Thursday, December 13, 2012

Sudah Sampai Sini - Kellie's Castle


Antara tempat yang kalau jalan jalan ke Ipoh mesti kena pergi...


Tapi rasanya tak pernah pulak di buat orang pergi ke sini di waktu malam jumaat kliwon jam 1 pagi.

Sebenarnya nak pergi siang, tapi jadual ketat, tak sempat. Dengan terkial2 mencari jalan, gps pulak tetiba gagal berfungsi, tanya orang sana sini (ada yang was2 nak tunjuk jalan...maklum la mana ada orang malam2 buta nak pegi tempat cengini...ni orang ker apa yang tanya ni...hahaha) last2 sampai sini ngam2 pukul 1 pagi.


Sayangnya tempat ni waktu malam berkunci. Tapi takder pengawal. Dapat jugak lah masuk lalu celah2 pintu pagarnya. Tapi sampai kat area parking dan tempat jual tiket ajer la. Rupa2nya nak masuk sini kena bayar. RM4. Nak ke arah istananya ada satu lagi pagar. Cadang macam nak lompat jer masuk....tapi mengenangkan suasana yang gelap gelita. Langsung takder lampu kat area istana tu....saspen jugak...dah lak takder lampu suluh...giler nak jalan meraba...



Akhirya takat bergambo kat area huruf ni ajer la...perhatikan kat belakang tu la area istana...tak nampak apa gelap gelita satu lampu pun takder...patutnya dorang bagi masuk waktu malam...baru la adventure.


btw...di dalam gambar tiada makhluk aneh kelihatan kecuali biras,adik ipar dan anak sedara yang turut serta...heheh...





9 comments:

  1. Pihak pengurusan kena amik inisiatif buat Night Adventure in Kellie's Castle..baru best!

    ReplyDelete
  2. baru hari tu aku tgk rancangan True Asin Ghost Story kat Astro (channel Bio) psl ada beberapa krew paranormal activities shooting kat tempat ni...angker jugak wooo....ada byk terjumpa Orb (benda bercahaya berterbangan, bentuk bulat) berkeliaran di waktu mlm....ada bukti dlm bentuk video footage...nak percaya ke tak ek?

    ReplyDelete
  3. Asin? pelakon tamil wanita ke?? wow!

    ReplyDelete
  4. Asin tu kira macam Masin la...hahaha...siak arr Faizal...

    ReplyDelete
  5. hehe..typo le tu.kalau versi mastika pulak macam2,ada jumpa hantu takda kepala la,hantu jepun la..

    ReplyDelete
  6. cerita versi history channel lg best, xde unsur2 angker...

    cuma menceritakan sejarah 'istana' (typical english mansion) tauke mat salleh ni, siap ada lorong rahsia lg tu

    asin? adik bradik tosin abasi

    ReplyDelete
  7. pasti takde gambar makhluk aneh? aku tgk ada.

    ReplyDelete