Album rock melayu yang dah pun 20 tahun
Hattan - Antem (1992)
Kalau anda tanya apakah album rock penyanyi solo melayu lelaki selain Ramli Sarip yang saya suka. Jawapan saya hanya ada dua. Samada Aris Ariwatan - Aris (1994) ataupun album ini, Hattan - Antem.
Saya asalnya tidak berminat dengan Hattan atau bandnya FRU. Malah sehingga sekarang pun saya saya hanya menyukai 3 album awal beliau sahaja. Malas nak menaip panjang. Mungkin ada boleh baca bagaimana saya menyukai album ini di >SINI<.
Album ni agak berbeza dari album pertama beliau. Kali ini muziknya mula terarah kepada blues rock. Bolehlah dikatakan semua lagunya sedap2 belaka. Yang rock leleh tu dah tentu2 la kan. Saya mengaku lagu cintan Dari Kekasih Kepada Kekasih itulah antara punca utama saya membeli kaset ini.
**Dulu saya selalu terpikir, kalau saya bersanding nanti dan kalaulah boleh pengantin rekues lagu. Ingin saya mendengar lagu Antem Pengantin Baru ketika saya di atas pelamin...tapi bila kejadian tu benar2 belaku. Kedua2 belah samada rumah saya dan rumah isteri tiada langsung memainkan lagu. Di rumah saya tiada acara bersanding dan kedua orang tua kami tak suka majlis yang bising...heh..
lagu Hani dengan lagu Kelentong Dol hancing tu layan jugak..heheh
ReplyDeleteapa tajuk lagu "entah berapa kali ku coba..."?
ReplyDeleteada dlm album ni juga kan?
Ijau..."Dari Kekasih Kepada Kekasih" la tu...
ReplyDeletekadang2 masuk melodi si Hattan ni, macam2.
ReplyDeleteoh man! Dari kekasih kepada kekasih...klasik beb...melodi lagu memang melekat kat kepala gua beb, dgr intro ajer memang dah dpt agak lagu haha...
ReplyDeleteBest best....Aris Ariwatan pun fav gak tu, album dia yg 1st, yg duduk ngan gitar tu mmg gile vavi punya vokal kuasa...huhu
ReplyDeleterasanya ada 2 killer song dalam album ni kan?
ReplyDeletefaizal...kalau lagu slow iyer la kot...Mahligai Syahdu dan Dari Kekasih Kepada Kekasih
ReplyDeleteyes...Mahligai Syahdu.....
ReplyDeleteini time dia closed gila dengan Deanna Yusoff...
ReplyDeletelama dah tak dengar cerita Deanna Yusoff...kebetulan pulak terbaca berita hari ni yang dia masih single..umur dah 50 tapi masih hot...hahaha..
Delete