Thursday, October 13, 2011

Led Zeppelin IV

Asyik buat yang 20 tahun jer kan...apa kata kita lompat yang 40 tahun...kali ni ke album dari tahun 1971...kalau ko kata album ni dah tua...bagaimanalah agaknya orang yang menulis blog ni yer...heheheh...



LED ZEPPELIN IV

Album ni sebenonya tak bertajuk...malah kalau kat kaver dia tu nama band pun tak tulis...tapi disebabkan ini album ke 4 Led Zeppelin...maka ianya dikenali sabagai IV...

Semasa aku budak2...tahun2 penghujung 70an...aku memang agak kurang terdedah dengan muzik Led Zeppelin...orang2 disekeliling aku lebih kepada Deep Purple,Scorpions,Rainbow ataupun UFO...menyebabkan lagu2 dorang yang betul2 tau aku tau cuma "Stairway to Heaven"...atau mungkin "Whole Lotta Love"...lain2 tu takat dengor gitu2 dan aku tak tau tajuk...

Sehinggalah pada tahun 1989...bila aku masuk ITM...ada sorang budak bilik aku yang giler Led Zeppelin ni...dia takder kaset lain dalam koleksi dia kecuali Led Zeppelin...sampai kan nick dia pun lekat kena panggil "Led"...bila aku suh dia rekomenkan salah satu kaset tu...dia pass aku kaset IV ni..."ko pernah dengar "Stairway to Heaven" kan?...cekidot lagu2 lain dalam ni..."

Start dari situ...aku jadi familiar ngan lagu2 dari album ni...walaupun aku pernah pinjam dan dengar album2 lainnya...tapi susah nak melekat...maklum la...di waktu itu aku memang tengah kemaruk thrash...tapi mungkin kalau sekarang ni dengor...memang boleh layan ahh...



Tu pasal bila suatu masa dulu aku terjumpa koleksi cd Led Zeppelin kat kedai...yang tergerak hati nak beli dah tentu2nya cd IV ni...memang sedap album ni...selain "Stairway to Heaven"...semua lagu macam "Black Dog", "Rock and Roll", "Misty Mountain Hop", "Going to California" tu best...cumanya yang aku agak kureng adalah "Four Sticks"....

walaupun dah 40 tahun usianya...album ni tetap terasa segar bila mendengarnya...memang tak makan usia la...(mungkin lebih kurang sama ngan penulis blog ini jugak...hahaha...)...so kalau ada orang yang mengatakan IV ni salah satu album terbaik yang pernah di hasilkan di dunia ni...aku tak akan bangkang la...walaupun secara peribadinya ianya tidaklah termasuk dalam list aku...

6 comments:

  1. led zepplin.... yang ni i loike.... sou8nd drg aku suka sgt!!!

    ReplyDelete
  2. ni album
    ada sikit lagu sedap,
    banyak lagi lagu lagi sedap..,
    dan satu dua tiga lagu yang paling sedap dalam dunia

    haah

    ReplyDelete
  3. Tak dinafikan album ni memang antara yang paling diangkat oleh ramai pengkritik muzik sebagai "Best Rock Album Of The Century". Dikatakan juga irama rock dalam dunia ni bercambah daripada kumpulan ni juga (walau 1st heavy metal band tu masih Black Sabbath).

    Stairway To Heaven masih memegang record sebagai lagu yang wajib kedengaran di radio2 rock Amerika tiap hari. Mengalahkan lagu Star Spangled Banner pulak1 hahaha

    ReplyDelete
  4. suka bunyi drum Bonham dalam "When the Levee Breaks"..

    ReplyDelete
  5. album ni antara paling lama dalam list itune gua sampai sekarang.

    rock n roll memang goyang kepala. heh!

    ReplyDelete