Saturday, May 31, 2014

Mama Cake



Mama Cake (2012)

Seperti yang pernah saya katakan dalam entri filem North Country dan Hot Tube Time Machine, mana-mana filem yang ada t-shirt Iron Maiden didalamnya, tak kira lah watak yang memakainya cuma watak sampingan yang tak berapa senonoh, sudah pasti ianya ada tempat di dalam blog merapu ini....hahaha...

Iyer...ini filem Indonesia. Mengetahui pasalnya secara tidak sengaja. Terbaca dalam satu review dari blog filem yang saya pun dah terlupa. Konsep visualnya yang dikatakan seakan-akan filem Scott Pilgrim vs. The World (2010) membuatkan saya tertarik untuk mencuba.

Ternyata filem ala-ala road trip dari Jakarta ke Bandung untuk membeli kek ini berjaya menarik minat saya. Cerita yang mudah tetapi mempunyai kritikan moral dan mesej dakwah yang bagus. Rupa-rupanya baru saya tau yang pengarahnya adalah seorang mat metal. Padanlah ada mat rock dan Iron Maiden. Pengarahnya iaitu Anggy Umbara atau lebih dikenali sebagai DJ Djakal adalah angota band Death/Nu Metal bernama Purgatory. Band ini lebih berkonsepkan islamik death metal. Maka tak hairanlah filem ini juga mempunyai banyak mesej dakwahnya.

Pada saya ianya lebih bagus dari Scott Pilgrim vs. The World dan mana-mana filem komedi remaja dari Malaysia. Tak perlu lawak bodoh yang tak bertempat. Walaupun ceritanya sedikit meleweh kerana agak panjang durasinya. Tetapi secara keseluruhannya kira boleh tahan lah. Nampaknya filem kita bukan sahaja ketinggalan dari genre aksi...

Sedang cuba mencari Comic 8, sebuah lagi filem arahan dari Anggy Umbara...

http://www.youtube.com/watch?v=5VfBzMF6AEY



3 comments:

  1. wah..macam best..akan di cari.. (y)

    ReplyDelete
  2. wahhh macam best.. aku ingat2 lupa tapi kat bandung ada sejenis brand kek yang memang nak beli sebelum naik flight haha.
    not surprised kalau director peminat maiden dan sengaja letakkan subtle mesej kat pilem ni ngan ada kan maiden. Not surprised dia ambik nama band dia pun sempena nama lagu maiden jugak.

    ReplyDelete