Wednesday, December 16, 2015

Tanjung Piai Johor National Park

"Misi ke Tanah Terselatan Benua Asia"

Dulu masa tahun 2009, pernah buat entri pasal tempat ni. >KLIK< Tetapi masa tu tak masuk pun ke dalam. Tak sempat. Tetapi kali ni dah alang-alang dah sampai ke Pontian kerana menghadiri majlis kenduri kahwin, singgah sekali lagi ke sini...


Tiket dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Murah jer pun. Monumen macam gambar kat atas ni kalau nak bergambar, percuma ajer. Ni kat bahagian luar...


Masuk dalam kena berjalan atas titian perjalanan pelantar kayu macam ni. Boleh tahan jauh juga kena menapak nak sampai ke laut tempat terletaknya monumen "Tanah Terselatan Benua Asia". Tak silap 500++ meter. Kalau musim panas memang berpeluh ler...


Jalan..jalan...jumpa menara peninjau...boleh la naik atas tengok pemandangan sekeliling..


Tak nampak apa pun...hutan paya bakau ajer...memang ini kawasan hutan simpan paya bakau...hutan belaka...


Paling kuat pun nampak kawan ni ajer. Memang banyak dorang ni. Tapi jangat takut...pasal mereka ni lebih penakut dari kita...tapi hati-hati kalau bawak makanan...bab nak curi makan ni dorang tak takut...


Akhirnya sampai ke laut...lenguh dah menapak ni...berpeluh-pelu dah...kesian cik puan isteri menapak sambil berbaju kurung...hahaha...lain kali kalau pergi majlis kenduri kahwin jauh-jauh bawak ler baju spare...


Jalan...jalan dan terus berjalan...kali ini jalan atas air la pulak...


Ni pemandangan best sikit...nampak laut...bagi budak-budak kampung macam saya yang dah biasa dengan paya bakau...tengok laut lebih syiok dari tengok hutan...nyaman kena tiup angin...


Menapak terus ke tengah laut untuk sampai ke titik "Tanah Terselatan Benua Asia".  Jauh lagi ni...panas oii waktu tengahari...


Laa..nasib tak baik...monumen globe yang mejadi mercu tanda bagi menandakan ‘Tanah Terselatan Benua Asia’ yang dibina pada 2009 ni tutup la pulak. Khabarnya dalam proses baik pulih akibat rosak kena hakisan pantai....Takder rezeki la nak sampai situ...


Takper la...pergi pelantar yang disebelahnya pun jadi la...sayangnya yang kat sini setakat ada pondok berbumbung untuk berehat. Tak boleh ler nak bergambar bagai kononnya dah sampai ke punghujung selatan benua Asia...

Ni ha hujungnya...kalau mancing best ni...depan ni laut lepas...Indonesia depan tu...


Ok...patah balik...masuk hutan semula...masuk jalan lain...keluar jalan lain...dia macam satu bulatan sebenarnya...tapi kalau nak patah balik jalan sama pun boleh juga...tapi tak best la kan...alang-alang dah bermandi peluh...


Siapa buang sampah dia geng...hahaha


Antara benda yang boleh kita jumpa sepanjang perjalanan...


Dah tu ajer...mana datang la papantanda ni...ni konpem budak-budak Liverpool punya kerja ni...ceh!!! hahaha...



11 comments:

  1. Hahahh..papan tanda tu mmg terbaik.aku pun tak penah lagi sampai sini.nama je org johor..heheh

    ReplyDelete
  2. Turun tak cakap ceh. Opis aku kan nampak dari situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi jemputan kawin...pegi sini takat nyambil2...tu yang malas nak roger2 tu..

      Delete
  3. everything mengenai tempat ni memang best....kecuali papan tanda YNWA tu...pffftttt

    ReplyDelete
  4. Time ni takda pesta air pasang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sebulan sebelum pesta air pasang tu...rugi la...terawal...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete