Friday, September 6, 2013

Masquerade

Kadang-kadang kita terjumpa filem yang bagus dengan tidak di sengajakan


Masquerade (2012)

Menonton astro secara random menemukan saya dengan filem Gwanghae: The Man Who Became King atau nama lainnya Masquerade. Ia adalah sebuah filem Korea yang ditayangkan di astro box office channel 952.

Sesungguh saya tidak pernah tahu keujudan filem ini. Hasil pen'google'an baru lah saya tahu yang rupa-rupanya filem ini adalah filem ke 4 yang mendapat kutipan box office tertinggi dalam sejarah filem Korea Selatan. Memenangi banyak anugerah filem di Korea Selatan termasuklah filem, pengarah, pelakon dan lakon layar terbaik. Memang tak boleh di nafikan kerana sememangnya filem ini bagus.

Filem fiksyen yang berlatarbelakangkan sejarah sebenar Korea Selatan di zaman Raja Gwanghae (1574-1641) ini asalnya nampak seperti sebuah filem serius yang membosankan. Tetapi selepas beberapa minit saya mula menyukainya. Tambah menarik bila ianya diadunkan dengan elemen komedi yang tidak berlebihan. Kekuatan utamanya jelas pada lakonan terbaik dari Lee Byung-hun. Saya tidak berapa mengenali pelakon ini. Maklumlah saya bukannya peminat K-Pop (heheh...). Tapi saya pernah melihat lakonannya dalam Joint Security Area (2000), A Bittersweet Life (2005) dan The Good, the Bad, the Weird (2008). Ternyata dia bukan calang-calang pelakon malah pernah memegang watak Storm Shadow dalam filem Hollywood, G.I. Joe: The Rise of Cobra, dan sekuelnya G.I. Joe: Retaliation.

Secara ringkasnya cerita ini berkisarkan seorang rakyat biasa yang mukanya seiras raja di upah untuk menggantikan raja yang sakit secara rahsia. Dalam tempah 15 hari "pemerintahannya" beliau mengunakan kuasanya untuk membela rakyat dan mula disukai oleh pekerja istana termasuk memikat semula hati permaisuri. Cerita seterusnya sila tonton sendiri. Ada yang kata idea ceritanya seakan filem "The Prince & The Pauper". Tetapi saya tidak pernah menonton filem Mark Twain ini. Maka tak boleh lah nak buat perbandingannya.

Kepada sesiapa pelanggan Astro Super Pack atau yang ada melanggan Astro Box Office masih boleh menontonnya disepanjang bulan September ini. Selamat berK-Pop!




6 comments:

  1. bilalah agaknya astro nak bukak semua channel "free utk seminggu" mcm tahun lps (eh, tahun 2011 kot?)

    ReplyDelete
  2. Alamak..versi dvd ada ke?nak kena "ber k-pop" jugak ni..heheh..menarik jln cerita dia

    ReplyDelete
  3. Lee Byung Hun paling best lakonan dia dalam filem I Saw The Devil, dia jadi polis yang sedang mencari pembunuh psychotic yang membunuh tunangnya dengan kejam...kena cari tu jugak bro...by the way, watak Storm Shadow dia dlm GI Joe retaliation tu cuma pengenalan beliau dalam dunia hollywood, lepas ni confirm laku la dia di sana.

    ReplyDelete
  4. sejak menjak nih....blog ni ada filem korea aje.. terbabit dengan anak ke apa nih?? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah JAKIM kata Metal tak boleh..layan KPOP ajer la...huhu...

      Delete