Monday, October 17, 2011

Fireball

Alang2 dah tercerita pasal album yang dah 40 tahun usianya...aku tambah lagi satu..



DEEP PURPLE - FIREBALL (1971)

Aku teringat rancangan That Metal Show yang Eddie Trunk jadi host tu...ada satu episod tu Yngwie Malmsteen jadi tetamu...dia cakap masa 70an dulu kat Sweden...kalau sebut rock bukannya pasal Black Sabbath ataupun Led Zeppelin...tapi Deep Purple...kalau rock orang Sweden cuma tau Deep Purple atau mungkin Kiss...begitulah jugak yang berlaku kat tahun2 70an kat Johor atau pun setidak2nya kampung aku...

Tak pernah pulak aku nampak mat2 rock kampunga aku zaman tu jamming lagu Black Sabbath/Led Zeppelin...yang aku ingat 1st time aku pegang gitar kapok pun orang ajar aku lagu2 Deep Purple...macamana nak jadi macam Ritchie Blackmoore...tu pasal Deep Purple tak kira zaman mana akan tetap ada tempat yang special kat dalam hati aku...so bila dah pegang duit sendiri...membeli cd2 Deep Purple la antara keutamaan aku



Mungkin dalam era MK2...Fireball lah yang pada aku susah sikit nak melekat berbanding Machine Head ataupun In Rock...tu dua dengar sekali pun dah ngam...tapi Fireball kena ambik masa sikit...mula2 dulu ada 2 lagu jer yang aku suka...tapi pasal syiok selalu layan lagu "Fireball" dan "Strange Kind of Woman" punya pasal...lama2 lagu2 yang lain pun jadi best...



Ntah kenapa lagu yang paling tak rock dalam album ni la yang paling aku suka...lagu apa lagi kalau bukan "Anyone's Daughter"...lagu ala2 country ni memang layan arr..terutama bab lirik dia tu...lawak jugak Ian Gillan ni sebenonya...



kepada sesapa yang baru nak berkenalan ngan Deep Purple...aku rasa Fireball bukanlah tempatnya untuk bermula...Ritchie Blackmoore pun tak suka album ni...Ian Gillan jer yang aku tau cakap Fireball ni best...tapi kalau bagi die hard Deep Purple...terutamanya era MK2...ini memang wajib!

4 comments:

  1. Aku suka album ni.
    lagu Fireball ni paling best giler la. Ultimate Original Speed hehe.

    Aku paling suka cd yang 25th anniversary nye yang ada extra studio tracks tu..

    lagu2 tambahan dia menarik.
    Noise Abatement Society Tapes, Slow train etc.

    ReplyDelete
  2. memang best kalau dapat collect semua yang 25th anniversary edition...tapi paham2 aje la...heheh..

    aku cuma ada In Rock dan Machine Head

    ReplyDelete
  3. machine head is the best DP album ever!

    ReplyDelete
  4. stormbringer dan burn banyak orang lupa

    ReplyDelete