah tak boleh nak lawan zaman Dio. Konsepnya juga berlainan. Memang sudah maklum Ritchie Blackmore mahukan pasaran US. Suara Joe Lynn Turner memang sangat sesuai dengan konsep hard rock komersial yang Ritche mahukan. Tak rasa Dio sesuai dengan muzik yang begini.

Awal 80an adalah zaman band2 pop rock seperti  Foreigner, Journey, Asia menguasai carta. Rainbow juga tak mau ketinggalan. Kalau Difficult to Cure (1981) cuba nak jadi ForeignerBent Out of Shape (1983) terlebih OAR, Straight Between The Eyes adalah di tengah2. Sebuah album melodic hard rock yang best. Back to basic. Memang saya suka.


Lagu2nya juga agak pelbagai. Ada yang heavy rock seperti 'Dead Alley Driver', slow rock klasik berhantu seperti 'Stone Cold'...malah lagu epic ala zaman Dio pun ada pada "Eyes of Fire". Mungkin ada juga yang tak dapat menerima lirik2 cintan Joe Lynn Turner. Tapi inilah Rainbow zaman 80an. Hard rock ala america. Cuma yang membezakan mereka adalah solo2 dasat Ritchie. Dengarkan solo beliau dalam lagu 'Dead Alley Driver'. Memang ternganga dibuatnya...




Tuesday, January 8, 2013

Katakan

Menonton konsert 2 Raksasa di Astro Fiesta beberapa hari yang lalu tetiba membuatkan saya bernostalgia kepada lagu ni.


Kalau memori saya betul, inilah lagu melayu pertama yang saya belajar untuk bermain gitar ketika awal 80an dahulu terutamanya part bass Jim Madasamy tu. Selainnya lagu-lagu rock omputeh contohnya  macam  Smoke On The Water, When The Smoke Is Going Down, Always Somewhere dan Wonderful Tonight. Budak-budak Johor zaman tu memang rock dan blues.

Masih saya ingat pada ketika itu, remaja zaman tu  tak cakap "tak rock la" atau "tak metal la"...tapi "tak blues la" kalau kita buat sesuatu yang tak cool. Begitulah kuatnya pengaruh band blues berasal dari Johor ni. Sayangnya sekarang dah tak jumpa dah band yang begini lagi.

Selain Ritchie Blackmore, zaman tu kalau cerita bab gitar selain Rosli Mohalim (Sweet Charity), nama Julian Mokhtar lah yang selalu disebut-sebut. Tambah-tambah pulak dia hensem macam mat saleh la kan...heheh..



Best. Lama betul tak dengar lagu ni. Kalau tak silap dari album Ada Lagi (1982). Walaubagaimanapun, untuk makluman lagu ini sebenarnya asalnya adalah lagu dari A Romzi & The Hooks dari EP mereka "Katakan Padaku" terbitan tahun 1968. Banyak betul lagu-lagu A Romzi ni yang sedap-sedap. Sayangnya generasi sekarang kurang berpeluang untuk mendengarnya.



***Best pulak kat Astro Fiesta  tu hari berpeluang nengok Best Of Sonisphere Festival. Ada la Alice Cooper, Europe, Soulfly, In Flames, Alice In Chains, Slash dan lain-lain. Tak pasti ni Sonisphere tahun berapa, mungkin 2010 tapi ada yang macam 2011. Yang tak bestnya mana Iron Maiden, Slayer???




Monday, January 7, 2013

Abigail II: The Revenge

Yang patutnya di publishkan tahun lepas...kaset 10 11 tahun...



King Diamond - Abigail II: The Revenge (2002)

Ntah kenapa dalam banyak2 band metal yang saya dengar ketika zaman budak/remaja, saya tidak pernah mempunyai apa2 album dari King Diamond. Mungkin kerana kekangan kewangan seorang pelajar yang menyebabkan saya terpaksa memilih apa yang patut dibeli apatah lagi sejak dizaman sekolah hingga ke IPT saya  mempunyai kawan rapat yang meminati King Diamond yang menyebabkan saya tidak perlu membeli untuk mendengarnya.

Pengalaman pertama saya mendengar King Diamond adalah melalui abang saya melalui lagu Melissa dari Mercyful Fate. Mendengarnya di waktu malam dengan menutup lampu memang amat menyeramkan apatah lagi imej King Diamond yang begitu. Pada ketika itu bagi saya inilah band yang paling setan sekali.

Kemudiannya saya di dedahkan dengan album Abigail dan Them oleh rakan sekolah merangkap drummer band saya ketika zaman saya di sekolah dulu. Di IPT saya di dedahkan pula dengan Conspiracy dan The Eye oleh seorang rakan baik saya. Ini bermakna walaupun saya tidak mempunyai apa2 material KD tetapi saya cukup maklum dengan lagu2nya.

