Thursday, April 3, 2014
Mr. Peabody & Sherman
Cuti sekolah minggu lepas tiada bajet untuk berjalan. Setakat bawa anak tengok wayang ajer la. Macam biasa layan kartun.
Mr. Peabody & Sherman (2014)
Kali terakhir ke panggung wayang adalah tahun lalu ketika menonton Bola Kampung. Macam biasa menonton di panggung yang sama, TGV Tebrau City. Kali ini pergi tanpa perancangan filem apa yang hendak di tonton. Tak tahu cerita apa pun yang sedang ditayangkan. Apa kartun yang ada itulah yang akan ditonton.
Ternyata Mr. Peabody & Sherman tidak mengecewakan. Walaupun anak bongsu saya agak blur dengan jalan ceritanya. Maklumlah budak berusia 7 tahun (walaupun watak utamanya, Sherman juga berusia 7 tahun) Tetapi bila di sajikan dengan perihal sejarah dan tokoh-tokoh dunia seperti Revolusi Perancis, Zaman Renaissance, Perang Trojan, George Washington, Albert Einstein, King Tut, Leonardo da Vinci, Mona Lisa, Marie Antoinette dan ramai lagi tokoh sejarah, saya jamin yang dewasa pun mungkin ada yang blur.
Memang menarik, sambil berhibur boleh juga tahu pasal sejarah. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi sesuai juga untuk tontonan orang dewasa terutamanya kaum bapa. Jarang ada cerita perihal bapa dan anak. Walaupun dalam cerita ini watak bapa adalah seekor anjing. Tetapi pengajarannya, anjing pun sayangkan anaknya.
Terbaik!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena tengok movie ni....layan dgn keluarga
ReplyDeleteada versi 3D?
ReplyDeleteada
Deletetunggu anak aku umo 7tahun baru ajak dia tgk wayang bersama..
ReplyDeleteKartun era digital ni memang banyak yang best2..suka tengok teknik cgi dlm kartun
ReplyDeleteAku dah lama sangat tak tengok wayang kat panggung...Tengok movie kat umah pun takat 5 - 10 minit lepas tu terus...ZZZZZZZZZ....
ReplyDeletetak berapa best bagi aku.
ReplyDeletetengok snippets je, macam menarik
ReplyDeleteMovie nie terlalu "besar" untuk pencapaian anak2 kecik.. tapi da best!!
ReplyDelete