Friday, September 27, 2013

So Far So Good

Lagi album kompilasi kegemaran yang dah 20 tahun.


Bryan Adams -  So Far So Good (1993)

So Far So Good...takder So What. Ini bukan Megadeth dan ini bukan metal. Ketika zaman cd mula mengantikan kaset. Satu-satunya penyanyi yang bukan metal yang saya ingin upgradekan kasetnya ke cd adalah Bryan Adams. Ini kerana saya memang peminat Bryan Adams. Kalau tak silap cd ini dibeli di Muzika Records, Plaza Kotaraya, JB. Tempat yang sama beberapa tahun sebelumnya kasetnya dibeli.

Ketika budak-budak dulu zaman terpengaruh dengan Duran Duran, belum rock, ada beberapa lagu yang saya dengar di radio yang saya rasakan lagu-lagu mereka lebih kena dengan jiwa. Lagu-lagu yang jenis guitar oriented. Lagu-lagu tersebut terutamanya lagu-lagu dari Rick Springfield dan Bryan Adams.

Bermula dari lagu "Straight from the Heart" dan "Cuts Like a Knife". Kemudian bila munculnya album Reckless (antara all time fav pop rock album) dengan lagu-lagu seperti "Summer of '69", "Somebody", "Run to You","One Night Love Affair"  dan "Heaven"  memang saya dah jadi peminat dia dah.


Tapi saya stop follow dia selepas album Waking Up the Neighbours. Rasanya selepas kejayaan besar dia dengan lagu balada meleweh filem Robin Hood, "(Everything I Do) I Do It for You", Dia dah mula menumpukan lagu-lagu yang jenis macam tu. Lagu-lagu hits dia selepas tu macam "Please Forgive Me" "All for Love" "Have You Ever Really Loved a Woman?" tu semua jenis balada meleweh yang saya kurang nak masuk dah.

Zaman Bryan Adams terbaik pada saya adalah zaman Cuts Like a Knife (1983) hinggalah Waking Up the Neighbours (1991). Selepas dari itu memang saya tak follow dah. Maka kompilasi ini memang tepat bagi sesiapa yang nak mula dengar Bryan Adams. Ianya menghimpunkan lagu-lagu terbaik beliau di zaman tersebut. Zaman Hard Rock. Walaupun ada beberapa lagu rancak beliau tiada.




15 comments:

  1. Replies
    1. Back To You zaman aku dah tak follow BA...

      btw..mana review Metallica?

      Delete
    2. nanti dah sejuk...gua up la...kekeke

      Delete
  2. hah~ antara album kompilasi yg masuk dlm list estock_deutschland aku (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat estock_deutschland tak sampai RM15 pun...hehe...

      Delete
  3. Terbaik kompilasi ni, tapi aku fikiran kenapa takde lagu thot i die and go to heaven.
    Ooohhh lagu yang paling best giler hahahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi lagu best takder....satunya yg aku suka "One Night Love Affair".
      ..kena double disc la baru puas...

      Delete
  4. Intro lagu Summer Of 69 memang melekat kat kepala aku sampai bila2...gua ada kaset ni dulu...memang terbaik!

    ReplyDelete
  5. paling di sukai lagu 'Heaven'..memang memang menusuk kalbu..heheh

    ReplyDelete
  6. Satu lagi album nostalgia gua..konon2 nak bagi lagu Please Forgive Me kat awek sebab ada krisis...tapi tak jadi sebab bapak jiwang sangat, metal la katakan...Tapi last year baru bagi kat dia (dah x), dia cakap kalau bagi lagu tu masa tu,maybe dia akan accept...ha ha ha, cintan mengenang cintan dulu2..

    p/s - ManU fan too...

    ReplyDelete
  7. Muzika Records, Plaza Kotaraya tu dulu memang terbaik la.. sayang dah takde lagi tempat cam tu kat jb...


    aku ada Cuts Like a Knife dan Reckless dalam bentuk vinyl... hihi bukan racun ok ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kotaraya sejak dah jadi Galleria memang hampeh...langsung satu kedai cd pun takder....

      sila review vinyl tersebut supaya boleh bertukar menjadi rachun...heheh..

      Delete