Thursday, September 26, 2013

Red

Ni entri bukan pasal Liverpool bungkus dengan Manchester United league cup pagi tadi...(hahaha)...tapi pasal buku yang baru habis dibaca.


Red: My Autobiography - Gary Neville


‪"Gary Neville is a red! He hates scousers"

Ini kisah Gary Neville. Seorang budak biasa yang berjaya mencapai cita-citanya untuk bermain dengan kelab yang menjadi idolanya sejak kecil. Tak sangka dia juga berbakat menjadi penulis.

Dah banyak buku autobiography Manchester United yang aku baca. Tapi rasanya yang ini paling aku suka. Sebabnya Gary adalah die-hard fan Manchester United. Peminat sejak dari kecil. Tak seperti pemain lainnya yang hanya dibayar gaji untuk bermain bersama United. Peminat yang bermain dengan kelab diminatinya sejak kecil, passion dan semangatnya memang lain. Gaya penulisannya pun seolah-olah dari kacamata seorang peminat. Membacanya pun aku jadi bersemangat. 2 hari dah khatam.

Seperti banner kat Old Trafford yang tertulis "United, Kids, Wife", buku ini turutannya juga begitu. Tiada langsung cerita hal-hal peribadi luar padang. Tiada kisah cinta. Kalau tak silap hanya sekali sahaja kot nama isterinya disebut. Sedari awal ceritanya hanya berkisar hal-hal bolasepak yang dilaluinya bersama-sama lagenda bolasepak sezaman dengannya tak kira England mahupun Manchester United. Ada Fergie's Fledglings,Cantona,Ronaldo,Rooney lain-lain dan tak lupa juga The Boss (SAF).

Gary memang true.

Rekomended untuk peminat United. Tapi kalau anda Liverpool pun apa salahnya....mungkin nanti kot-kot terbuka pintu hati...hahaha...




10 comments:

  1. dekni sebagai right back, terbaik giler. Walau jahat cam Hitler.
    Walau dia main bastard ngan Reyes tu sampai melambung2 mamat Sepanyol tu memang legend tu game.
    Aku suka dia ejek2 cium2 badge depan fans Liverpool. Lawak giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam buku ni dia ada cerita pasal game ngan arsenal tu...dia siap cakap pemain arsenal lembik...kena tackle ganas sikit mental dah koyak...hahaha...

      Delete
  2. Ingatkan christian bale (batman) muka nak serupa

    ReplyDelete
  3. Kena cari buku ni. Phil Naville kalo x silap pernah ada column dia sendiri dlm magazine MU. GGMU!

    ReplyDelete
  4. Yang best pasal keluarga Nevillenie, merekanie sport punya family. Kakak diaorang wakil England main netball. Gary dengan Phillips juga boleh main kriket secara profesional. Cuma mereka pilih main untuk Man Utd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kalau kembar Phillips tu lelaki...konpem dia pun wakil Utd..

      Delete