Thursday, April 2, 2015

Spirit To Rebel

Ok..yang ni terlepas pandang. Mengemas bilik baru terperasan. Sepatutnya cerita ini dibuat pada tahun lepas. Dah 21 tahun dah umurnya...


FTG - Spirit To Rebel (1994)

Sejujurnya saya tak follow sangat FTG. Selain dari kaset EP pertama mereka yang bertajuk "Freedom That's Gone" (pernah buat entrinya dulu di >SINI<), memang langsung tak pernah beli album-album lain mereka kecuali "Made in Malaysia", ceritanya di >SINI<.

Mungkin juga kerana terpengaruh dengan kawan-kawan aktivis underground yang true pada ketika itu yang menganggap FTG ini band mainstream. Tak layan. Sama kes dengan Cromok ataupun Saxo. Kalau tak silap kaset ini kepunyaan adik. Benda-benda duniawi macam ni bukan hobi dia. Makanya ini kira tolong simpankan. Hahaha...

Dah lupa bagaimana lagu-lagunya tapi kalau tak silap lagu yang bertajuk "Spirit To Rebel" tu kuat betul pengaruh Megadeth.








12 comments:

  1. sama la bro mcm aku generasi millunium ni..try jgk tp tetap xbole masuk..klu cromok tu ada la sikit2 5% masuk tp yg ini mmg xbole masuk..hehehe

    ReplyDelete
  2. baru tahu pula 21 tahun sudah.. aku ada kaset ni juga. hajat hati nak kumpul semua kaset ftg ni, cuma harga tak masuk akal.. skip dulu klu jumpa yg ngam harga memang sambar.

    ReplyDelete
  3. Dulu zaman city square baru bukak ada kedai amoi music valley kat ground floor tu, berlambak ftg cd dan kaset.
    Tak beli...sekarang, too late

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa awal 2000 dulu...banyak juga kaset2 genre power metal aku beli kat kedai ni...

      Delete
  4. zaman skolah dulu member2 layan FTG ni, tapi waktu tu cuma dpt masuk arus alternatives/grunge je

    ReplyDelete
  5. vokalist lama dia masa first ep tu ok la memang kena dengan muzik thrash FTG yg dulu..album yg ni pernah beli kaset,dengar sekali je lepas tu member nak aku kasi..heheh

    ReplyDelete
  6. masih ada ke band ini? JAck FTG terkenal dengan tangan kanan nya yang laju ketika memainkan skill downstroke.tapi vokalis awalnya saya kurang berkenan, saya lebih suka Tajul, vokalis sekarang.

    ReplyDelete
  7. Sampai harini orang marah sangat dengan Cromok dah kenapa aku pun tak paham.

    ReplyDelete