Maka apabila saya kembali mendengar metal di tahun 2001/02 (pencen sekejap lepas kahwin konon2nya..heheh), saya membeli kaset ini. Saya memang mengharapkan ianya sebaik Abigail (1987) kerana sememangnya bukannya mudah untuk membuat sambungan konsep album. Apatah lagi ianya selepas berbelas tahun.



Ternyata ianya sememangnya album yang bagus. Jalan cerita bagus. Lagu2nya pun bagus malah intro "Spare This Life" masih boleh menyeramkan saya seperti dulu bila mendengarnya waktu bergelap di tengah malam. Kemasukan Mike Wead yang bergandingan dengan Andy LaRocque menjadikan KD kembali mempunyai twin gitar solo yang menyengat. Memang bagus riff2 dan solonya. Simple, melodic dan sangat lazat walaupun kadang-kadang ianya mengingatkan saya kepada riff2 Jeff Waters (Annihilator).

Mungkin juga album ini boleh di gelar metal opera. Lagu2nya memang catchy dan suara KD dari normal pitch hingga jeritan falsetto yang menyeramkan tu tetap power macam dulu. Semua lagu pun best tapi antara pilihan saya adalah "A Mansion in Sorrow" dan "Miriam".

Album ini juga menjadi penyebab untuk saya menbeli Queensrÿche - Operation: Mindcrime II. Sayangnya tidak seperti Abigail II, OP II sangat mengecewakan. Ternyata tak mudah nak buat konsep album yang bersambung ni tapi KD berjaya melakukanya.





Friday, January 4, 2013

Tower Heist





Tower Heist (2011)

Saya baru sahaja menonton filem ini di HBO. Saya tak pasti kenapa saya tak perasan akan kewujudan filem ini dulu. Melihat kepada bintang2 yang terlibat (Ben Stiller,Eddie Murphy,Matthew Broderick,Casey Affleck dll) membuatkan saya tertarik untuk menontonya.

Walaupun ceritanya bukanlah terbaik sangat. Twistnya pun dah dapat saya agak dari awal tetapi gandingan pelakon2 bintang ini berjaya membuatkan saya terhibur. Ternyata lawak Ben Stiller dan Eddie Murphy kembali menjadi selepas beberapa filem mereka kebelakangan ini kurang menarik minat saya terutamanya filem2 Eddie Murphy.

Selain mereka, kredit juga patut diberikan kepada Alan Alda kerana watak jahatnya memang sangat berkesan. Tower Heist bukanlah sebuah filem komedi yang akan diingati tetapi jika anda tak tau nak buat apa musim2 hujan begini, mungkin cerita ini sesuai untuk untuk mengabiskan masa.



Thursday, January 3, 2013

Sudah Sampai Sini : Hello Kitty Town

Ni cerita cuti sekolah yang lalu...

Cadangnya nak ke Legoland. Tapi memandangkan tiket masuknya untuk aku sekeluarga mengalahkan instalment kereta sebulan, pergi ke Hello Kitty ajer lah nampaknya. Murah sikit.


Hello Kitty Theme Park terletak berdekatan dengan Legoland. Sebenarnya ada 2 theme park di sini. Tingkat 1 adalah Hello Kitty manakala tingkat 2 adalah Little Big Club. Tiket masuknya adalah RM85 seorang untuk kedua2nya ataupun RM50 seorang jika memilih untuk ke satu theme park sahaja.

pic name

pic name

pic name

Hello Kitty ni pada aku lebih untuk anak2 perempuan. Tak banyak permainan...adalah permainan cawan berpusing tu dan treasure hunt. Lain2 memang untuk budak perempuan macam buat kuku dan pasang rantai leher tu semua.

pic name

pic name

pic name

Selebihnya ianya hanyalah sekadar tempat untuk bergambar. Dan jangan lupa untuk datang awal untuk mengelakkan beratur panjang untuk sesuatu aktiviti. Gambar atas nampak lengang pasal baru pukul 10 lebih pagi. Menjelang tengahari memang sesak la. Nasib jugak ianya dalam bangunan dan sejuk.


pic name

pic name

pic name

Ada juga persembahan live 3 kali sehari kalau tak silap.
errr...sebenarnya nak ambik gambo Kitty...tapi termasuk pulak gambar2 awek tu....

TAPI...
.
.
.
.
.
.
.
.







pic name

pic name

pic name

Yang ni baru betul...kalau sebelumnya bapak2 naik mengantuk meneman anak...time ni baru lah segar....hahaha...


Mungkin nak pergi lagi...tapi yang Little Big Club pulak la pasal tu hari tak sempat nak pergi keduanya...







Wednesday, January 2, 2013

Sengatan Selatan

Entri terlajak yang patutnya publish tahun lepas...


