Friday, December 4, 2015

Pedal To The Metal

Bahan bacaan terbaru yang patut anda semua miliki.


PEDAL TO THE METAL ZINE (ISU # 1)

Zine terbaru dari Saudara Raimi. Seorang individu yang cukup saya hormati didalam penulisan blog bertemakan muzik bawah tanah. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi saya adalah peminat tegar tulisan beliau terutamanya didalam blog peribadinya, Kyusuk Kematian. Artikel di dalam zine ini pun kebanyakannya adalah di ambil dari 2 blog beliau, (Kusyuk Kematian dan Faithcraft Productions)

Pedal To The Metal - Metal Punk Berbasikal adalah catatan pejalanan beliau berbasikal ke 4 lokasi metal di Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru dan Hatyai. Apa yang lebih menarik setiap kayuhan beliau juga turut disertakan dengan misi amal kebajikan. Sesuatu yang saya rasa patut diberikan tabik hormat.

Selain itu turut diselitkan wawancara beliau bersama Puan Anita Yusof (Rider wanita negara yang pada masa ini sedang cuba membuat rekod menunggang motorsikal mengelilingi dunia secara solo), Saudara Nizam dari band hardcore punk Dum Dum Tak, tip untuk ke Koh Lipe, Thailand dan beberapa artikel yang lain contohnya tentang band black metal Abbath.

Ianya memang berbeza dengan tipikal zine bawah tanah yang lain. Ianya seperti subuah mini travel log. Bukan sekadar cerita muzik metal dan punk, tetapi menceritakan pengalaman perjalanan beliau yang meliputi pelbagai budaya, makanan dan tempat-tempat menarik disekitar Malaysia dan Thailand.

rasa segan pula bila zine saya disertakan dengan cd SURTUR secara percuma. Terimakasih Bro...
Sejujurnya saya cemburu dengan beliau. Saya sememangnya pernah bercita-cita untuk menulis ala-ala sebegini, Malangnya saya bukan seorang penulis yang baik malah tak cukup pengalaman "berjalan" untuk bercerita ala-ala National Geografi seperti beliau. Oleh itu saya menyeru sahabat-sahabat pembaca blog ini supaya memberikan sokongan kepada beliau dengan membeli senaskah Pedal To The Metal.

Tak rugi dan tak mahal pun. Cuma RM10 (termasuk pos Semenanjung Malaysia), RM12 (Borneo). Bukan setakat tolong kawan-kawan. Ini memang zine yang bagus. Di harapkan beliau akan terus berkayuh dan menerbitkan isu yang ke 2 pula. Tabik!

Terimakasih sahabat.

Beliau boleh dihubungi melalui :-
Email: faithcraftproductions@yahoo.com
Whatsapp: 019-2281979
facebook 
Blog : Kusyuk Kematian  dan   Faithcraft Productions


REKOMENDED!




8 comments:

  1. kagum dengan semangat raimi ni.terbaik la (y)

    ReplyDelete
  2. perghhh kena beli ni...saya selalu jugak berhubung dengan saudara raimi ni...rajin buat zine ni dulu..ada buat buku gak ni....Kemenyan!

    ReplyDelete
  3. Baru teringat belum beli dia punya CD Mystikult.. Harap2 ada lagi..

    ReplyDelete
  4. Baru teringat belum beli dia punya CD Mystikult.. Harap2 ada lagi..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana memberi ulasan. Terlalu tinggi pula pujiannya. Apa pun harap dapat berjumpa bro berteromber satu hari nanti!

    ReplyDelete