Judas Priest - Angel Of Retribution (2005)
Album "comeback" Rob Halford bersama Judas Priest. Ia juga album "comeback" saya kepada mereka selepas tidak mengambil tahu perihal mereka selepas "Painkiller (1990)". JP tanpa Rob Halford pada saya bagaikan ada yang tidak kena.
Ternyata Angel Of Retribution tidak mengecewakan. Sememangnya rasa teruja bila mendengar muzik yang ala-ala heavy metal 80an di tahun 2005. Angel Of Retribution seperti mendengar discography Judas Priest di era 80an. Sana sikit Sini Sikit. Malah lagu seprerti "Worth Fighting For" mengingatkan saya kepada zaman pop metal (Turbo - 1986) mereka.
OK. Mungkin tak sehebat Screaming for Vengeance (1982), Defenders of the Faith (1984), British Steel (1980) mahupun Painkiller (1990). Maafkanlah mereka telah berusia. Tetapi suara Rob Halford dan solo/riff Glenn/K.K/Glenn/K.K/Glenn/K.K/Glenn/K.K masih hebat.
kalau ikut discography yang ini...Unleashed In The East sahaja yang belum dimiliki cdnya |
Lagu track pembukaan "Judas Rising" sedap. Lagu slow "Angel" pun sedap. Macam dah lama kan JP tak ada lagu slow sedap selepas "Before The Dawn". Tapi yang kurang mungkin lagu epic 13 minit 28 saat "Lochness". Macam penat nak tunggu lagu ni abis. Mungkin kerana lagunya agak mendatar. Lain-lain tiada komplen. Produksi dan soundnya pun sedap.
Best!
Aku tak pernah dengar Judas Priest sebab aku ni poseur
ReplyDeleteada dengar kat utube lagu2 judas ni, tapi tak masuk..
ReplyDeleteAku suka lagu Angel. Lain2 lagu masuk telinga kiri exit telinga kanan.
ReplyDeleteAlbum ni lom penah dengar lagi..nanti aku cekidot
ReplyDeletemuspeed, poseur atau tak, beli CD/LP tetap guna duit sendiri kan? :)
ReplyDeleteaku beli sendiri pun orang cop aku poseur. ayam sadddddd
Deletepriest aku ada kompilasi je yg dijual pada hrga rm15.90 edaran sonymusic malaysia..dulu mula2 kenal priest pun sbb sil khannaz cover lagu the ripper...
ReplyDelete