Sengatan Selatan - Pelbagai Artis (2002)

Saya ingin bercerita mengenai kaset ini tetapi saya sendiri sudah lupa bagaimana lagu2 di dalamnya. Radio kaset di rumah saya juga sudah tidak berfungsi. Mungkin anda boleh cuba di youtube untuk mendengarnya sendiri. Saya tak mahu bercerita perihal sesuatu yang saya tak pasti. Oleh sebeb itu entri ini akan menyimpang sedikit dari tajuknya.


Selain pasal kaset ni yang dah 10 11 tahun usianya, entri ini juga adalah tribute saya kepada underground scene Johor. Walaupun saya orang Johor dan meminati muzik berat yang dulunya orang panggil underground. Saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam scene muzik bawah tanah di Johor ini. Mungkin saya lebih kepada lone ranger kerana di kalangan rakan2 rapat saya (termasuk band member zaman persekolahan saya) cuma saya seorang yang lebih cenderung kearah extreme muzik.

Ketika penghujung 80an dulu (1986 atau 1987 untuk lebih tepat). Ketika saya dan rakan2 sekolah mula kemaruk meminati muzik rock/metal. Tiada istilah underground pada kami. Kami boleh sahaja mendengar dan jamming lagu2 Metallica atau Slayer atau Iron Maiden bersama2 dengan Scorpions, Deep Purple malah Search, Bon Jovi atau Poison sekalipun. Tiada undang2 muzik apa yang harus saya dengar. Janji ada bunyi distortion pada gitar...itulah yang saya dengar.

Tapi bila saya melanjutkan pelajaran di ITM (Julai 1989), berkenalan pula dengan member2 dari KL. Saya mula dikenalkan dengan scene underground tempatan. Punisher, Nemesis, Rator, Black Fire, Silent Death dll. Satu kejutan budaya bagi saya kerana di Johor ketika itu tiada band yang memainkan muzik yang begini secara khusus. Dari situlah saya mula faham apa itu muzik underground dan pertama kali mendengar ayat "poser".

Saya masih ingat Joe Kid (Aedes) dan Aziz (Vortex From The East) membalas surat saya dengan kata2 "tak sangka Johor pun ada peminat muzik begini"...maklumlah Johor ketika itu lebih terkenal dengan band2 heavy metal/hard rocknya. Sememangnya tidak ujud scene underground di Johor ketika itu.

Tahun 1991 (kalau tak silap) semasa cuti semester, saya ditemukan dengan Saudara Masuri (antara pengasas scene underground Johor) ketika bekerja sementara di sebuah kilang biskut di Taman Johor Jaya. Beliau lebih muda dari saya dan seperti kebanyakan peminat thrash/death metal Johor yang lainnya, beliau juga tidak mengetahui ujudnya scene underground di Malaysia. Bila saya kembali ke ITM, saya mula memberikan beliau flyer2 tentang demo dan fanzine underground.

Setahun dua selepas itu, beliau pula menghadiahkan saya saya fanzine beliau sendiri Mintakulburuj zine dan kaset kompilasi terbitan beliau "Darkness Prevails". Rupa-rupanya beliau bersama2 dengan rakan2 beliau telah berjaya memulakan scene underground di Johor. Sesuatu yang saya tak sempat merasa ketika saya tengah betul2 giler dengan extreme muzik.

Walaupun begitu ada juga sekali sekala saya bercampur dengan mereka terutama ketika lepas balik kerja sama2 melepak di tepi kolam ikan di tepi tangga bersebelahan Masjid An Nur Kotaraya (dulunya depan KFC). Sekarang port ni dah tak ujud sejak2 Plaza Kotaraya dah berwajah baru. Tapi disebabkan ketika itu saya dah mula berkerja, hari2 balik lewat, kemudiannya saya ditukarkan ke KL menyebabkan saya agak jarang mencampuri aktiviti mereka. Diantara mereka hanya Masuri dan Padil yang saya saya kenali. Padil tu pun pasal saya biasa melepak di kedai kasetnya dulu.

Ketika scene di Johor mula berkembang, saya telah pun berhijrah ke KL. Hangat bercinta dan mula meninggalkan muzik metal (hahaha...) menyebabkan saya sememangnya tak pernah terlibat langsung dalam scene underground di Johor. Masih saya ingat semasa membeli Metal Terus Zine secara pos dari Dr Bentara, saya agak terkejut melihat alamatnya di Johor Bahru. Sayang sungguh. Saya tercepat beberapa tahun untuk merasa semua itu.

Walaupunbegitu, besar kemungkinan flyer2 yang saya berikan kepada Masuri mungkin juga menjadi pemangkin bagaimana bermulanya underground scene di Johor Bahru. Saya pun ada terbaca interview di zine yang dah lupa apa tajuknya yang Masuri pun mengakuinya begitu.

Takder apa2 pun yang nak dibanggakan kecuali jika ianya membawa kepada keburukan sudah tentu2lah saya pun terbabit sama. Sekianlah kisah saya yang hanya seorang poser.
Terimakasih. :P