Wednesday, December 9, 2015

Fatamorgana

Lagi album rock lama yang di"cd"kan....


Crossfire - Fatamorgana (1989) - rilsan semula 2015

Tidak pernah ada kasetnya dulu. Tak cukup bajet. Status sebagai pelajar pada ketika itu membuatkan kuasa membeli saya adalah terhad. Tambah pula keghairahan membeli kaset-kaset rock/metal band-band orang putih mengatasi segala-galanya.

Namun begitu banyak juga kenangan walaupun mendengarnya sekadar meminjam kawan. Antaranya secara tidak sengaja terserempak dengan majlis promosi album ini di KOMTAR, Johor Bahru. Sayangnya waktu itu belum wujud lagi handphone berkamera (zaman tu handphone pun belum wujud) untuk merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan.

Lagu "Fatamorgana" dan "Realiti dan Fantasi" pula adalah antara lagu yang sering rakan-rakan saya mainkan di mesin jukebox Restoran Mohd Ali di Ulu Tiram (PC Kokak tau la tempat ni) Menyebabkan 2 lagu ini yang paling saya "familiar" dari keseluruhan albumnya. Lagu-lagu lain ingat-ingat lupa. Tetapi yang pastinya lagu track pertama, "Hidup Satu" pastinya mengingatkan saya kepada lagu "Rising Force (Malmsteen)". Lagu ciptaan Arwah Samad. Tak hairanlah kalau ada pengaruh Malmsteen di situ.


Secara keseluruhannya, Fatamorgana adalah sebuah album heavy metal melayu yang baik. Mereka pada saya adalah sebaris dengan band seperti Rusty Blade yang memperjuangkan muzik heavy metal yang sebenar. Tabik!

Untuk keluaran semula ini, soundnya ok (di ambil dari lp) cuma ada sedikit kesilapan pada covernya yang mana lagu "Realiti dan Fantasi" ditulis Belantara sebagai pencipta. Manakala lagunya pula ada sedikit "jumping" pada bahagian awal vokal. Tak pasti hanya cd saya atau memang semua cd begitu.

Walaupun begitu saya tiadalah nak merungut. Dengan harganya yang murah. Cover pun cover asal. Dapat cd ni kat tangan pun dah cukup suka dah. Harapnya pihak yang berusaha mengeluarkan cd rilisan semula ini tidak berputus asa dengan komen-komen yang negatif. Dan kita yang membeli cd ni pun berlebihkurang sahaja lah. Sikit-sikit hal tu kasi pejam mata sudah. Yang penting ada official release daripada tak keluar langsung.



9 comments:

  1. batch ke-4 reissue aku bakal sampai esok/lusa, tapi crossfire tak masuk senarai...

    ReplyDelete
  2. Cd aku pun sama ada jumping jugak.tapi takpa la sikit punya hal tu yg penting album2 ni semua rilis balik

    ReplyDelete
  3. pada lagu no 7 tu ada terkucil pada permulaan sbb masalah kat kilang wat cd tu,album crossfire n sudirman kena mcm tu..encil mohd fuazi omar a&r universal music yg bgtau..boleh tukar tu..pm je kat fb dia..kalau naklaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..memang ada terbaca kat fb dia...tapi takper la...sikit punya hal..

      Delete
  4. banyak ye keluar reissues.
    May ada news tak? Kumpulan May nak keluar balik semua? ada berita?

    ReplyDelete
  5. Mana dapatnie? Aku dah tengok deretan entry konie dah berderet jugak kedai cd aku pusing tak nampak. Aku kalau boleh nak Blackrose dengan Mimi asmidar aje rerelease sendiri tak nak campur artis lain.

    ReplyDelete