Wednesday, March 27, 2013

Piece Of Mind

Lagi album klasik yang dah 30 tahun.


Iron Maiden - Piece Of Mind (1983)

Seperti Kill 'Em All, Piece of Mind juga adalah satu lagi yang sering disebut-sebut sebagai yang terbaik dari tahun 1983. Oleh kerana masa tahun 1983 tu, saya masih seorang peminat New Wave Of British Heavy Metal, Duran Duran Spandau Ballet Culture Club dan lain-lain, saya cuma mengetahui keujudan album ni 2,3 tahun selepas itu.

Kaset cap "Apache"nya pula saya beli saing dengan kaset "The Number Of The Beast" pada tahun 1987. Sayangnya saya dah kehilangan kedua-dua kaset tersebut. Walaupun saya meletakkan POM di kedudukan ke 5 album pilihan Maiden saya selepas SIT, SSOASS, PS dan TNOTB, tapi perlu saya akui. POM adalah antara album Maiden yang saya suka kesemua lagu-lagunya, jenis kalau dengar memang tak der fwd fwd...memang takder filler...


Kekuatan album ini pada saya adalah melodinya, gitar harmoni yang merata-rata, chorus yang sangat-sangat catchy sehinggakan lagu yang ramai anggap paling kurang best dari album ni, "Quest For Fire" pun chorusnya tersangatlah catchy. "Where Eagles Dare", "Revelations", "Flight of Icarus", "Still Life" adalah antara lagu yang sampai sekarang pun tak pernah jemu2 saya dengar. Manakala "The Trooper" pula adalah lagu Maiden yang pertama saya belajar dan berjaming.

Gambar Eddie didalam kaver album ni pernah saya gunakan sebagai lukisan ilustrasi saya untuk sebuah sajak  berkenaan dadah dalam buku tahunan sekolah saya. (saya di lantik menjadi pelukis ilustrasi bersama untuk majalah tahunan sekolah). Sayangnya saya tak pasti kemana ntah hilangnya buku tahunan tersebut. (nak kena cari kat kampung ni...)


 Rasanya jika anda seusia dengan saya, bukan Metallica, bukan Megadeth maupun Slayer...tapi Iron Maiden dengan album seperti Piece Of Mind lah yang menjadikan anda sebagai seorang mat rock . Mungkin anda perlu berada disitu untuk memahamai apa yang generasi saya rasakan...mungkin kerana itu (dan sedikit rasa bias di hati) saya sering merasakan Piece Of Mind adalah album pilihan saya untuk tahun 1983.


REKOMENDED!





Monday, March 25, 2013

Rock Oo!




Rock Oo! (2013)

Entri ni bukanlah bertujuan nak me"review" sangat. Nak baca review aku rasa dah melambak2 dah blog lain buat (ni aku perasan masa nak search gambar poster kat atas tu)... nak baca review dari metal blogger pun boleh jer baca kat blog Xyrus Zone...(btw nice review bro)

Cuma nak sentuh beberapa perkara ajer...(kepada yang belum tengok...jangan takut...tak der spoiler..)

1- Cerita ni memang lawak...kalau anda biasa dan suka dengan komedi kartun Mamat Khalid...tentu Rock Oo! tak jadi masaalah...dah memang trademark filem dia macam tu kan....banyak adegan yang buat aku tersengeh...thumbs up!...cumanya sama seperti filem Rock (2005) aku mengharapkan ianya tidaklah kartun sangat...jalan cerita dah bagus dah...tapi bila dah kartun sangat...jadi kurang sikit la...tapi nak buat macamana...dah trademark di gitu kan..an..an...

2- Pasal kostume...aku rasa kekadang macam over sangat....atau mungkin memang Mamat Khalid saja jer buat camgitu...dia memang suka parodi kan...satu lagi rambut palsu tu...dari Rock (2005) pun...sungguh irritating...mungkin sekali lagi ianya hanyalah parodi Mamat Khalid...

3- Dari segi lakonan...Que Haidar dan Khir Rahman memang bagus...jalan cerita pun bagus...sayangnya aku rasa penghujung ceritanya macam terlalu cepat...macam nak cepat2 abis...aku rasa kalau cerita ni panjangnya 2 jam pun takder siapa nak komplen...mungkin budget constraint kot...

4- Rock Kapak (aku tak tau mana datang term ni...dulu2 masa 80an tak pernah ujud pun)..menurut filem ni rock kapak mati selepas tahun 1990...selepas kes potong rambut...kes gomen haramkan rock...sebenarnya aku tak berapa nak setuju sangat dengan statement ni...kalau di barat...hair/glam metal mati pasal grunge...tapi kat kat Malaysia ni mati pasal masuk tahun 1990...ujudnya kumpulan2 rock majalah..jenis takat pandai bergambar kat majalah...main muzik hancus...rakaman pun orang lain main, main lagu2 meleweh...cintan...satu album cuma ada 2,3 jer lagu heavy...lain semua leleh...mungkin jugak salah syarikat rakaman dan media...rock terus parah bila munculnya kumpulan2 huruf "S"...Spring,Spoon,Scoin,Scan dan ntahapahantah lagi....yang lebih menonjolkan lagu leleh....peminat rock sebenar (penulis antaranya) jadi meluat dan mula mendengar muzik yang lebih keras...thrash, death metal dan munculnya berderet2 band2 underground...itulah punca yang sebenarnya...mana nak jumpa band yang betul rock lepas 1990...SYJ (Sofea) yang ganas dari Hati Syaitan, Anak Liar pun jadi lembik dengan Mimpi dan Airmata....semua jadi leleh...filem ni pun sama...lebih banyak mempromosikan lagu2 leleh...mana lagu2 heavy???...sampaikan generasi sekarang kenal Rock Kapak adalah lagu "Suci Dalam Debu"...hampeh!!!...

Ok la...tu ajer...sekurang2nya nengok cerita ni boleh la bernostalgia 80an...paling seronok bila nengok poster2 yang tertampal...ada yang dulunya aku ada...bab2 ni memang betul2 mengamit memori...


REKOMENDED walaupun anda bukan mat rock pun..



Friday, March 22, 2013

Kill 'Em All

Album klasik yang dah 30 tahun.


Kill 'Em All - Metallica (1983)

Boleh dikatakan majoriti peminat metal akan memilih album ini sebagai album terbaik untuk tahun 1983. Siapalah saya untuk menafikannya. Tak kisah la berapa meluat dan menyampahnya anda kepada Metallica sekarang tetapi Kill 'Em All memang hebat.

Saya bukanlah genarasi awal yang mendengar Metallica. Tahun 1983, saya masih kemaruk Duran Duran. Mula  benar-benar meminati metal menjelang tahun 1985. Tu pun metal bagi saya adalah band-band seperti Iron Maiden, Dio, Ozzy, Twisted Sister,Motley Crue, Quiet Riot dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Pertama kali mendengar Metallica (album Master Of Puppets), saya dah rasa kelainannya. Kemudian bila berpeluang mendengar Kill 'Em All, ianya membuatkan saya tergamam...takut pun ada....tapi takutnya tak sama macam pertama kali mendengar Mercyful Fate...ni memang seram...band setan ni...iyerla...tu jam saya masih budak-budak...heheh...tapi Kill 'Em All buat saya rasa takut yang mengujakan...tak sangka muzik boleh dimainkan seberat..seaggressif...selaju itu...kemudiannya saya tahu inilah yang dikatakan thrash.


Saya tak jumpa mana-mana album Metallica di"apache"kan, sebab itu saya hanya memiliki kaset album ni pada tahun 1990, masa zaman thrash tengah meletup di Malaysia. Polygram Malaysia ada meriliskan balik semua album2 Metallica dalam bentuk kaset. Sebelum tu memang harap kaset dubbing dari member ajer la.


Banyak lagu yang saya suka. "Seek And Destroy" adalah lagu pertama Metallica yang saya belajar dan berjamming. Paling tak lupa pertama kali mendengar lagu "(Anesthesia) - Pulling Teeth"...pergh...macam tak caya sound tu datang dari gitar bass. Disebabkan dulu saya main bass, otomatik Cliff Burton menjadi idola saya selain Steve Harris.


