Memandangkan MAY akan buat show kat JB 2 malam berturut2 esok (08/11 kat City Plaza dan 09/11 kat Seri Alam) yang memang aku tak pergi punya...aku buat cerita pasal cd dorang jer la...di dalam peringkat umur macam aku ni konsert2 bukan la satu keutamaan lagi...bukanlah pencen terus...tapi mengikut kesesuaian waktu dan tempat jugak la...
Tu hari Deaf ada cerita pasal album ni...cekidot SINI...Kebetulan aku memang ada simpan album ni...so benda ni jadi modal untuk entri aku hari ni..
Aku lupa beli kat mana cd ni...tapi seingat aku zaman tu tengah kemaruk semua pun nak me"metal"kan lagu2 lama terutamanya lagu2 60an...gara2 kejayaan XPDC ngan lagu "Hidup Bersama" dan album Metal 60an mereka...sampaikan Search pun kaver lagu 60an kan kat Double Trouble 2...
Zaman ni Yantzen dah blah dari May...tak silap album ni rilis lepas album Penaklukan...ni 2 jer kan yang Oney sempat rakam dengan May...suara dia sebenarnya boleh tahan jugak...tapi nak ganti tempat Mus dan Yantzen...2 orang legend rock melayu ni memang payah la...
Nak kata best...ada yang susunan muziknya memang best...thrash abis...tak caya layan Hoi Hoi Ya Hoi...ada pulak yang susunan muziknya tak berapa nak masuk kat pendengaran telinga aku contohnya Selamat Tinggal Pujaan...
Kekadang dengar macam XPDC pun yer jugak...maklum la muzik camgini XPDC dah buat dulu...nak tak nak perbandingan tu tetap ada...walaupun May sebenarnya dah pernah buat stail thrash ni sejak album Rahsia lagi...
Lagu ori dorang yang Deaf suka tu pun ada bunyi2 XPDC...lagu stail 60an ala2 Apa Nak Di Kata...kesimpulannya...kalau buat album yang trendy...apa yang orang lain dah buat dan jadi popular...memang tak leh lari la dari jadi perbandingan...mungkin masa XPC buat...benda tu benda baru...tapi zaman May buat...benda ni dah jadi overated...
Ni khas untuk die hard May sahaja...kalau tak layan jer la XPDC metal 60an..
tak tau pun album ni pernah rilis hehe
ReplyDeletethis is a very good cd. I like it very much.
ReplyDeleteFirst song.. last song...hehe