Wednesday, April 9, 2014

Come Hell or High Water

Hari tu dah terbuat entri pasal Deep Purple sikitkan...kali ini baru yang banyaknya...album live yang dah 20 tahun usianya...


Deep Purple - Come Hell or High Water (1994)

Apa-apa sahaja dari Mark 2 memang berbaloi. Walaupun mungkin rakaman live ini lebih diingati kerana perangai diva Ritchie Blackmore. Tetapi ini adalah suatu kenangan yang menarik untuk peminat Deep Purple. Tambah pulak ini adalah antara penampilan terakhir beliau bersama mereka. Tak kisah la kalau tengok videonya muka Ritche ketat semacam. Tapi dari segi muziknya dia memang terbaik. Tak hairanlah kenapa budak-budak rock melayu ketika penghujung 70an menjadikan beliau sebagai idola.

Cd ini adalah rakaman live Tour The Battle Rages On di Birmingham NEC (9th November 1993) dan Schleyerhalle, Stuttgart (16 October 1993). Ritche tak abiskan pun tour ni. Joe Satriani jadi pengganti bidan terjun. Kalau cari kat youtube best juga tengok Joe Satriani dengan Deep Purple. Kalaulah gandingan mereka ini berkekalan...kan ke best. Tiada masaalah dengan Steve Morse....cuma ini Joe Satriani ok!

Kalau tak silap rakaman live ini ada dikeluarkan dalam bentuk VHS. Pernah tengok suatu ketika dulu. Tetapi saya cuma memiliki versi VCD, itupun versi Jack Sparrow. Dibeli di zaman-zaman VCD tengah top suatu ketika dulu.


Ada perbezaan antara versi cd dan vhs/vcd/dvd yang mana versi cd banyak potong. Cuma ada 9 lagu berbanding 16 lagu. Dan versi vhs/vcd/dvd adalah sepenuhnya rakaman di Birmingham NEC. Tambah pula ada sedikit wawancara dengan anggota Deep Purple kecuali Ritche. Sayangnya tak ditunjuk pula kes Ritche naik stage lambat dan baling air kat kamera tu.


Dari segi sound memang terbaiklah. Mendiang Jon Lord memang betul-betul tunjuk skill. Takder nak komplen. Lagu pertama jer dan Highway Star. Apa lagi yang nak dikomplen kan? Ok lah... Ian Gillan bahagian high note tu terkial-kial sikit. Paham-pahamlah sahajalah ketika itu pun usia dia dah berapa. Tetapi yang lainnya memang spot on. Ian Paice dan Roger Glover pun memang hebat. Pilihan lagu mungkin ada pro dan kontra. Tapi adanya "Anya" kira saya dah puas hati la...


* Sedang mencari boxset "Live in Europe 1993" keluaran tahun 2006. Kalau dapat yang ini lagi best. 4 disc rakaman live kat  Birmingham NEC dan Schleyerhalle, Stuttgart tanpa potong.




Tuesday, April 8, 2014

Hello Dolly

Seperti kes Ijau dalam entrinya Freddie Mercury - In Memoriam (The Very Best)...saya pun terkena juga...

Secara kebetulannya...macam kena pula dengan tema blog...heheh...album yang menyambut ulang tahun ke 50....


Louis Armstrong ‎– Hello, Dolly! (1964)

Sebenarnya lain yang di order...lain yang sampai...order cd metal sekali dapat Louis Armstrong...mak aii...jauh panggang dari api....ni betul-betul klasik nasional...heheh...apa la yang saya tahu pasal Louis Armstrong selain lagu "What a wonderful world"....

Sebenarnya dalam pengalaman saya berurusan dalam e-bay sejak tahun 2009, ini kali kedua saya terima cd yang salah. Kes yang pertama dulu seller gantikan dengan cd yang sebenar dan membenarkan saya menyimpan cd yang salah. Yang untungnya cd yang salah itu adalah dari band yang sama cdnya saya order cuma tajuk album yang lain. Tak ker rezeki namanya.

Tapi untuk kes yang ni...sellernya adalah estock_deutschland. (sama kes macam Ijau). Tak pasti apa tindakan yang akan di ambil mereka. Saya masih menanti jawapan e-mail dari mereka. Kalau suruh pulangkan balik memang saya tak akan lah. Kos cd yang saya order cuma RM18...Kos pengeposan ke UK lebih mahal dari tu....memang tak berbaloi la...

