Friday, November 15, 2013

Art Fazil self titled

Antara yang terbaik dari 20 tahun yang lalu...


Art Fazil - Art Fazil (1993)

Kalau tak kerana liriknya yang berbahasa inggeris, sudah pastinya ini adalah album pop melayu terbaik pilihan saya untuk tahun 1993. Mungkin ianya lebih saya suka berbanding Canggung Mendonan.

Sayangnya saya cuma memiliki versi kaset. Pernah terjumpa versi cd di jual di mudah.my. Tetapi saya terlambat dan melepas. Album ini memang agak rare. Di internet pun tak boleh jumpa untuk di download penuh satu album. Tambah malang saya tidak mempunyai kaset player. Dah rosak. Cuma ada beberapa lagu yang dapat dijumpai di youtube dan soundcloud untuk saya menyegarkan kembali ingatan. Yang lain-lainnya saya ingat-ingat lupa.


Jika anda biasa dengan Rausyanfikir, tentu anda faham bagaimana muzik Art Fazil. Album ini mengenengahkan lagu-lagu folk pop rock melayu dengan lirik berbahasa inggeris. Memang sedap-sedap lagunya. Zaman-zaman jiwa muda beliau dengan lirik kritis, protes dan memberontak. Sekarang dah slow down kot...sekarang dah berumur...zaman Rilek brader brader rilek...heheh...



Semua lagu sedap-sedap. Antaranya macam  Mama, I can't breathe, This is the time, Sometime when I feel blue, Full moon over Marina Bay, Rainbow child, Butterfly. Semua la. Senang cerita ini memang killer album. Tapi dalam banyak lagu-lagu lirik protes tu terselit juga lagu cinta. Dan lagu ini menjadi antara favourie saya. "Anything For You". Lagu balada yang liriknya kalau bagi kat awek konpem dia cair. (kisah benar ni..hehehe...) Memang sedap. Try cari kat youtube ada.




Album ni pernah masuk dalam list "Top 10 Essential Singapore Albums" anjuran sebuah akhbar di Singapura. Rugi sebenarnya jika lagu-lagu dari album ini dilupakan dan di telan zaman. Harap-harap suatu masa nanti ianya akan diriliskan semula.

Rekomended!




6 comments:

  1. Perghh..Art Fazil memang 'art'..jiwa dia sama macam m.nasir eh

    ReplyDelete
  2. Pony canyon sapa ambik eh skarang. Life rekod eh tapi melayu je ke

    ReplyDelete
  3. Aku selalu bawak busking lagu "rilek brader" dia ni sama dgn geng Bintulu Buskers kat sini...

    ReplyDelete
  4. Cik Deaf kalau kat singapore ada jual lagi Rausyanfikir punya CD, Nak satu ye. Lagu fikir-fikir(kami rappers yo) cuma boleh dengar kat Best 104.1 aje kalau nasib baikla

    ReplyDelete
  5. Payah nak cari bakat Melayu yang camnih...

    ReplyDelete