Friday, September 13, 2013

Face the Heat

Band 70an yang terus bertahan pada 20 tahun yang lalu.


Scorpions - Face the Heat (1993)

Scorpions berada di kemuncak komersialnya pada album Crazy World (1990). Sudah semestinya ini album yang sukar. Bukan senang untuk mengekalkan kedudukan di atas. Hasilnya Bruce Fairbairn di bawa masuk sebagai producer. Berbekalkan kejayaan multi platinum dengan album-album seperti Slippery When Wet (12x Platinum), New Jersey (7x Platinum), Pump (7x Platinum), Get a Grip (7x Platinum), Permanent Vacation (5x Platinum), The Razors Edge (5x Platinum), Flesh & Blood (3x Platinum) dan Balance (3x Platinum) sudah semestinya kepakarannya di tagih. Sayangnya album ini tidak berapa menjadi dari segi jualannya. Mungkin atas 2 sebab. Peminat lama seperti saya tidak lagi berminat dengan mereka kerana arah tuju muziknya yang semakin berlainan manakala peminat baru lebih terpengaruh dengan muzik grunge/alternatvie yang sedang memuncak.

Walaupun begitu saya cukup tertarik dengan lagu "Alien Nation". Kalau ini bukan metal, tak tau la nak cakap apa. Mungkin ini sound paling berat pernah dihasilkan oleh mereka di zaman tersebut. Intronya adalah antara yang paling saya suka. Kadang-kadang membuatkan saya teringatkan intro South Of Heaven. Tidaklah sama tapi feelnya hampir sama.


Sayangnya lagu-lagu lainnya kurang menyengat. Mungkin "No Pain No Gain" boleh tahan. Lagu bertema keamanan ala-ala "Wind Of Change""Under the Same Sun" pun alrite. Kebetulan pula  2 lagu tersebut adalah kolaborasi Klaus Meine bersama Mark Hudson (bapa saudara Kate Hudson) yang banyak mencipta lagu bersama untuk Aerosmith. Nampak sangat arah mereka ketika itu untuk menjadi lebih komersial.

Walaupun begitu lagu-lagu slow rock mereka memang sedap. "Lonely Nights" sedap. "Destin" dan "Daddy's Girl" yang jadi bonus track untuk pasaran Eropah dan Malaysia pun sedap. 3 lagu ini bersama "Alien Nation" adalah sebab kenapa saya meng"upgrade"nya kepada cd.




5 comments:

  1. Under the same sun memang evergreen la lagu tu...

    ReplyDelete
  2. sound album ni memang heavy,hampir nak sama dengan Adrenalize - Def Leppard

    ramai yang skip album ni sebab tak suka "under the same sun" yang agak meleweh, sehingga mereka terlepas untuk menikmati "Lonely Night " dan " Woman".


    ReplyDelete
  3. Alien nation memang layan lagu dia.mmg style riff dia ala slayer..lagu ni dgn lagu under the same sun je yg selalu aku dgr dulu..heheh

    ReplyDelete
  4. Ni album scorpions main kat tv singapore, laureta alabon nye show.
    Fandi ada, fandi tanya dorang sokong team apa?
    Ruldof schenker tak salah, jawab bayern munchen.
    Tu baru aku tahu sebutan munchen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ingat2 lupa...masa promosi album ni kot yg dorang datang Plaza Kotaraya, JB...time tu aku kerja kat menara JCorp sebelah tu...dorang datang hari kerja...so aku ngulor cabut nak tengok dorang...heheh...

      Delete