Apa-apa pun pada rakan-rakan yang masih takut-takut untuk menggunakan e-bay, jangan bimbang. Setakat ni tak pernah pula saya kena rip-off...cuma yang lecehnya bab kastam tu ajer la...tapi setakat ni memang belum pernah lagi cd-cd saya di tahan kastam. Mungkin cd-cd yang saya beli tak cukup setan kot...heheh...


**Ijau...amacam...nak trade?








Monday, April 7, 2014

A Different Story

Lagi yang dah 20 tahun...


Deadeye Dick - A Different Story (1994)

One-hit wonder. Mungkin itulah yang boleh di rumuskan untuk Deadeye Dick.

Ada tak sesiapa yang membesar di awal 90an tetapi tak pernah dengar lagu "New Age Girl"? Mungkin ada. Tapi untuk yang poser seperti saya bukan setakat pernah dengar tetapi suka. Buat yang tak tahu, lagu ini juga terdapat di dalam soundtrack filem Dumb and Dumber.

Mula dengar di radio. Tetapi jadi semakin tertarik bila Kudsia Kahar yang ketika itu seorang DJ di Radio Muzik buat kuiz siapa tahu makna "septuagenarians" yang ada dalam liriknya. Zaman tu bukannya ada google untuk cari...malah ejaan dia pun tak tahu. Bertahun juga lah baru tahu.


Secara jujurnya memang tak tau apa-apa berkenaan  mereka. Membeli kaset ini pun semata-mata kerana lagu tersebut. Tetapi secara ringkasnya mereka ini bolehlah dikategorikan sebagai genre alternative rock. Muzik mereka kebanyakannya mudah dan simple. Sangat pop...cathcy dan melodic...banyak lagu yang acoustic. Lirik pun menarik. Marah,rebel dan aggresif memang tiada dalam kamus mereka.

Ada beberapa lagu yang berjaya menarik perhatian saya seperti "Marguerite" dan "Molly". Tetapi highlightnya sudah semestinya "New Age Girl".



Mary Moon... she's a vegetarian (Mary Moon, Mary Moon, Mary Moon)
Mary Moon... will outlive all the septuagenarians (Mary Moon, Mary Moon, Mary Moon)
Oh, she loves me so
She hates to be alone
She don't eat meat
But she sure like the bone...

huwahhh!!!


er...ok...sila google apa erti "septuagenarians" sekarang?...ker ada yang dah google...heheh...






Friday, April 4, 2014

Master of the Rings

Yang dah 20 tahun...



Helloween - Master of the Rings (1994)

Album ini adalah permulaan yang saya mula kurang mengambil perhatian kepada Helloween. Maklumlah sebagai fanboy Keeper Of The Seven Keys, kesetiaan saya kepada mereka diuji sekali lagi. Dulu Kai Hansen. Lepas tu Ingo Schwichtenberg. Kini Michael Kiske pula. Zaman tu macam susah nak terima bila Helloween berwajah baru. Kira sama macm kes Iron Maiden dengan "The X Factor".

Walaupun begitu kasetnya tetap di beli. Tetapi mendengarnya hanya secara lalu. Yang lawaknya kalau sebut pasal Master Of The Rings tanpa mengoogle atau membelek kaset/cdnya, satu-satunya lagu yang boleh saya ingat adalah lagu slow "In The Middle Of A Heartbeat". Lagu-lagu yang rancak haram satu tajuk pun tak ingat. Ntah kenapa mungkin kerana melodi lagu itu agak senang untuk diingat.


Tetapi sejak keluarnya "The Dark Ride", saya mula mendengar Helloween kembali. "Master of The Rings" versi cd mula menjadi wish list saya di e-bay. Akhirnya berjaya juga memilikinya beberapa tahun yang lalu. Walaupun begitu atas kekangan masa, cd ini hanya tersimpan di rak cd sehinggalah ketika entri ini hendak dibuat.

Ternyata album ini sangat bagus sebenarnya. Micheal Weikath telah berjaya mengembalikan Helloween ke landasan yang asal. Sayangnya pada saya album ini tidak konsisten. Lagu-lagu dari side A versi kaset terutamanya seperti "Sole Survivor", "Where the Rain Grows" dan lagu kegemaran saya "Why?" memang sedap. Sayangnya side B cuma biasa-biasa sahaja. Mungkin "Secret Alibi"  dan lagu perlahan "In The Middle Of A Heartbeat" menjadi penyelamat.


