Europe - 1982–1992 (1993)
Jarang sebenarnya berminat dengan album kompilasi. Tetapi cd kompilasi Europe 1982-1992 ini adalah antara cd terawal yang saya beli. Semuanya adalah kerana lagu "Seven Doors Hotel".
Disebabkan zaman tersebut susah nak dapat cd album-album awal mereka dan saya suka lagu yang kumpulan Helter Skelter ciplak jadi "Antara Syurga Dan Neraka" dalam album Clash Of Bands. Maka cd kompilasi inilah yang jadi penawar. Tapi itu cerita dulu la...sekarang saya dah ada kesemua 5 album terawal mereka. (Riak Europewi...heheh...) Dan 3 album terawal mereka pada zaman John Norum itulah pada saya yang terbaik. Mereka berubah ke arah AOR selepas tu.
Cd kompilasi ini mempunyai 11 lagu dari zaman tersebut. Anda sepatutnya mendengar lagu-lagu dari album awal mereka seperti "In the Future to Come","Seven Doors Hotel" dan "Stormwind" untuk mengetahui bahawa Europe di awal kemunculannya adalah sebuah band heavy metal. Lagu-lagunya memang heavy. Heavy metal ala 80an.
Mungkin ramai kenal Europe pasal lagu "The Final Countdown" atau pun "Carrie". Tapi banyak lagi lagu mereka yang sedap. Lagu-lagu slow dia pun feeling abis. Joey Tempest memang pandai buat lagu-lagu yang melodic. Cd kompilasi ini memang pilihan yang tepat kalau anda baru nak belajar mendengar Europe. Ada 3 lagu yang tak terdapat di mana-mana album mereka termasuk "I'll Cry For You" dalam versi akustik. Kira tak rugi juga la kalau beli walaupun dah ada kesemua album mereka.
sweden rock festival nye show dorang nak keluar cd ngan dvd ye.
ReplyDeletegiler banyak lagu dorang main, prisoners in paradise pun ada.
Baru tau rupanya lagu helter skelter tu europe punya lagu..heheh
ReplyDeleteRasanya aku ni org kebanyakan saja kot, hanya tau lagu Final Countdown dgn Carrie saja dari Europe hahaha....btw, aku suka gitaris band ni.
ReplyDelete