Lagi yang dah berusia 20 tahun...
Offspring - Smash (1994)
Pembelian cd ini adalah sama kesnya seperti Vitalogy. Malah kalau tak silap saya ini adalah cd saya yang ke 2 selepas "Iron Maiden - Somewhere in Time". (Tarikh yang tertulis di cd adalah 26hb Nov 1994). Maklumlah zaman yang ketika itu penjualan cd belum lagi meluas. Saya pula baru mempunyai pemain cd, sudah tentu kemaruk membeli apa sahaja cd yang ada di kedai (tapi yang rock la..)
Tak tahu apa-apa pasal Offspring. Tetapi pada ketika itu lagu "Come Out and Play" memang tengah popular dan sering pula melihat video clipnya di rancangan MTV di tv Singapura. Maka oleh kerana itulah cd ini dibeli.
Bukanlah peminat punk rock, tetapi oleh kerana ketika itu tiada cd lain. Hari-hari mendengarnya. Rasa sedap pula. Ianya agak simple dan melodic. Muzik begini lebih mudah untuk saya terima berbanding grunge. Yang menjadi kegemaran saya adalah lagu "Self Esteem". Agak kemaruk juga saya dengan lagu ini suatu masa dahulu. Sering kali mendengarnya berulang-ulang kali ketika perjalanan pergi dan balik kerja.
Cuba juga untuk mendergar Ignition dan Ixnay on the Hombre. Malah ada kasetnya. Tetapi sayang...kesannya kepada saya tidak sekuat Smash. Mungkin masanya tidak kena.
layannnn
ReplyDeletestepping stone aku ke dunia hard rock dan metal
ReplyDeleteaku belum pena sekali lagi dengar lagu band ni..
ReplyDeleteDulu hari2 lagu come out and play tu main kat radio.sampai naik jemu dengo
ReplyDeleteanak bongsu aku paling suka band nih..
ReplyDelete