REKOMENDED!



Tuesday, March 19, 2013

Dewi

Dipetik dari FB Belantara

Q - "Any chance of getting re-issues of your 3 albums, brothers?"

Shukri Salleh - "in the works, i think. Soon, very soon"

Zaid Yusoff - "Insyallah, hopefully, in a month time, together with Belantara official website. Shuk is pushing hard at this.."


Berita gembira buat peminat2 Belantara macam aku…kalau berita ni datang dari mereka sendiri…Insyallah konpem la kot…lama dah tunggu Belantara, Srikandi Di Sisi dan Infiniti dalam bentuk cd.

Buat sesiapa yang tak kenal Belantara, dulu aku ada buat review sikit pasal album pertama mereka kat >SINI<...yang respeknya mereka turut serta memberi komen...thanks bro.

Sambil tu aku nak share satu lagu dari album pertama mereka yang cukup aku suka. Dari segi melodinya...guitar worknya....memang awesome!
Ni antara lagu dari zaman sekolah...zaman kat ITM...bila lepak ramai2 pegang gitar tong...walaupun kawan sekolah ngan kawan ITM orangnya lain...bila sebut main lagu Belantara...konpem semua nak lagu ni...macam ada perjanjian pulak...ni memang antara lagu favourite aku...DEWI


*masa aku buat entri pasal Belantara ni dulu...susah betul nak jumpa lagu2 mereka kat youtube...sekarang dah banyak dah....harap2 projek cd mereka akan menjadi kenyataan...




Monday, March 18, 2013

Run To The Hills

Buku autobiography yang baru habis di baca.


Iron Maiden: run to the hills : the official biography 

Ini buku pertama saya pasal Iron Maiden. Tak pasti ada berapa banyak buku pasal mereka dan berapa pula yang official. Tetapi apa yang saya tahu, buku tulisan Mick Wall ini memang mendapat pengiktirafan (authorised) dari Steve Harris sendiri.

Isinya padat dan menarik. Rasanya hampir lengkap untuk kita mengenal dunia Iron Maiden terutamanya cerita-cerita tentang bagaimana mereka bermula. Babnya dibahagikan tersusun mengikut turutan masa dari anggota yang awal hinggalah yang terakhir. Malah Rob Smallwood dan Andy Taylor juga ada bab khas untuk mereka. Cerita bagaimana mereka membesar, bila mula bermain/minat muzik dan bagaimana akhirnya mereka menjadi anggota dan pengurusan Iron Maiden.

Yang menariknya, saya selalu ingin tahu kenapa dan bagaimana Paul Dianno, Clive Burr, Dennis Stratton dan Doug Samson malah Adrian Smith dan Bruce Dickinson keluar dari Iron Maiden dan buku ini ada jawapannya.

Tak banyak yang saya nak komplem, cumanya kalau cerita perihal pembikinan album dapat di ceritakan dengan lebih detail tentu lebih menarik tapi tak tau lah jadi tebal macamana pulak bukunya nanti kan. Mungkin pasal tu boleh cari kat buku lain kot.

Untuk makluman, buku ini diterbitkan pada tahun 1998. Maka ceritanya hanya berkisar sehingga album Virtual XI. Alangkah baiknya kalau ada sambungan bagaimana Bruce Dickinson dan Adrian Smith boleh bergabung semula.

Lain-lain...layan gambar ajer la...

pic name

pic name

pic name



pic name

pic name

pic name

Sayangnya...gambar semuanya hitam putih..kalau colour mesti lebih menarik...


***kebetulan ketika menulis entri ini, saya mendapat berita tentang kematian Clive Burr pada 12hb Mac yang lalu...Another part of my youth passes away....R.I.P






Friday, March 15, 2013

Django Unchained

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok :  Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln, Zero Dark ThirtyLes Misérables



Django Unchained (2012)

Ini adalah filem yang terakhir dalam misi saya untuk menonton kesemua filem-filem yang tercalon untuk anugerah academy untuk tahun ini. Semua sudah maklum pemenangnya adalah Argo tetapi bagi saya secara peribadinya Django Unchained lah yang paling terbaik.

