Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 22hb September yang lalu..
Red Hot Chili Peppers - One Hot Minute (1995)
Album yang kurang digemari oleh peminat setia RHCP. Majoritinya kerana Dave Navarro. Walaupun asalnya macam suatu idea yang menarik bila gitaris Janes Addiction menyertai mereka. Tetapi aura John Frusciante dalam RHCP memang kuat. Sound dia memang unik. Walaupun bunga-bungaan bass Flea masih ada. Majoriti fanboy John Frusciante tidak suka dengan sound yang dibawa oleh Dave Navarro.
Bagi mereka Dave Navarro menjadikan RHCP seperti Janes Addiction. Sedikit sebanyak saya bersetuju. Sound Dave lebih berat, gelap dan kurang funky berbanding John. Lagu-lagu yang rancak memang jelas perbezaannya. Tetapi RHCP masih tetap RHCP. Masih dengan lagu-lagu rojak. Cuma bab gitar jer la yang memang terasa kelainannya.
Walaupun begitu, pada saya banyak juga lagu sedap. Sound mereka lebih berat. Lagu-lagu rancak jadi lebih metal berbanding hard rock pada album-album sebelumnya. Pilihan saya lagu "Aeroplane" dan "Warped". lagu balada "My Friends" pun ok. Kira ini lagu untuk lawan "Under the Bridge".
Tetapi yang pastinya, dalam banyak-banyak cd dalam simpanan saya, inilah cd yang anak bongsu saya teruja nak dengar. Bukan pasal lagunya tetapi gambar kulit cdnya. Mungkin dia ingat ni cd ala-ala Frozen dan cerita-cerita Princess yang sering ditontonnya.
Tetapi walaupun temanya macam cerita kanak-kanak (inlay dalam cd pun ada gambar-gambar kartun macam buku cerita kanak-kanak) tetapi liriknya memang kurang sesuai untuk kanak-kanak. Saya bagi juga dia dengar lagu "Aeroplane" kerana lagu ini ada bahagiannya yang dinyanyikan oleh kanak-kanak. Memang dia suka. Tetapi nasib juga dia tak paham akan liriknya. Haha...
Percubaan yang baik dari RHCP. Tapi tak sampai...akhirnya mereka kembali kepada John Frusciante untuk album yang berikutnya...
Aku lagi suka john dari dave navaro.mamat tu glamer pun pasal dia kawen ngan carmen electra kan..album ni mmg aku ignore dari dulu..heheh
ReplyDeletetak berapa pandai dengar RHCP... takpi boleh laa layan.
ReplyDeleteRHCP memang sinonim dengan John Frusciante...tanpa dia memang kurang menyengat la...ambik contoh album baru diorang (kira baru la jugak) huhu kurang la beb
ReplyDeleteAku suka album ni. Layan Pea dan Tearjerker.
ReplyDeleteFuhhh
Rhcp ni unik. Tak semua lqgu dorang aku boleh absorb, tapi yang mainstream pop gitu aku minat sangat..
ReplyDeleteSuka lagu kapal terbang
ReplyDeleteklu aku jumpa kasetnya jual murah2 aku beli buat koleksi haha
ReplyDelete