W.A.S.P. - The Crimson Idol (1992)
Asalnya ini bukanlah album W.A.S.P. tetapi merupakan projek solo Blackie Lawless. Tetapi atas kehendak peminat dan syarikat rakaman mereka menggunakan juga nama W.A.S.P. Untuk makluman ini merupakan konsep album.
Kebanyakan album tahun 90an yang dihasilkan oleh band2 rock/metal 80an, jarang memuaskan hati saya. Ambik contoh Motley Crue, Dokken malah Metallica atau Slayer sekalipun. Tetapi The Crimson Idol berlainan. Blackie tidak menjadi komersil. Saya sememangnya amat menyukai album ini. Mungkin bagi die hard W.A.S.P mereka sedikit kecewa kerana ketiadaan Chris Holmes. Tetapi bagi saya ianya mungkin blessing in disguise.
Bob Kulick (Kiss) mengalas tugas menyolo dengan baik sekali. Malah rasanya lebih baik dari Chris. Ada antara solo melodicnya mengingatkan saya kepada Iron Maiden. Itu tak pelik kerana mereka di bawah pengurusan yang sama. Sebenarnya ini bolehlah dikatakan sebagai supergroup juga kerana drummernya juga bukannya calang2 oarang...Frankie Banali dari Quiet Riot.
Bagi saya selain Savatage - Streets, A Rock Opera, Queensryche - Operation: Mindcrime dan Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son, ini adalah konsep album rock/metal terbaik sepanjang zaman dan mungkin jugak album terbaik W.A.S.P.
Ok la...saya akui jalan ceritanya yang berkisar pasal rockstar memang agak cliche dan cheesy. Tapi lagu2nya memang sedap. Walaupun cuma tinggal Blackie, sound masih tetap W.A.S.P. Lagu2 seperti The Invisible Boy, Chainsaw Charlie, I Am One, Doctor Rockter memang terbaik. Dan yang paling berhantu pada saya dah tentulah lagu slow Hold On To My Heart...memang klasik!
REKOMENDED!

x byk yg aku tau psl W.A.S.P. tapi kalau review bagus mcm ni, tentunya menjanjikan satu kelainan..boleh cuba dgr versi "sedut" ni nanti hehe...
ReplyDeleteaku suka i am one yang live version. sedap giler.
ReplyDeleteoo..konsep album rupanya album WASP yang ni
ReplyDeletesampai ke hari ini gua tak penah bosan layan album ni. memang sebuah konsep album yang dahsyat dari mr.blackie
ReplyDeletebe care what you wish for
it might just come trueful