Lagi cerita wayang yang aku tengok kat Astro HD..
DEAR JOHN (2010)
macam aku cakap kat entri aku yang lepas...nengok movie secara HD kat Astro berserta sound sistem yang berdentum...movie mellow drama yang berat cengini pun aku mampu nengok sampai abis...
Cerita berdasarkan novel oleh Nicholas Sparks ni memang agak slow di permulaan ceritanya...cerita jenis drama cintan yang takder unsur2 komedi ni memang kalau tak iyer2 terutamanya bagi seorang lelaki yang rocker konon2nya...memang jenuh nak mengabiskannya...tapi bila cerita ni berjaya buat orang rumah aku yang jarang2 nengok tv lebih pukul 11 malam terpaku tak tertido nengok sampai abis....maknanya citer ni memang touching la...biasa la pompuan...heheh..
Ni memang cerita syahdu...ada la sikit perang2 berdentum...maklum la watak utama dia tu seorang askar...kisah pasal sepasang kekasih yang terpisah pasal yang lelakinya nak terus berkhidmat untuk negara (selepas tragedi 911)...manakala si perempuannya tak sanggup lagi untuk menunggu...
so kalau korang rasa korang berjiwa romantis...seluar koyak main cinta...boleh la layan cerita ni...kalau tak..tak payah la...tapi jangan lupa...cerita ni la yang menolak Avatar dari kedudukan no 1 kat carta Box Office US...terer jugak kan?..
seluar koyak main cinta?
ReplyDeletesiot je..haha.
takpa layan movie camni, jangan layan movie Justin Bieber "Never Say Never" sudah..heheh
ReplyDeleteAstro suruh aku tukar HD jugak tapi camana nak buat TVnya pun tak HD lagi.
ReplyDelete