Friday, October 28, 2011

Slip of the Tongue

Buat sesapa yang pergi nengok Whitesnake hujung minggu ni...enjoy!!!...dan buat aku yang tak pegi...belek2 cd dan layan jer la cd ni..



Slip of the Tongue (1989)

1987 adalah album terbaik Whitesnake bagi aku...so bila dorang nak buat album baru..expectation aku memang tinggi...walaupun tiada lagi John Sykes...tambah2 pulak Steve Vai yang akan main...lagi la tinggi pengharapan aku...tu jam nama Steve Vai sebagai seorang gitar hero memang tengah top...sayangnya seperti kebanyakan peminat Whitesnake...album ni mungkin agak sikit berbeza kalau nak dibandingkan ngan 1987 dan album2 sebelumnya...

Tu sebabnya masa ianya dirilis dulu aku tak beli pun kasetnya...aku ada banyak member2 kaki gitar yang dah konpem2 akan beli kaset ni bila tau adanya Steve Vai...so aku just pinjam ajer dan akhirnya buat keputusan tak beli...(cuma beberapa tahun lalu terbeli jugak cd ni...biasala orang yang ada penyakit cdholic macam aku...heheh..)

Album ni bukanlah tak bagus...best jugak...cumanya ia agak lain dari album2 Whitesnake sebelumnya...aku terjumpa orang post ayat ni...sesuatu yang aku nak cakap pasal Slip Of The Tongue tapi tak pandai aku nak susun ayat...

"Slip of the Tounge" is noticeably lacking that hunger. After selling 10 million albums, marrying the video vixen that inspired a thousand teen fantasies, and touring the world to sold-out audiences, Coverdale is obviously resting on his laurels. Throw a bunch of cash at the latest guitar god and record an album - life is good, right?

sememangnya album ni kurang hunger...kurang soul...terpulang pada telinga memasing la...kalau sudah dibiasakan dengan blues rock David Coverdale...sejak2 zaman Deep Purple lagi..telinga korang sure susah nak masuk Whitesnake yang lebih gelap...lebih metal ni..tapi bagi sesetengah yang lain pulak...ini lagi best...aku pulak jenis yang duk atas pagar...ada masanya aku rasa best...ada masanya aku kurang seronok pulak...



Memang tak boleh salahkan Steve Vai kalau sound asli Whitesnake sudah berubah...seorang gitar hero macam Steve Vai konpem tak akan mau soundnya sama macam orang lain...dia mau caranya sendiri...mungkin demi nilai komersil...David Coverdale terpaksa mengalah dalam bab ni...tu pasal ramai peminat otai whistenake cakap album ni out of place...

tapi kalau korang peminat gitar...peminat Steve Vai...tak der salahnya album ni...rif dan solo2 Steve Vai memang dasat...soundnya pun sangat bersih...polished abis...clear...memang layan dengar solo2 dia...dan jangan lupa pulak siapa yang main bass dan drumnya...Rudy Sarzo dan Tommy Aldridge tu...sayang Adrian Vandenberg tak dapat main pasal tangan injured...tapi line-up ni memang supergroup la...



Cekidot lagu2 macam "Judgement Day" dan "Wings of the Storm"...memang meleleh dengar Steve Vai main...even lagu2 slow macam "Now You're Gone", "The Deeper the Love" dan "Sailing Ships" lebih berhantu dari lagu2 slow John Sykes main...pada aku kesalahan Steve Vai pada otai2 fan Whitesnake kat sini cuma tiadanya bunyi blues...itu pun kalau korang rasa ianya satu kesalahan la...apa2 pun kalau ada yang rasa tak cukup puas nak dengar Steve Vai kat sini...cekidout album solo beliau "Passion and Warfare" yang diriliskan tak lama selepas Slip Of The Tongue...memang dasat...

Kesimpulannya kalau nak dengar kehebatan Steve Vai...cari album ni...tapi kalau dah terbiasa ngan era Micky Moody/Bernie Marsden/John Sykes...kena adjust sikit telinga..

6 comments:

  1. jumpa di sanaaaaa...

    oppsss tak pergi eh ;)

    ReplyDelete
  2. sailing ship kat mp3 player aku ah..haha...suka aku.

    tapi ada satu interview latest jugak, memang david coverdale mengaku ambik steve vai kesilapan besar untuk album ni.

    ReplyDelete
  3. Perkara yg sama jd pada Poison dlm album Native Tounge, salah guitarist bila album kurang menjadi..but then yg peliknya becomes 'cult' album. Mmg tak dinafi Steve Vai penyebab album ini dibeli... solo2 yg menusuk.. Looking fwd for 'The Deeper The Love' in their playlist this Sunday...

    ReplyDelete
  4. 1987 adalah masterpiece...xde album lain dari whitesnake yg boleh pukul album tu..


    jom lah esok..jom lah..jom lah..hahaha

    ReplyDelete
  5. to be honest I kind of like this album. Steve Vai has put different elements on this album and totally different from Vanderberg. AV was injured and Vai was asked to step in. Judgement Day, Sailing Ship, Now You're Gone, The Deeper The Love and Fool For Your Loving No More memang tak jemu jemu didengar..

    ReplyDelete