Friday, August 29, 2014

Knights of the New Thunder

Sebelum black metal di Norway...mereka telah wujud dahulu....sempena 30 tahun...


TNT - Knights of the New Thunder (1984)

Mungkin tak ramai yang tau perihal album dan kumpulan ini. Tetapi jika ada peminat gitar terutamanya shredder dengan lagu-lagu melodic heavy metal 80an yang mempunyai pengaruh power metal, anda patut mencuba TNT dan terutamanya album ini.

Saya dikenalkan kepada muzik mereka melalui album Intuition (1989) kepunyaan abang. Pertama kali mendengarnya saya sudah merasa kagum dengan gitaristnya, Ronni Le Tekrø. Memang dasat. Beliau dikenali dengan trademark "machine gun technique". Apa yang saya tidak ketahui ketika itu, album Intuition adalah zaman pop metal mereka. Kalau itu pun dah dahsyat kerja gitarnya, apatah lagi zaman-zaman awal mereka yang lebih kearah heavy dan power metal.

Ternyata tekaan saya betul. Album ini memang cemerlang kerja gitarnya. Lagu lagu seperti  "Seven Seas"," Knights of the Thunder" dan  "Deadly Metal"  memang klasik heayy metal. Giler sedap. Tambah-tambah pula suara vokalisnya Tony Harnell yang mempunyai pitching yang tinggi. Kalau suka gaya vokal Dickinson, Halford, Kiske, Tate ataupun LeBrie, ini memang makanan anda.


TNT mengingatkan saya kepada band scandinavian seangkatan iaitu Europe. Muzik mereka awalnya hampir sama. Tetapi nasib Europe lebih cerah. "The Final Countdown" bertuah. Walaupun mungkin Ronni Le Tekro lebih hebat dari John Norum ataupun Tony Harnell lebih bagus dari Joey Tempest tetapi bakat tanpa tuah anda tetap tidak akan kemana. Sayang sungguh. Percubaan mereka berubah dengan konsep yang lebih pop dan komersial dengan album-album yang berikutnya juga agak kurang berjaya.

Berbaloi dimiliki walaupun hanya kerana kerja gitar Ronni Le Tekro dan suara high pitch Tony Harnell...Terbaik!




4 comments:

  1. Betul la..selalu dengo lagu dia je kat YouTube..taktau pulak band ni dari Norway..
    Bila mau tampal lp Dokken?heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu sempena ulangtahun ke 30 Tooth and Nail 13hb sept....

      Delete
  2. kenal band black metal norway saja.. yg ni 1st tau dari sini...

    ReplyDelete
  3. aku dulu selalu konfius TNT ngan Y&T.

    ReplyDelete