Sunday, December 28, 2014

Nasi Arab Wadi ElArab

Sesekali jadi blog jalan-jalan cari makan...


Bukanlah pengemar nasi arab. Tetapi disebabkan banyak kali dah dengar orang bercerita, makanya test cuba try...



Restoran Nasi Arab Wadi ElArab adalah salah satu restoran nasi arab yang terkenal di Johor Bahru. Ada 2 cawangan. Satu di Kampung Melayu manakala yang seperti di gambar ini adalah cawangan di Jalan Kebun Teh.


Nak lebih menarik sila pilih makan menggunakan dulang. Lain-lain menu pun akan diletakkan dalam satu dulang. Contoh gambar di atas Nasi Arab Ayam Mandy di letakkan bersama-sama dengan apatah tajuk menu yang satu lagi tu...lupa dah...

(gambar nasi adalah helah semata-mata....err...sebenarnya nak ambik gambar awek kat belah kanan tu...hahaha)

Nak lagi best..pilihlah untuk makan bersila..baru feel macam kat negeri Arab. Orang rumah kata sedap...tetapi bagi tekak melayu macam saya yang lebih sukakan nasi yang berkuah...kira ok ok ajer la...

Sebenarnya selain dari masakan arab, mereka juga ada menyediakan pelbagai menu yang lain.



ok...boleh juga bergambar denga patung unta...khabarnya di import dari negara arab..




5 comments:

  1. Berteromber kau makan nasik ambeng yang dulang besar share 4 orang tu tak?
    Anywah, dulu2 zaman budak2 nanti gi rumah2 orang, maulud then makan gini la kan...
    Sekarang time bulan puasa masih ada masjid buat gini la time buka

    Support local malay makcik2 business dont forget.. arab2 ni sikit2 sua. Hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. tradisi makan nasi ambeng satu dulang tu taman perumahan aku masih amalkan setiap kali buat majlis maulud nabi...

      Delete
  2. Hahaha..awek kpj tu..apa daa dating tapi masing2 main phone..
    Aku tak penah try lagi nasi arab ni..dah ko kata ok nanti balik Jb aku try la.

    ReplyDelete
  3. beliur juga aku pagi2 baca ni, belum sarapan katakan...

    ReplyDelete