Friday, April 4, 2014

Master of the Rings

Yang dah 20 tahun...



Helloween - Master of the Rings (1994)

Album ini adalah permulaan yang saya mula kurang mengambil perhatian kepada Helloween. Maklumlah sebagai fanboy Keeper Of The Seven Keys, kesetiaan saya kepada mereka diuji sekali lagi. Dulu Kai Hansen. Lepas tu Ingo Schwichtenberg. Kini Michael Kiske pula. Zaman tu macam susah nak terima bila Helloween berwajah baru. Kira sama macm kes Iron Maiden dengan "The X Factor".

Walaupun begitu kasetnya tetap di beli. Tetapi mendengarnya hanya secara lalu. Yang lawaknya kalau sebut pasal Master Of The Rings tanpa mengoogle atau membelek kaset/cdnya, satu-satunya lagu yang boleh saya ingat adalah lagu slow "In The Middle Of A Heartbeat". Lagu-lagu yang rancak haram satu tajuk pun tak ingat. Ntah kenapa mungkin kerana melodi lagu itu agak senang untuk diingat.


Tetapi sejak keluarnya "The Dark Ride", saya mula mendengar Helloween kembali. "Master of The Rings" versi cd mula menjadi wish list saya di e-bay. Akhirnya berjaya juga memilikinya beberapa tahun yang lalu. Walaupun begitu atas kekangan masa, cd ini hanya tersimpan di rak cd sehinggalah ketika entri ini hendak dibuat.

Ternyata album ini sangat bagus sebenarnya. Micheal Weikath telah berjaya mengembalikan Helloween ke landasan yang asal. Sayangnya pada saya album ini tidak konsisten. Lagu-lagu dari side A versi kaset terutamanya seperti "Sole Survivor", "Where the Rain Grows" dan lagu kegemaran saya "Why?" memang sedap. Sayangnya side B cuma biasa-biasa sahaja. Mungkin "Secret Alibi"  dan lagu perlahan "In The Middle Of A Heartbeat" menjadi penyelamat.


Tak perlulah nak bandingkan dengan Keeper Of The Seven Keys. Heloween tanpa Kai Hansen/Michael Kiske tetap menjadi peneraju utama untuk genre melodic power metal. Tahniah untuk mereka. Sememangnya Andi Deris adalah penganti yang sesuai.

Best!






5 comments:

  1. first time aku dengar kaset ni, aku takut siak... pasal yang classic line up tu makin kurang kan, dah tinggal dua ekor je kan.
    sekali tu, ooo alrite la jugak...
    tapi paling terkejut beruk bila masuk lagu Middle Of heartbeat tu...., ngan perfect gentleman... lain benar la..

    ReplyDelete
  2. WHERE THE RAIN GROWS...

    saya suka versi lagu ni dalam album yang unmetal tu

    ReplyDelete
  3. aku minat genre power metal, tapi hairannya satu material helloween pun aku tak ada hahaha~

    ReplyDelete
  4. Helloween zaman pak deris ni paling best lagu2 ballad diorang..in the middle of heartbeat memang best.sama dgn lagu if i knew,forever and one,light the universe.bila dengar lagu2 ni baru aku suka helloween balik..heheh

    ReplyDelete