Friday, April 24, 2015

Imaginations from the Other Side

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 4hb April yang lalu...


Blind Guardian - Imaginations from the Other Side (1995)

Sekitar tahun 1999 - 2000 adalah tahun yang saya kemaruk dengan genre power metal. Blind Guardian adalah salah satu darinya. Walaupun agak terlambat mendengarnya tetapi ia menjadi titik permulaan untuk saya jatuh hati kepada Blind Guardian.


Imaginations from the Other Side adalah salah satu album yang patut anda cari jika anda pertama kali cuba untuk mendengar muzik power metal yang progressif. Tiada lagu yang tidak best. Dijamin tidak akan membosankan. Tambahan pula jika anda rindukan sentuhan producer Flemming Rasmussen. Ini adalah satu lagi sebab kenapa anda patut cuba untuk mendengarnya.


Muziknya berat tetapi sangat melodic. Paling menarik sudah tentunya pada trademark "powerful sing-along choruses" mereka. Tambahan pula vokal Hansi Kursch memang antara yang terbaik dalam dunia metal. Gaya vokalnya yang pelbagai bukan sekadar menjerit pada saya adalah salah satu kekuatan Blind Guardian.

Tak perlu taip panjang-panjang. Pastinya saya "bias". Senang cakap ini sememangnya antara album power metal kegemaran. Cubalah.



6 comments:

  1. Aku paling suka yang versi Val Halla live yang audience nyanyi nonstop tu..dahbis pun still nyanyi berapa minit...tu best.
    Lain2 aku tak peham sangat la Blind Guardian ni.

    ReplyDelete
  2. sokong! antara album BG yg blh dikatakan super album. lagu2 seperti a past and future secret, born in a mourning hall, mordred's song dan bright eyes pasti akan melekat dalam minda

    versi AADI

    ReplyDelete
  3. tak penah dgr lg album ni...

    https://www.youtube.com/watch?v=AB_zVyuAEDk

    ReplyDelete
  4. Aku cari album follow the blind je..tak dapat2 lagi sampai sekarang

    ReplyDelete
  5. album terbaik Blind Guardian bagi aku. semua lagu best. antara album yang membuatkan aku tidak putus harapan dengan power metal.

    ReplyDelete