Wednesday, December 19, 2012

Creatures of the Night

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30


KISS - Creatures of the Night  (1982)

Sebelum bercerita pasal album ini, ada beberapa perkara yang patut diketahui pasal Creatures Of The Night.

1- Walaupun gambar dan nama Ace Frehley ada dalam album ni tapi sebenarnya dia tidak terlibat langsung dalam pembikinan COTN.
2- Solo2 dalam album ni di mainkan oleh gitarist jemputan seperti Bob Kulick (W.A.S.P.) - jangan terkonpius dengan Bruce Kulick yang jadi anggota KISS untuk album Asylum hingga Carnival of Souls: The Final Sessions. Tapi tu adik beradik dia jugak.
3- Lain2 gitarist jemputan adalah Robben FordSteve Farris (Mr. Mister - kumpulan 80an yang popular ngan lagu Broken Wings dan Kyrie tu) dan Vinnie Vincent (turut terlibat dalam mencipta lagu)
4- Eddie Van Halen hampir2 nak join untuk ganti Ace Frehley tapi last minit tak jadi akhirnya Vincent Vincent terpilih untuk jagi gitaris tetap.
5- Bryan Adams...yer yang lagu (Everything I Do) I Do It For You tu turut terlibat dalam mencipta 2 lagu "Rock and Roll Hell"  dan "War Machine"

Album ni sebenarnya adalah album yang Paul Stanley dan Gene Simmons cuba back to basics. Setelah 2 album disco Dynasty dan Unmasked dan sebuah konsep album Music from "The Elder" yang gagal di pasaran dan peminat pun tak suka. Mereka kembali bermain hard rock.



Hasilnya terlahirlah album KISS yang heavy (pada ketika itu la). Kemasukan Eric Carr sememangnya memberi kesan kepada sound KISS. Dengarkan sahaja lagu pembukaan Creatures Of The Night. Sound drumnya lebih power...besar...gah...dan sememangnya dia lebih bagus dari Peter Criss. Walaupun dia tak boleh nyanyi lagu Beth...heheh..

Sememangnya ini adalah salah satu album terbaik KISS, sayangnya ianya selalu dibayangi sebagai album yang tiada Ace Frehley. Sebenarnya ketiadaan beliau tak memberi kesan yang besar pun. Sama jer macam ketiadaan Peter Criss. Ini adalah KISS yang berwajah baru.

Lagu2 seperti Creatures Of The Night, Rock And Roll Hell, War Machine, I Still Love You dan antem KISS "I Love It Loud" terus membawa KISS menjadi relevan di era 80an. Sememangnya salah satu album hard rock 80an yang terbaik.



8 comments:

  1. album KISS pertama aku. Bapak aku yang belikan hehehe

    ReplyDelete
  2. perghhh doc, siap bapak yg belikan album tu...aku dulu kaset yg bapak aku belikan aku ialah album kedua Zainal Abidin tajuk Gamal...album paling flop dan epic fail!

    ReplyDelete
  3. kalau x silap lagu i still love you tu dicipta berikutan mengikut kisah paul stanley yang baru berpisah dengan tunangnya... kalau silap tolong betulkan...

    ReplyDelete
  4. rebel2...bab tu aku tak sure pulak...tapi solo Robben Ford dlm lagu tu memang mengasyikkan...

    ReplyDelete
  5. saya suka versi akustik unplugged lagu i still love you ni.. paul stanley bawak sedap.. by the way saya mmg suka baca blog berteromber ni.. byk info2 rock yang saya dapat.. thanks to mr berteromber

    ReplyDelete
  6. rebel2...terimakasih...saya hanya berkongsi hobi...

    ReplyDelete
  7. best eh..
    Kiss memang fun and enjoy

    ReplyDelete
  8. awesome album. somehow I am really like Vinnie Vincent guitar lick walaupun dia main satu album. Lagu Lick it up memang best.

    ReplyDelete