Friday, August 1, 2014

The Yellow And Black Attack

*scheduled entry...pemilik blog masih tak abis beraya...

Lagi album yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan lepas...10hb Julai yang lalu untuk lebih tepat...



Stryper - The Yellow And Black Attack (1984)

Dah pernah buat cerita pasalnya dulu >SINI< tapi disebabkan sempena ulangtahunnya yang ke 30, buat lagi sekali lagi...tapi dari sudut yang berbeza.

Tahun 80an dulu, banyak album yang teringin nak dengar tapi tak berpeluang nak dengar. Mana nak dapat, dulu teknologinya bukan seperti sekarang. Perkataan "internet" pun waktu itu tak pernah dengar. Bila kemasukan label cetak rompak paling "happening" ketika itu "Apache" terutamanya pada tahun 1987 (kalau tak silap) barulah lah berpeluang untuk mendengar bermacam-macam band termasuklah Stryper.

Seingatnya saya tidak pernah mempunyai kaset Stryper versi Apache. Rakan sekelas ada. Biasa la tukar-tukar dengar. Maklumlah la bukannya mampu nak beli semua. Walaupun harga kasetnya ketika itu cuma RM3, tetapi dengan berbekalkan duit sekolah 50 sen sehari terpaksa ikat perut untuk membelinya.


Tetapi saya mula betul-betul kemaruk dengan Stryper selepas menonton video VHS Kerrang! Video Kompilation 2. Video clip "Calling On You" dengan imej kuning hitam dan gaya aggresif mereka di atas pentas walaupun lagunya tak lah seganas mana benar-benar berjaya menarik perhatian saya. Semenjak dari itu Michael Sweet-Robert Sweet-Oz Fox-Tim Gaines menjadi salah sebuah band kegemaran saya sehingga sekarang. Yang menariknya mereka ni tak pernah bertukar-tukar ahli.

Saya kurang berminat dengan lagu meleweh terutamanya dengan bunyian keyboard. Tetapi untuk Stryper, itu saya boleh maafkan. Contohnya lagu "My Love I'll Always Show" dari album ini. Mungkin juga saya bias. Tetapi saya peduli apa. Janji sedap. Mungkin kerana Stryper lah saya boleh menerima lagu slow rock yang menggunakan piano atau keyboard.

Versi cd ini saya beli melalui e-bay. Antara yang pertama saya cari bila pandai menggunakan e-bay. Susah pula nak dapat cd mereka di jual di Malaysia. Dulu di Tower Records, KL Plaza yang banyak jual cd heavy metal pun tiada album mereka. Manakala kasetnya pula saya dah lupa bila ianya dibeli. Mungkin pada awal 90an kalau tak silap di KOMTAR, Johor Bahru. Itu pun dah masuk kaset longgok yang dijual secara lelong.

Walaupun ini bukan album kegemaran saya dari mereka, tetapi lagu-lagunya memang sedap. Vokal dan twin gitar solo harmoni mereka sememangnya tidak pernah menjemukan saya.

Terbaik!




6 comments:

  1. ko jangan ketawa, aku dulu takut nak dengar ni band... aku takut aku "terpesong". hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sama la tu...kena pulak dia ada sebut Jesus...dah la kaset takder lirik....lebih takut dari dengar black metal...heheh..

      Delete
  2. Dulu band ni kira paling 'baik' la eh..siap ada yg gelar white metal lagi..

    ReplyDelete
  3. aku ada tejumpa lubuk cd2, haha.. banyak aku ingat dari blog ni, klu aku terserempak senang dah nak pilih.. murah2 ja..

    ReplyDelete
  4. Stryper aktif lagi wehh.. album 2013 duiorang pun sodappp

    ReplyDelete