Tuesday, March 31, 2015

sUBHUMAN rACE

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 28hb Mac yang lalu.


Skid Row - sUBHUMAN rACE (1995)

Salah satu lagi cd terawal dalam koleksi. Sememangnya tahun 1995 adalah tahun saya mula mengumpul cd berbanding kaset. Dibeli di Plaza Kotaraya JB. Sememangnya pada zaman tersebut boleh dikatakan hampir hari-hari selepas balik dari kerja (kecuali time berdating) melepak di kedai kaset di Plaza Kotaraya. Maklumlah ofis pun di bangunan berdekatan. Kadang-kadang time berdating pun sempat juga menyinggah ke kedai kaset...hahaha..

Saya sememangnya peminat Skid Row. Sayangnya 1995 bukan lagi zaman mereka. sUBHUMAN rACE sekadar meduduki tangga ke 35 dalam carta Billboard berbanding album sebelumnya "Slave to the Grind - 1991" yang berjaya menduduki no 1.



Muzik mereka tidak terpengaruh dengan grunge. Tetapi yang mengharapkan lagu-lagu seperti "I Remember You" pasti tak akan suka. Skid Row telah berubah. Tetapi bukan ke arah grunge atau pop seperti kebanyakan band-band rock/metal 80an. Sebaliknya mereka berubah menjadi band yang lebih berat. Sound yang lebih aggresive dan metal. Tak banyak band yang begini. Yang saya boleh terfikir mungkin Pantera.

Jika anda mahukan straight heavy metal 90an yang aggresive, harsh, angry bukannya meleweh depressing gloomy sound, Inilah yang patut anda cari. Memang tiada dah lagu-lagu radio friendly ala "Wasted Time" ataupun "In a Darkened Room". Sayangnya inilah album terakhir Sebastian Bach bersama mereka. Dan sehingga kini memang tiada ura-ura dia nak kembali bersama.






4 comments:

  1. Aku masih ingat first dengar kaset pertama ni band. Best giler

    ReplyDelete
  2. aku punya pngetahuan hanya "I remember you" dan "in the darkened room'..kira band ni bole masuk dikepala...

    ReplyDelete
  3. Ada kaset ni dulu.ok la album ni.hilang aura glam rock.jadi heavy metal pulak.kes skid row ni sama lebih kurang mcm guns n roses eh.

    ReplyDelete
  4. skid row satu ayat yg digunakan oleh budak2 lepak kat kampung dulu. utk menggambarkan sikap brutal seseorang... skid row abisss

    ReplyDelete