Thursday, September 5, 2013

Get a Grip

Ni makanan Portdy. Album yang dah 20 tahun.


Aerosmith - Get A Grip (1993)

Kalau sebut Get A Grip saya terbayang Alicia Silverstone dan lagu-lagu power ballads "Amazing","Crazy" dan "Cryin". Suka betul tengok makcik ni dulu. Mana entah agaknya sekarang.

Tak boleh dinafikan kekuatan album ni sememangnya terletak kepada 3 lagu tersebut. Bukan mudah di zaman grunge menguasai MTV, band yang bukan grunge, band 70an pulak tu dapat menembusi pasaran mainstream. Menurut Steven Tyler dalam buku biographinya, 3 lagu power ballad ini dirakam sememangnya atas kehendak syarikat rakaman. Sell out atau tidak, formula ini sememangnya menjadi. Tetapi sekurang-kurangnya lagu ni lebih rock dari lagu leleh yang menjadi lagu no 1 pertama mereka, "I Don't Want to Miss a Thing". Yang ni lagi sell out tetapi lagi berjaya.


Rasanya dengan Get A Grip, Aerosmith sekali lagi membuktikan yang formula mereka berjaya hingga membawa ke 3 zaman. Dari 70an dengan album klasik seperti "Toys in the Attic". Menyelit di zaman Hair Metal dengan album "Pump". Kini kembali menembusi tembok grunge dengan "Get A Grip". Mungkin peminat mereka dari era "Toys in the Attic" tidak suka, "Pump" pun bagi mereka adalah sebuah album yang komersial, apatah lagi "Get A Grip".

Tak kisah la kalau ada yang cakap GAG terlalu komersial. Tetapi bagi casual fan macam saya kira ok la. Lagu-lagu rancak macam "Eat the rich" dan "Fever" memang sedap. Tapi paling saya suka lagu “Livin’ On the Edge”. Sedap. Melodic. Solo Joe Perry yang lazat. Suara Steven Tyler yang tak tua-tua. Muzik video dia pun best...walaupun yang ni tiada Alicia Silverstone. :P




5 comments:

  1. alicia silverstone... lama xdgr nama ni

    ReplyDelete
  2. aku takde cd ni kot, tapi kaset dia zaman sekolah dulu lunyai jugak la dalam walkman.

    ReplyDelete
  3. Alicia Silverstone sekarang byk berlakon tv series saja, tak ingat yang mana satu...tapi video music yg epic dari Aerosmith ialah "Crazy" sebab ada Alicia dgn Liv Tyler sekali...double the fun!

    ReplyDelete
  4. Lagu2 yg di sebutkan tu memang sampai sekarang selalu jugak di dengar..btw,filem terbaru alicia ialah "Vamps" filem horror komedi

    ReplyDelete
  5. kalau dipilih satu album dalam semua koleksi yang saya ada,
    saya akan pilih Get A Grip, ada kenangan manis di situ

    ianya lebih kurang seperti moment akil balighnya rock spirit saya, ketika itu....dah jadi peminat sound rock nroll blues yang tegar.

    at that time all of my friend prefer scorpions, metallica , Bon Jovi...saya sorang je jadikan Aerosmith sebagai "The One".

    The One = my music libido.




    Cryin - Amazing - Crazy - Living On the Edge -

    ReplyDelete