Album yang berumur 20 tahun pada bulan Mei yang lalu...
Gamma Ray - Land of the Free (1995)
Kai Hansen kembali! Itulah pendapat saya tentang Land of the Free. Setelah kurang menyengat dengan Insanity and Genius (1993) dan Sigh No More (1991), album ini mengembalikan kepercayaan saya kepada Kai Hansen.
Saya sememangnya penyokong Kai Hansen berbanding Michael Weikath walaupun saya terpaksa akui yang Helloween di bawah Michael Weikath sememangnya bagus. Tapi bila dah "bias" biasalah. Tetap nak cakap zaman Kai Hansen juga yang terbaik. Hahaha...
Vokal Kai jauh lebih baik jika hendak dibandingkan ketika zaman Helloween beliau. Tak terasa langsung akan kehilangan Ralf Scheepers. Tambah menarik album ini juga manampilkan Michael Kiske sebagai vokalis undangan. Walaupun satu lagu tetapi sudah cukup mengubat kerinduan peminat Helloween. Yang bestnya saya menjangkakan lagu "Time to Break Free" adalah seperti Helloween yang lama. Rupa-rupanya Kai Hansen dan Michael Kiske memang betul-betul telah berubah. Lagu ini mengingatkan saya kepada zaman "Pink Bubbles Go Ape". Saya suka.
Sememangnya ini antara album terbaik Gamma Ray. "Rebellion in Dreamland" memang sedap. Jarang orang letak lagu yang panjang sebagai track pembukaan. Tetapi ianya menjadi pencetus mood yang bagus untuk kagu-lagu seterusnya.
Kalau kali pertama nak dengar Gamma Ray, Land of the Free adalah pilihan yang terbaik. Satu album semua lagu best. Memang terbaik!
entahlah, sampai sekarang aku tak tergerak nak checkout helloween/gammaray secara serius... padahal muzik sebegini mmg kegemaran
ReplyDeletegamma ray aku hanya ada kompilasi blast from the past..
ReplyDeleteAlbum gammaray satu pun aku tak penah ada.tapi lagu2 dia mmg best
ReplyDeletegenerasi bru cm aku ni ble bace psl band ni...terkebil2 mate jek...hehe
ReplyDeletestakat ni aku ade 2 album je, lgu lust for life dr album heading for tomorrow mmg terbaik
ReplyDeleteAKU belum berjumpa dgn kasetnya yg murah2 klu jumpa rasa nak sambar juga buat koleksi.
ReplyDeleteUsah kau bertanya
ReplyDeleteKemana hilangnya
Bayanganku ini
Cuma kerna kelam
Atau sinar hilang
Pandangan matamu
Asyik kau terlena
Melabuh asmara
Melayarkan rasa
Nikmat seketika
Menjadi bahana cinta...
Gamma bahang asmaraaa