Tak perlulah nak bandingkan dengan Keeper Of The Seven Keys. Heloween tanpa Kai Hansen/Michael Kiske tetap menjadi peneraju utama untuk genre melodic power metal. Tahniah untuk mereka. Sememangnya Andi Deris adalah penganti yang sesuai.

Best!






Thursday, April 3, 2014

Mr. Peabody & Sherman


Cuti sekolah minggu lepas tiada bajet untuk berjalan. Setakat bawa anak tengok wayang ajer la. Macam biasa layan kartun.


Mr. Peabody & Sherman (2014)

Kali terakhir ke panggung wayang adalah tahun lalu ketika menonton Bola Kampung. Macam biasa menonton di panggung yang sama, TGV Tebrau City. Kali ini pergi tanpa perancangan filem apa yang hendak di tonton. Tak tahu cerita apa pun yang sedang ditayangkan. Apa kartun yang ada itulah yang akan ditonton.

Ternyata Mr. Peabody & Sherman tidak mengecewakan. Walaupun anak bongsu saya agak blur dengan jalan ceritanya. Maklumlah budak berusia 7 tahun (walaupun watak utamanya, Sherman juga berusia 7 tahun) Tetapi bila di sajikan dengan perihal sejarah dan tokoh-tokoh dunia seperti Revolusi Perancis, Zaman Renaissance, Perang TrojanGeorge Washington, Albert Einstein, King Tut, Leonardo da Vinci, Mona Lisa, Marie Antoinette dan ramai lagi tokoh sejarah, saya jamin yang dewasa pun mungkin ada yang blur.


Memang menarik, sambil berhibur boleh juga tahu pasal sejarah. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi sesuai juga untuk tontonan orang dewasa terutamanya kaum bapa. Jarang ada cerita perihal bapa dan anak. Walaupun dalam cerita ini watak bapa adalah seekor anjing. Tetapi pengajarannya, anjing pun sayangkan anaknya.

Terbaik!







Wednesday, April 2, 2014

1994 Pt 4

Pt 1, Pt 2, Pt 3


Tiada album baru dari mereka di tahun 1994. Kompilasi pun kompilasi lah....Ini adalah antara kompilasi kegemaran saya dari tahun tersebut. Ada yang kasetnya dah hilang...ada yang masih tak berjaya nak upgrade ke cd....tapi yang pastinya ini adalah antara peneman saya di sepanjang tahun tersebut...


***tak sabar nak bercerita perihal tahun 1984 pula...antara tahun terbaik untuk Heavy Metal.





Tuesday, April 1, 2014

Smash

Lagi yang dah berusia 20 tahun...


Offspring - Smash (1994)

Pembelian cd ini adalah sama kesnya seperti Vitalogy. Malah kalau tak silap saya ini adalah cd saya yang ke 2 selepas "Iron Maiden - Somewhere in Time". (Tarikh yang tertulis di cd adalah 26hb Nov 1994). Maklumlah zaman yang ketika itu penjualan cd belum lagi meluas. Saya pula baru mempunyai pemain cd, sudah tentu kemaruk membeli apa sahaja cd yang ada di kedai (tapi yang rock la..)

Tak tahu apa-apa pasal Offspring. Tetapi pada ketika itu lagu "Come Out and Play" memang tengah popular dan sering pula melihat video clipnya di rancangan MTV di tv Singapura. Maka oleh kerana itulah cd ini dibeli.


Bukanlah peminat punk rock, tetapi oleh kerana ketika itu tiada cd lain. Hari-hari mendengarnya. Rasa sedap pula. Ianya agak simple dan melodic. Muzik begini lebih mudah untuk saya terima berbanding grunge. Yang menjadi kegemaran saya adalah lagu "Self Esteem". Agak kemaruk juga saya dengan lagu ini suatu masa dahulu. Sering kali mendengarnya berulang-ulang kali ketika perjalanan pergi dan balik kerja.

Cuba juga untuk mendergar Ignition dan Ixnay on the Hombre. Malah ada kasetnya. Tetapi sayang...kesannya kepada saya tidak sekuat Smash. Mungkin masanya tidak kena.