Semenjak saya mengenali filem-filem Quentin Tarantino bermula dari Pulp Fiction, jarang betul beliau mengecewakan saya. Kalau anda faham bagaiman cara Quentin Tarantino, dah jadi trademark dia dah, plot yang asalnya mudah tetapi menjadi lain, pelik dan tak di jangka, begitulah juga dengan Django Unchained.

Kali ini temanya adalah penghambaan orang kulit hitam di USA. Agak ganas juga cerita ni sebenarnya. Banyak pertumpahan darah dan tembak menembak. Tetapi yang paling menarik adalah barisan pelakon-pelakonnya kelas 'A' nya, Jamie Foxx, Christoph Waltz, Leonardo DiCaprio, Samuel L. Jackson yang memang tak mengecewakan.

Saya cukup tertarik dengan lakonan Christoph Waltz dan Leonardo DiCaprio. Tak peliklah kalau Christoph Waltz boleh menang anugerah pelakon pembantu terbaik. Tapi kalau watak Django tu di berikan kepada Will Smith tentu lagi best.

Cerita menarik, pengarah legend, pelakon hebat...ini memang wajib tonton. Rekomended!



***buat pertama kalinya berjaya tonton semua filem yang tercalon...tahniah untuk diri sendiri...heheh...






Tuesday, March 12, 2013

Les Misérables


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok :  Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln, Zero Dark Thirty


Les Misérables (2012)

Saya sememangnya mempunyai masalah untuk menonton filem-filem yang bergenre muzikal. Filem-filem begini pasti akan membosankan saya. Satu-satunya filem muzikal yang berjaya saya tonton sampai habis hanyalah Rock Of Ages. Itupun kerana lagu-lagunya adalah lagu rock 80an kegemaran saya.Kalau tak kerana misi ini, memang pasti saya tak akan menontonnya.

Tetapi perlu saya akui. filem ini sememangnya hebat. Lihat sahajalah deretan pelakon-pelakon kelas A yang membintanginya. Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway. Dan sudah semestinya kalau suara tak sedap memang payah la nak berlakon filem muzikal. Dahsyat juga Hugh Jackman dan Russell Crowe menyanyi, walaupun hampir majoriti lagu-lagunya tak saya dengar pun, maklum kes fast forward untuk elak mengantuk...heheh...

Tetapi lakonan Hugh Jackman memang patut di puji. Mungkin kalau tak kerana lakonan cemerlang Daniel Day-Lewis dalam Lincoln, dia berpeluang kot untuk menang anugerah pelakon terbaik. Walaubagaimanapun tahniah untuk Anne Hathaway, walaupun kemunculan beliau sebenarnya hanya untuk beberapa babak sahaja tetapi sudah cukup untuk beliau memenangi kategori pelakon pembantu wanita terbaik. Nyanyian dan lakonannya memang yang paling terbaik.

Tonton...jika anda boleh melayan filem muzikal.




Monday, March 11, 2013

Conception Of Madness


Album tempatan yang dah genap 20 tahun.



Sil Khannaz ‎– Conception Of Madness (1993)

Kalau ingatan saya masih betul, selepas Cromok dan FTG, Conception Of Madness dari Sil Khannaz adalah  rilisan thrash/death metal terawal yang di pasarkan secara mainstream. Atau mungkin Brain Dead - From The Ecstacy lebih awal. Entah lah saya pun dah ingat-ingat lupa.

Tak kisah lah, apa yang penting album ini telah menjadi lagenda kepada genre death metal di Malaysia. Saya mula mengenali muzik Sil Khannas (nama asal sebelum bertukar huruf "z" di hujungnya) melalui flyer dan fanzine underground ketika itu. Demo pertama mereka "Doctrine to Hell" dipinjamkan oleh rakan saya ketika zaman saya menuntut di ITM Segamat. Tak berapa pasti tahun bila, mungkin penghujung 90 ataupun awal 91. Kemudiannya mendengar pula demo kedua mereka "Assassin Led by Blasphemy". Sejujurnya saya dah terlupa bagaimanakah bentuk lagu-lagunya.

