Monday, March 2, 2015

Waiting for the Punchline

Lagi yang dah menyambut ulang tahun ke 20...


Extreme - Waiting for the Punchline (1995)

Saya adalah peminat Nuno Battencourt. Rambut dia cantik, muka pun hensem...hahaha...tapi secara seriusnya, saya memang meminati petikan gitar beliau. Pada saya selain Vito Bratta (White Lion), Nuno adalah seorang lagi gitaris jelmaan Eddie Van Halen yang bagus. Tak kisahlah copy cat ker apa. Yang penting dia bagus. Kalau asli tapi tak bagus pun apa gunanya.

Ternyata kebanyakan album rock yang diterbitkan pada pertengahan tahun 90an akan terpengaruh dengan "grunge". Extreme tidak terkecuali. Hilang sudah tenaga dan "rock n roll supposed to be fun" yang ada pada mereka. Nasib juga mereka masih mengekalkan solo-solo berhantu Nuno. Itu yang membuatkan saya masih tertarik untuk mendengarnya.

Sound mereka kali ini lebih simple. Seolah-olah rakaman dalam garaj. Mungkin mereka mahukan sound kasar ala-ala Seattle. Paling ketara tiada lagi "guitar overdubs". Agak kosong bunyinya bila hanya satu gitar yang kedengaran. Tambah tak menariknya bila kita boleh dengar (terutamanya kalau menggunakan headphone) bunyi gitar di sebelah kanan dan bunyi bass di sebelah kiri manakala drum dan vokal di tengah-tengah. Seolah-olah bunyi gitar bukan lagi yang utama. Saya lebih menyukai sound penuh seperti album-album mereka yang sebelumnya.

Saya awalnya agak bimbang dengan lirik pada lagu track pertama mereka, "There is No God". Rock rock juga la kan...tapi bab-bab lirik yang menyeleweng akidah ni kena berhati-hati juga. Tetapi setelah meneliti liriknya dan membaca penjelasan Gary Cherone, ternyata maksud lirik itu adalah yang sebaliknya. Lagu ini ditujukan kepada golongan yang tidak mempercayai tuhan ataupun atheist.
Tajuk lagu tersebut pun di ambil inspirasinya dari "headline" majalah Time, "God Is Dead".


Secara keseluruhannya pada saya album ini setakat OK sahaja, Banyak juga lagu-lagu yang agak bluesy dan funky. Tetapi saya cukup tertarik juga dengan beberapa lagu yang solo gitarnya yang sungguh ohsem seperti lagu "Hip Today" dan "Leave Me Alone". Begitu juga dengan kelajuan solo gitar akustik Nuno dalam lagu "Midnight Express". Hebat!

Mungkin bagi peminat Dream Theater boleh juga cuba dengar. Kerana ini adalah album pertama bagi Mike Mangini walaupun kalau tak silap saya beliau hanya bermain untuk 3 lagu. (Hip Today, Leave Me Alone dan No Respect)





6 comments:

  1. Ada time, ada budget, aku berminat nak kumpul semua muzik extreme..

    ReplyDelete
  2. ada terlihat kaset2 band nama extreme ni, rasa macam nak sambar sekeping,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli wehhh.. diorang nie tersangat underrated..

      Delete
  3. Extreme yg aku penah beli album pornografiti jek.pasal nak kan lagu "more than words" long version tu..heheh

    ReplyDelete
  4. Album nie menyumpah grunge pada lagu Hip Today... penting album nie sebab display "anger side" Extreme..dan gitar paling absurd bunyinya tapi jadi lawak sebab lps tu Nuno blah..

    Psychedellic pun ada jugak dalam nie..

    kepada mereka yang langsung tak pernah try band nie.. tryy sebab korang pasti akan respek instrumental Midnight Express yang absurd gila .. dlu takde youtube laagila tercegang2 member aku yg pulun metal memahami permainan Nuno.. seorang virtuoso yang rare

    ReplyDelete
  5. ini zaman Pearl jam adalah raja...

    ReplyDelete