Nampak sama tapi tak serupa. Cetak rompak bukan benda baru. Dari dulu pun dah ujud. Maka tak hairanlah kalau piring hitam pun ada versi pirate.
Sepert gambar di atas, Ianya memang ada perbezaan. Yang kiri adalah versi asli. Kaler gambarnya pun dah berbeza. Yang cetak rompak juga biasanya tidak mempunyai logo syarikat rakaman contohnya EMI,WEA dan lain-lain.
Cover belakang pun biasanya yang cetak rompak akan menggunakan gambar yang sama dengan gambar cover depan. Info lagu juga biasanya tidak lengkap.
Piringnya pun agak berbeza. Pegang pun dah rasa lain. Tetapi yang paling senang nak cam adalah label di tengah piring hitam tersebut. Yang pirate tidak mempunyai info mengenai pencipta/penulis lagu dan lirik.
Dari segi soundnya pula susah nak cakap. Bukanlah pakar. Tambahan pula sound sistem kat rumah pun jenis ala kadar. Nasib kot. Ada juga yang kata cetak rompak pun soundnya ok.
Makanya...kalau nak beli tu pandai-pandai la....jangan sampai terpedaya...barang cetak rompak pun ada peniaga cekik darah yang jual sama macam yang asli.
Sekian. Terimakasih.
Camana cetak rompak boleh sound lagi elok? Tak logik.
ReplyDeleteaku tak kata lagi elok...aku kata ok
DeleteBerteromber kau ingat zaman kaset dulu contoh Rusty Blade yang label wau tu, yang kaset casing dia unik tu.
ReplyDeleteApasal zaman dulu aku pernah dengar Wau tu label ori untuk some districts kat Malaysia? ye ke?
tak pasti la deaf...aku rasa pirate jugak kot...pasal macam Rusty Blade tu semua under Life Records...setau aku tak pernah pulak Life Records tu ada distributor lain...
DeleteWau tu cetak rompak yer? mcm ori
Deletewaa info menarik geng.. benda baru aku tahu ni.
ReplyDeletewahh.. baru tau.... selamat aku... larikkk
ReplyDeleteaku pun baru tau...info berguna...
ReplyDeleteAda sesetegah seller dia kasi kita pegang n tengok keadaan rekod mcm mana,tapi sapa yg da biasa beli rekod seken mmg tau lah.ada seller ckp kt aku kalo main rekod pirate jarum TT cepat rosak.taktau la ya ke tak..
ReplyDeletegood info bro... hehehehe
ReplyDeleteDulu merata ok jual versi Wau tu. tapi weak la packaging kan, cam slot je kaset kat casing tu...
ReplyDeletetakde inlet2 gitu
Aku mcm nak beli bootleg piring hitam raya tapi bila baca boleh rosakkan jarum TT tu takut la plak , tq for the info
ReplyDeleteKalau zaman dia mmg pirate pye lg laku wei...
ReplyDelete