Saya akui yang saya bukanlah orang yang terlibat di dalam scene underground tempatan. Saya hanyalah seorang peminat muzik yang kebetulan mempunyai minat yang lebih cenderung kepada muzik berat dan ekstrem. Dan bolehlah dikatakan poser juga kalau berbicara perihal band-band tempatan (heheh...). Maklumlah saya memang jarang membeli demo. Biasanya saya pinjam dan rakam sahaja. Maklumlah demo dulu bukannya di buat secara profesional. Soundnya pun raw dan ada juga yang sebu dan tengelam menyebabkan saya kadang kalanya kurang berminat mendengarnya. Itu yang biasanya kaset-kaset demo ini saya tak simpan dan hilang begitu sahaja. Kalau difikir-fikirkankan sekarang, rasa sayang pula...



Seperti kebanyakan band2 underground Malaysia ketika itu yang biasanya berpaksikan muzik Old Sepultura. Sil Khannaz pun begitu. Death metal dengan pengaruh thrash. Cumanya untuk album ini mereka lebih cenderung kepada death metal ala Florida. Solo-solo CD yang agak teknikal pada saya membezakan Sil Khannaz dengan band2 death metal tempatan yang lainnya. Saya juga cukup tertarik dengan permainan drum Lan Bye. Memang mantap.

Lirik mereka juga telah banyak berubah di bandingkan dengan zaman demo mereka. Mungkin untuk ke mainstream, mereka telah membuang unsur-unsur setan di dalam lirik-lirik mereka. Perubahan dari unsur-unsur black metal ketika kemunculan awal mereka. Tak pelik pun sebenarnya, sedangkan Slayer pun macam tu juga. Rasanya Sil Khannaz adalah sebuah band yang sentiasa berubah dengan setiap rilisan mereka.

Conception Of Madness adalah sangat rekomended jika anda ingin mendengar death metal buatan Malaysia. Walaupun begitu ianya bukanlah album kegemaran saya. Saya lebih menyukai zaman progressif metal mereka terutamanya album Gerbang Kayangan.



Friday, March 8, 2013

Acid Eaters

Bermula dari entri ini, saya akan bercerita tentang album-album yang diriliskan pada tahun yang belakangnya 3...1973,1983,1993,2003 dan mungkin juga 2013.

Khas untuk En Adi Herman

Album yang dah 20 tahun.


The Ramones - Acid Eaters (1993)

Seperti entri pasal Sex Pistols sebelum ni, saya sekali lagi ingin mengingatkan yang saya bukanlah orangnya untuk bercakap perihal muzik punk. The Ramones sama seperti Sex Pistols adalah antara nama besar yang sering saya dengar kalau bercerita pasal punk. Sayangnya satu-satunya lagu mereka yang pernah saya dengar sebelum ini hanyalah “Sheena is a Punk Rocker”.

Tetapi yang membuatkan saya teringin untuk mendengar Ramones adalah kerana lagu "Psycho Therapy". Lagu yang di kaver oleh Skid Row dalam EP mereka B-Side Ourselves. Ni dulu pernah cerita dalam entri >NI<. Disebabkan ketika itu album ini baru diriliskan, akhirnya Acid Eaters menjadi album pertama Ramones saya. Tak pasti adakah album ini sesuai untuk di jadikan pengenalan kepada muzik mereka. Kerana kesemua lagu-lagunya adalah lagu kaver.

Walaubagaimanapun saya sememangnya seronok mendengar lagu-lagu 60an yang berjaya di'ramoned'kan mereka. Majoriti lagu-lagunya memang sangat pop dan catchy. Antara yang menarik minat saya adalah kaver Jefferson Airplane, "Somebody to Love". Bukan...bukan pasal Traci Lords backing vokalnya. (ada siapa-siapa yang tak kenal makcik ni...sila google...heheh..) Tapi lagu ni memang sedap.

Bolehlah dikatakan hampir kesemua lagu-lagu ini tidak pernah saya dengar sebelum ini kecuali lagu "Have You Ever Seen the Rain?" dari Creedence Clearwater Revival. Mungkin Acid Eaters bukanlah tempat sebenar untuk mengenal muzik Ramones, tetapi bagi saya ianya menjadi pemangkin untuk saya mencari album-album mereka yang lainnya pula.





