Tuesday, December 4, 2012

Fire And Ice

Lagi perihal album yang menyambut ulangtahun ke 20 tahun. Kali ini meninjau album gitar hero saya.


Yngwie Malmsteen - Fire And Ice (1992)

Awal 90an adalah tahun yang kebanyakan band2 metal cuba untuk menjadi komersil. Yngwie Malmsteen juga tidak terkecuali. Ini adalah album kedua beliau tanpa Rising Force. Sama seperti Eclipse, album ini cuba untuk menjadi sebuah album yang radio friendly.

Walaubagaimanapun Malmsteen tetap Malmsteen. Walaupun majoriti lagu2nya lebih pop, hanya ada 2 atau 3 lagu sahaja yang bergenre Neo-classical speed metal tetapi solo2 laju bergulung tetap ada. Itu sudah menjadi indentiti dia. Mungkin bagi mereka yang bernostalgia 80an, album ini mengecewakan.

Terus terang cakap, saya lebih menyukai album ini berbanding kali pertama mendengarnya 20 tahun yang lalu. Mungkin faktor usia mempengaruhi saya. Seperti kebanyakan peminat lama Malmsteen, saya sering beranggapan Jeff Scott Soto adalah vokalis terbaik Malmsteen. Tetapi kini saya terpaksa mengaku yang Göran Edman juga setanding atau mungkin lebih baik vokalnya berbanding Jeff Scott Soto.



Secara ringkasnya album ni memang sedap. Produksi pun tip top. Majoriti lagu memang sedap2 contohnya "Dragonfly", "How Many Miles to Babylon", "C'est La Vie dan I'm My Own Enemy" dan juga lagu2 instrumental  seperti "Perpetual" dan  "Leviathan". Dan yang lebih menariknya tone gitar Malmsteen hampir menyerupai zaman2 awalnya.

Senang cakap ini adalah antara album terbaik Malmsteen di zaman komersil 90annya. Pedulikan mereka yang selalu mengkritik Malmsteen kononnya beliau tiada perubahan dalam permainannya. Balik2 benda yang sama. Lawaknya mereka2 ini jugalah yang mengkritik Metallica bila Metallica berubah muziknya.



9 comments:

  1. salah satu gitar hero yang terlepas pandang....terlalu tak sub dengan Page, Blackmore,Takasaki dan Hammet

    ReplyDelete
  2. aku tak terlepas pandang, taksub dgn HendriX!
    btw, aku suka 7th Sigh (vokal Michael Vescera Loudness tuu)

    ReplyDelete
  3. Jam rolex dan gitar fender.memang trademark beliau

    ReplyDelete
  4. gitar fender stratocaster warna kuning....Legend!

    ReplyDelete
  5. Malmsteen ni penyebab utama aku mula pegang gitar...tapi jari bangku...tak jugak pandai2...heheh...

    ReplyDelete
  6. ni yang lepas Odysey tu ye...
    aku tak suka, pasal aku kecewa Joe Lynn Turner dah takde.

    ReplyDelete
  7. ni yang ke2 lepas Odyssey...tapi malmsteen punya vokalist memang semua power2 belaka...

    ReplyDelete
  8. eclipse rasanya lebih sedu sedan hahaha

    ReplyDelete