Monday, December 14, 2015

Under Lock & Key

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 22hb November yang lalu...



Dokken - Under Lock & Key (1985)

Lagi satu album yang pernah menjadi soundtrack kehidupan di zaman budak sekolah dulu. Banyak kenangannya. Terutamanya lagu "The Hunter". Pernah bercerita perihalnya suatu masa dulu >SINI<


Banyak lagu sedap. Satu album pun sedap. Kerja gitar George Lynch memang terbaik. Teruja betul masa budak-budak dulu tengok video clip "It's Not Love" yang Dokken main live atas trailer keliling bandar tu. Terutamanya tengok gitar ESP Skull N' Bones. Nampak ganas. Masa tu memang dialah gitar hero saya.


Masih simpan kaset Apache ni. Tak kurang 28 tahun dah usianya. Dan masih boleh digunapakai.


Album yang banyak kenangan pastinya buat saya terjebak dalam bergila format. Yang kaset tu kalau dapat yang asli pun ok juga.

Senang cerita, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam mengenal muzik Dokken. Mendengar Under Lock & Key adalah pilihan yang tepat. Lagu-lagu seperti "Unchain the Night", "The Hunter", "In My Dreams", "It's Not Love", "Jaded Heart" dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memang sedap.

Terbaik!



7 comments:

  1. Wow lawa foto inlet. Dokken apa pun sampai Back for the attack semua gerek.
    lepas tu lemau pada aku bila dah break up.

    ReplyDelete
  2. kes dokken/lynch lebih kurang sama mcm axl/slash kan?

    ReplyDelete
  3. Yg video klip atas treler tu mmg aku ingat.album ni versi mp3 je..heheh

    ReplyDelete
  4. Duduk dulu Dokken.
    Kami mahu rebiu Xpdc!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...lambat sikit...handphone aku boleh pulak dia buat hal rosak time2 hujung tahun gini...gambo semua dalam tu...hampeh!...

      Shafid dah...ko punya pulak la...kot2 ada gambo Linda Diva kat situ...hahaha...

      Delete
  5. Kagum lihat kaset itu!!Salah sebuah band favorite saya.

    ReplyDelete