Thursday, March 7, 2013

Anak Apak

Sebuah buku memoir anak melayu yang sempat saya baca sepanjang bulan yang lalu..


Anak Apak Memoir Politik Kewartawanan - Subky Abdul Latif

Saya tak pasti berapa ramai dari pengunjung blog ini kenal siapa Subky Latif. Tetapi bagi diri saya sendiri yang cukup berminat dengan politik (tapi tak pernah berani nak betul2 aktif), nama Subky Latif cukup sinonim dengan akhbar "Harakah". Walaupun sekarang agak lama jugak saya tidak membaca "Harakah" terutamanya sejak2 zaman internet. Tetapi suatu ketika dulu ketika penghujung 80an dan awal 90an, tulisan beliaulah antara yang saya follow bila membaca "Harakah".

Bila saya terjumpa buku ini di kedai buku. Tiada sebab kenapa saya tak patut membeli. Seperti tajuknya buku ni adalah memoir beliau dari kecil hinggalah beliau berkerja sebagai wartawan di Utusan Melayu. Apa yang menariknya pada saya, bukannya hanya beliau menceritakan sejarah hidupnya, tetapi beliau juga menceritakan sejarah politik negara. Membacanya seperti membaca buku sejarah terutamanya hal2 berkaitan bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan. Dan sudah tentu2 ceritanya tidak akan sama seperti apa yang kita belajar di sekolah. Sesuatu yang patut kita pikir dan kajikan bersama sementara orang yang hidup di zaman tersebut masih bernyawa.

Antara yang menarik ialah suasana hidup di zaman Jepun, pengalamannya bermain bola dengan anak Chin Peng, perkenalannya dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bergiat bersamanya dalam GPMS, road trip berbasikalnya di sekitar Perak, gambaran suasana pilihan raya pada 27 Julai 1955 dan mengapa tulisan jawi penting.

Tak kisah lah apa parti anda atau anda tak mahu ambil peduli pasal politik. Tetapi kalau anda berminatkan hal2 berkaitan sejarah Malaysia, Buku ini adalah satu pilihan alternatif yang patut anda cari.


**rasanya sambungan atau bahagian ke 2 buku ini telah pun berada di pasaran, pasti saya akan membelinya nanti...






Wednesday, March 6, 2013

Zero Dark Thirty


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln,


Zero Dark Thirty (2012)

Seperti Argo, cerita ini juga mengundang kontroversi. Sedikit sebanyak ianya memberikan gambaran buruk tentang Islam dan orang Arab.

Ceritanya mengisahkan tentang sekumpulan agen CIA yang yang di tugaskan untuk memburu Osama bin Laden dari mula berlakunya peristiwa 9/11 sehinggalah akhirnya ia terbunuh di kediaman rahsianya,di Abbottabat, Pakistan pada 1hb Mei 2011.

Tak pasti pula adakah ini kisah yang sebenarnya berlaku ataupun hanyalah satu lagi propaganda. Watak utamanya Maya, seorang agen wanita yang boleh dikatakan secara berseorangan menyelesaikan kes dimana Osama bersembunyi pun tak dapat dipastikan kesahihan kewujudannya. Adakah watak tersebut hanya untuk jadi penyedap cerita? Sedangkan kewujudan Osama sendiri pun masih banyak menimbulkan misteri.

Filem ini sendiri mendapat bantahan di USA kerana adanya adegan menyeksa tahanan antaranya teknik interrogation yang dipanggil "waterboarding". Dan ada juga sedikit adegan lagu metal dimainkan kepada tahanan. (tak pasti lagu apa...kejap sangat dan malas pula saya nak rewind)

Nampaknya Kathryn Bigelow memang gemar membuat filem-filem drama berunsur ketenteraan selepas berjaya memenangi academy awards dengan The Hurt Locker (2008). Satu lagi filem yang saya masih gagal untuk menontonnya sampai habis kerana tertidur...heheheh...

