Monday, December 7, 2015

Land of the Free

Album yang berumur 20 tahun pada bulan Mei yang lalu...


Gamma Ray - Land of the Free (1995)

Kai Hansen kembali! Itulah pendapat saya tentang Land of the Free. Setelah kurang menyengat dengan Insanity and Genius (1993) dan Sigh No More (1991), album ini mengembalikan kepercayaan saya kepada Kai Hansen.

Saya sememangnya penyokong Kai Hansen berbanding Michael Weikath walaupun saya terpaksa akui yang Helloween di bawah Michael Weikath sememangnya bagus. Tapi bila dah "bias" biasalah. Tetap nak cakap zaman Kai Hansen juga yang terbaik. Hahaha...

Vokal Kai jauh lebih baik jika hendak dibandingkan ketika zaman Helloween beliau. Tak terasa langsung  akan kehilangan Ralf Scheepers. Tambah menarik album ini juga manampilkan Michael Kiske sebagai vokalis undangan. Walaupun satu lagu tetapi sudah cukup mengubat kerinduan peminat Helloween. Yang bestnya saya menjangkakan lagu "Time to Break Free" adalah seperti Helloween yang lama. Rupa-rupanya Kai Hansen dan Michael Kiske memang betul-betul telah berubah. Lagu ini mengingatkan saya kepada zaman "Pink Bubbles Go Ape". Saya suka.


Sememangnya ini antara album terbaik Gamma Ray. "Rebellion in Dreamland" memang sedap. Jarang orang letak lagu yang panjang sebagai track pembukaan. Tetapi ianya menjadi pencetus mood yang bagus untuk kagu-lagu seterusnya.

Kalau kali pertama nak dengar Gamma Ray, Land of the Free adalah pilihan yang terbaik. Satu album semua lagu best. Memang terbaik!




7 comments:

  1. entahlah, sampai sekarang aku tak tergerak nak checkout helloween/gammaray secara serius... padahal muzik sebegini mmg kegemaran

    ReplyDelete
  2. gamma ray aku hanya ada kompilasi blast from the past..

    ReplyDelete
  3. Album gammaray satu pun aku tak penah ada.tapi lagu2 dia mmg best

    ReplyDelete
  4. generasi bru cm aku ni ble bace psl band ni...terkebil2 mate jek...hehe

    ReplyDelete
  5. stakat ni aku ade 2 album je, lgu lust for life dr album heading for tomorrow mmg terbaik

    ReplyDelete
  6. AKU belum berjumpa dgn kasetnya yg murah2 klu jumpa rasa nak sambar juga buat koleksi.

    ReplyDelete
  7. Usah kau bertanya
    Kemana hilangnya
    Bayanganku ini

    Cuma kerna kelam
    Atau sinar hilang
    Pandangan matamu

    Asyik kau terlena
    Melabuh asmara
    Melayarkan rasa

    Nikmat seketika
    Menjadi bahana cinta...

    Gamma bahang asmaraaa

    ReplyDelete