Thursday, December 17, 2015

Cinta Bandar Tasik Selatan

Lagi perihal cd keluaran semula...


Olan - Cinta Bandar Tasik Selatan - (1991 /keluaran semula 2015)

Tak pernah terpikir pun nak beli cd ni. Kalau dulu-dulu memang allergic. Tetapi bila kawan yang menjual cd ini secara on-line tanya nak beli ke tak?...Saya terpikir apa ada hal...bukannya mahal pun...apa salahnya mencuba...yer tak?

Perasaan ingin tahu apa yang saya tertinggal ditahun 90an memang menebal. Apatah lagi bila melihat imej anggota band ini yang nampak ganas. Rambut panjang bagai. Track pertamanya (Cinta Bandar Tasik Selatan) memang membunuh. Hahaha...Sebenarnya itulah satu-satunya lagu mereka yang pernah saya dengar.


Tak perlulah nak komen lebih-lebih. Apa yang saya suka dan minat tidak semestinya sama dengan apa yang anda minat. Kalau telinga saya kata best tak semestinya di telinga anda pun best. Apa yang nak saya katakan cuma album ini memang banyak lagu yang meleweh. Yang rancak cuma 4 lagu. Itupun separuhnya darinya bolehlah dikatakan jenis mid-tempo.

Lagu yang saya masuk kepala mungkin hanya "Mentari Masih Bersinar". Pada saya masalah untuk Olan adalah dari segi sound. Album yang kononnya bergenre rock/metal sepatutnya bunyi gitarnya harus kedepan. Sound distortion gitar harus mendominasi. Itu elemen utama untuk muzik rock. Bukan hanya ketika solo. Mungkin ianya salah penerbit bukannya anggota kumpulan. Tetapi yang pastinya album ini memang bukan untuk saya. Tak boleh nak masuk.

Nampaknya sekali lagi saya telah membuat keputusan yang betul dengan tidak mengambil tahu pasal mereka suatu masa dahulu. Tidak mengapalah. Simpan sahaja cd ini. Cd melayu kan konon-kononnya rare...susah nak dapat tak macam cd orang putih. Mana tau kot-kot 10 tahun akan datang harga kapitalisnya boleh meningkat 100%...hahaha...

kalau anda sukakan rock leleh...beli...kalau tak...tak payah la...





5 comments:

  1. Hahah..mmg aku tak beli.tapi baju gamba logo "peace" tu dulu mmg popular.aku ada sampai 2 helai..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun ada selai dulu...warna putih jenis iron on beli kat Rock Station, Komtar...

      Delete
  2. tajuk album tu je perna dgr lagunya kat radio..

    ReplyDelete