Sebenarnya kalau diketepikan hal-hal kontroversinya, filem ni bolehlah dikategorikan sebagai OK, cuma ianya agak sedikit meleret dipertengahan ceritanya. Biasalah kalau cerita jenis-jenis panjang melebihi 2 jam setengah ni. Dan jangan tak percaya, nama Malaysia pun ada disebut di dalam filem ini.


**Zero Dark Thirty tu maksudnya 00:30 atau pun 12.30 malam bahasa tentera...tak pasti pulak kalau 2 minutes to midnight nak sebut macamana....

Monday, March 4, 2013

Vs Negeri Sembilan

Liga Super 02hb Mac 2013
Johor Darul Takzim 2  Negeri Sembilan 1
(Kamarul Afiq 83', Nurul Azwan Roya 90')



Mintak maaf lambat update...banyak urusan duniawi yang lain...

Antara yang menarik...

1 - Ist time aku bawak famili aku nengok bola...(sebenonya leceh jugak...anak aku yang kecik belum abis 1st half dah mengadu mata mengantuk...heheh...) Mungkin pasal ramai juga yang macam aku, stadium yang biasanya penuh...kali ni lagi penuh...kat bahagian bawah belakang gol yang ada pagar tinggi biasanya orang tak suka duduk pun penuh sesak. Memang konpem 30,000 kot..

Boys Of Straits
2 - Suasana stadium kali ni yang paling terbaik...paling gegar...paling meriah...takat mexican wave tak sampai 5 saat dah sampai balik kat kita berkali2 tu biasa dah....tapi yang paling bestnya bila lagu "Luaskan Kuasa Mu" dinyanyikan oleh B.O.S...satu stadium bergegar nyanyi bersama2...apa yang aku nampak game2 sebelum ni hanya ada beberapa bahagian stadium jer yang nyanyi...ada pecahan kumpulan...mungkin time tu dorang tak biasa dan tak tau lirik...tapi kali ni semua nampak sekata..aku rasa anda perlu berada di Larkin untuk paham apa yang aku dan ribuan penonton yang lain rasa...dia punya feel tu...pergh!!!!..sampaikan orang rumah aku yang bukannya minat bola pun nak teringin nak pergi lagi...

3 - Moment paling menarik time abis lagu negaraku tu ramai2 baling kertas resit roll...cantik...memang macam kat europe dah...sayang aku tak sempat ambik gambo....dan lagi satu...salut kat yang buat banner "Pray For Lahad Datu"..



4 - OK..pasal asap..aku tak tau kenapa ada yang nak kecohkan perkara ni...biasalah mungkin ada jer yang dengki iri hati...situasi sebenarnya bukannya ada orang campak mercun dalam padang pun...memang ada bunga api macam sambut tahun baru tu...tapi tu luar stadium...ni cuba bakar flare ajer...biasa la...benda ni dari dulu pun dah buat...ultra negeri lain pun buat...kalau kat europe...terutamanya Itali benda ni benda biasa...dah jadi salah satu kemeriahan menonton bola...cumanya ntah mana silapnya...biasanya asap naik keatas...mungkin takder angin kot atau mungkin terlebih bakar kot...asap turun kebawah...mungkin yang komplen tu tak pernah nengok bola sebelum ni kot...

5 - kes penonton N9 pengsan...aku tak sure apa yang berlaku...time tu tengah riuh rendah Awe score gol ke 2...Apa yang aku nampak macam kecoh2 kat bahagian penonton N9...lepas tu nampak pegawai perubatan ngan budak bawak stretcher datang...memang nampak macam ada yang pengsan...puncanya aku tak tau...tapi tengok kat FB fan N9 cakap dorang kena baling ngan botol air...pelik jugak camana dorang boleh bawak masuk...sedangkan setau aku botol air takleh bawak masuk...sedangkan masa aku masuk handbag pompuan pun security suruh bukak check...kalau benda ni benar...memang tak patut la...tengok bola untuk enjoy...bukannya nak cari gaduh...bukannya nak cederakan orang...susah nak cakap...memang ada jer penonton2 yang tak reti bahasa cenggini...tak kira negeri mana pun...ada jer yang degil...yang tak bestnya sorang dua buat hal...satu stadium kena tempias...

Anak bongsu aku bukannya paham pun..tapi orang jerit gol...dia pun gol jugak...
6 - Cerita pasal game pulak la...ntah kenapa JDT dah macam Man Utd dah...asik nak kena comeback ajer...Memang Comeback King...boleh buat sakit jantung dibuatnya...tapi ramai yang masih tak puas hati ngan taktikal Fandi...macam kenapa Tuah main?...kenapa Awe tak main?....mana pegi star2 yang bayar gaji mahal2 ramai yang tak main....Kontrol game memang hebat dah...tapi bila Mat Yo keluar...nampak sangat ada masalah nak score gol...

7 - Apa2 hal pun aku puji jugak N9...defend dorang bagus...sekali sekala counter attack memang bahaya...Eddie Helmi dah tua2 pun masih laju lari....

8 - Aku nak komplen mintak TMJ ganti score board yang cangih...yang boleh tunjuk replay...nanti kata melampau pulak...tapi kalau boleh...scoreboard tu selain update keputusan semasa perlawanan lain...update la sekali siapa dia kesebelasan utama...siapa yang score...nak harap pembesar suara tu bunyi dah la bergema...dengan penonton bersorak lagi...apa pun tak dengo...dah la gol2 tu aku tak nampak...time gol...time tu la budak jual jagung lalu depan aku...heheh...hampeh betul....(btw...terimakasih kat brader kemeraman Astro yang bagi aku tengok gol2 kat monitor kamera dia...heheh..)

9 - Rajagopal datang...aku harap dia nampak macamana Awe main...dah lama sepatutnya Awe ni main Malaysia...



10 - Gila panjang la pulak aku menceceh...apa2 pun selepas berpuluh tahun...JDT kembali di kedudukan atas liga....semoga ianya berterusan...


"Luaskan Kuasa Mu!"





Friday, March 1, 2013

Fear of the Dark

Ok la...dah masuk bulan 3, last koret-koret etri yang tersangkut dalam draft dari tahun lepas. Lepas ni dah boleh start album-album yang tahun belakangnya 3 pula.

Album yang menyambut ulangtahun ke 20 21



Iron Maiden - Fear Of The Dark (1992)

Selama saya mengikuti Iron Maiden (semenjak Somewhere In Time), inilah album  mereka yang saya tak beli/dengar/ambik tahu semasa ianya diriliskan walaupun saya ada kaset EP "Be Quick or Be Dead".

Ntah kenapa ketika itu saya agak tawar hati dan sedikit lost dengan Iron Maiden. Mungkin kerana tiadanya Adrian Smith dan kebetulan pada ketika itu selera muzik saya terarah kepada muzik yang lebih berat terutamanya thrash/death metal.



Percaya atau tidak, lagu Fear Of The Dark pertama kali saya dengar adalah di radio (tak ingat radio mana) versi live dari album A Real Live One. Tertarik dengan lagu tersebut membuatkan saya membeli kaset A Real Live One dan kemudiannya mula mendengar album Fear Of The Dark.

Pada saya album ini tidak konsisten. Ada lagu yang boleh capai tahap klasik contohnya "Be Quick or Be Dead","Afraid to Shoot Strangers","Judas Be My Guide" dan "Fear of the Dark" tapi ada pula lagu yang mengarut dan pada saya tak bunyi Maiden contohnya "Weekend Warrior","Fear is the Key","The Apparition" dan "The Fugitive". Tak pasti adakah lagu2 ini jadi begini kerana Janick Gers ataupun secara kebetulan sahaja sememangnya sebahagian dari lagu tersebut adalah ciptaan bersama beliau atau mungkin sememangya Iron Maiden telah tepu idea.


Mungkin juga saya tak rugi apa-apa kerana tak mendengar album ini ketika ianya diriliskan. Walaupun begitu semenjak saya ada cdnya selalu jugak saya mainkan terutamanya untuk mendengar lagu-lagu seperti "Be Quick or Be Dead","Afraid to Shoot Strangers" dan "Fear of the Dark".

Bukan album klasik Maiden, tetapi ada antara lagu-lagunya mencapai tahap klasik.