Tuesday, September 17, 2013

Wayang...

Antara filem yang sempat di tonton sepanjang minggu lalu...



The Incredible Burt Wonderstone (2013)

Selepas di"magic"kan dengan menonton filem "Now You See Mee" sebelumnya. Sekali lagi menonton filem yang bertemakan silap mata atau magic. Tetapi kali ini yang bergenre komedi.

Tidaklah sehebat "Now You See Me". Tetapi kalau dah Steve Carrell, Jim Carrey and Steve Buscemi berkumpul dalam satu filem. Memang dah tau la apa jadi. Memang lawak. Tapi sayangnya dari segi jalan ceritanya agak biasa-biasa sahaja. Terlampu predictable. Tetapi lakonan Jim Carrey untuk watak jahat sebagai ahli silap mata jalanan ala-ala macam Criss Angel memang terbaik. Pada aku dia adalah penyelamat.

Boleh lah untuk happy-happy menonton waktu cuti.





World War Z (2013)

Sebuah lagi cerita pasal zombie. Ini filem budget besar. Pelakon pun dari Hollywood Kelas A. Seperti Tom Cruise, Brad Pitt adalah satu nama yang boleh jadi tarikan untuk menonton tidak kira apa cerita sekalipun. Best atau tidak. Pada aku World War Z adalah kategori pertengahan. Jalan cerita yang biasa-biasa sahaja.

Teknik CGInya memang menarik tetapi ada masanya macam over pulak. Zombienya pun nampak kartun sangat. Tiada adegan gore darah memancut kill kill die die yang keterlaluan. Mungkin kerana untuk mendapatkan rating filem untuk keluarga. Tapi kalau biasa tengok 'The Walking Dead', zombie dalan WWZ agak kurang menyeramkan.

Memang ok untuk tontonan keluarga. Tapi bagi aku kalau nak cerita zombie yang lebih best baik cari “Dawn of the Dead” (tak kira yang ori atau remake), “28 Days Later”, “Shaun of the Dead”, “Zombieland” atau pun “Planet Terror”.

Rasanya WWZ akan ada sambungan. Harap-harap sambungannya nanti akan ada betul-betul perang zombie kerana yang ini tak berapa nak berperang sangat.




Titanic (1997)

Ok..ok..jangan gelak. Metal pun layan jiwang jugak beb.

Tapi seriously, ini baru kali ke 2 aku menonton filem ini. Pertama kali ketika ianya diriliskan. Tengok vcd kalau tak silap. Mungkin dalam tahun 1998 di zaman filem ini tengah hot diperkatakan. Aku pun dah tak berapa ingat detail ceritanya. Lama sangat dah. Beberapa kali dah di tayangkan di tv, tetapi asyik aku termiss. Time aku free takder pula tv tayang. Sehinggalah hari rabu lepas ianya sekali lagi di tayangkan di astro. Dalam betuk HD pulak tu. Kena pula dengan sistem AV nya. Ini baru satu kepuasan. Heh!

Kisah epic ni tak payah lah aku nak komen apa-apa. Ada lagi ker yang tak tengok?. Tak payah la nak buat-buat habuk masuk mata...hahaha. Respek aku kat filem-filem Hollywood yang berjaya buat cerita rekaan berdasarkan peristiwa sebenar. Wajib tonton.

Tapi...seakan-akan pertama kali menonton pulak. Macamana aku boleh terlupa adanya adegan Rose suruh Jack lukis potretnya dengan hanya "Wearing this...wearing only this..."  (gulp).... bukan aku...Jack Dawson yang telan ayar liur...hahaha...







6 comments:

  1. You jump, i jump...bak kata Jack hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sekali tiga filem review, Siri TV takde review ka?? Misalnya serupa macam Rancangan TV Daud Suratman nih??(klik)

      Delete
  2. hahaha akupun smlm sempat layan bbrp filem kat HBOHD dan FMPHD... sbb astro bukak semua channel (kecuali PPV & best) sempena hari malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time free ni takder benda yang lebih menarik selain layan Bintang tengok Opera Van Java...heheh..

      Delete
  3. aku baru katam wwz kul 3 pagi tadi...

    ReplyDelete
  4. Percaya tak aku baru pertama kali tengok titanic yg versi 3D main kt wayang tahun lepas,tu pun setelah di paksa oleh bebdk housemate aku nak tengok versi 3D punya pasal..heheh..kalo dulu filem lakonan kate winslet ni mesti ada adengan buka bukaan punya..

    ReplyDelete