Monday, September 9, 2013

Flick of the Switch

kumpulan lagenda dengan album mereka yang dah masuk 30 tahun.


AC/DC - Flick of the Switch (1983)

Tak kisah la zaman apa...grunge atau alternative. AC/DC tetap AC/DC. Mereka tidak pernah sellout. Ini adalah suatu perkara yang saya cukup respek dengan mereka.

Kalau ada biasa dengan BERTEROMBER, tentu anda tahu yang saya hanya mula mendengar AC/DC secara serius sejak dari tahun lalu. Tetapi saya menjadi ketagih untuk mendengar mereka selepas itu. Maka secara jujurnya saya tidak pernah mendengar Flick of the Switch ketika ianya diriliskan 20 tahun yang lalu. Pertama kali mendengarnya adalah pada penghujung tahun lalu. Ini adalah sebuah album yang tak terhegeh-hegeh, tak terkeseng-keseng, tak meleweh. Up tempo. Straight forward rock n roll. Kuatkan volume anda dan GO!!!.



Ianya mengingatkan saya kepada album-album awal mereka di era Bon Scott. Rupa-rupanya mereka sememangnya mahukan begitu, Sebuah album yang back to basic. Pada saya mereka berjaya. Soundnya raw seakan-akan rakaman live dari studio dengan sound gitarnya yang berdentum. Adik beradik Young memang tak pernah mengecewakan saya.

Lagu -lagu seperti "Rising Power", "Guns for Hire" dan "Bedlam in Belgium" memang sedap. Sayangnya jika telinga anda belum terlatih untuk mendengar AC/DC, pastinya kebanyakan lagu-lagunya akan kedengaran seperti sama. Flick of the Switch memerlukan sedikit masa. Ianya bukanlah catchy dan pop seperti Back In Black.

Bukan untuk pendengar casual. Tetapi untuk untuk peminat AC/DC khususnya, This is heavy rock n' roll!!!!




7 comments:

  1. "...jika telinga anda belum terlatih untuk mendengar AC/DC, pastinya kebanyakan lagu-lagunya akan kedengaran seperti sama"

    ini aku setuju, haha~

    aku juga hanyalah peminat casual AC/DC

    ReplyDelete
  2. Dalam hal ni aku sama macam ijau...just a casual fan of acdc

    ReplyDelete
  3. Album ni jer yg lum penah dengar lagi..acdc sama mcm maiden takkan sellout mcm metalika..
    Btw,ayat "terkeseng2" lama dah aku tak dengar..selalu arwah mak aku je yg sebut..hehe

    ReplyDelete
  4. tak silap ni album yg dorang fully produced sendiri..so sound dia memang raw n loud

    ReplyDelete