Thursday, December 11, 2014

W.F.O.

Thrash yang dah 20 tahun....


Overkill - W.F.O. (1994)

Mereka sangat underated. Tidak banyak band thrash yang terus menerus bertahan di zaman 90an. Metallica, Megadeth, Anthrax dan banyak lagi telah berubah. Mereka tidak terkecuali. Album sebelumnya I Hear Black (1993) menyaksikan mereka juga terkena penangan groove metal.

Namun begitu untuk W.F.O. ("Wide Fuckin' Open") mereka kembali bermain thrash. Walaupun ianya bukanlah 100% thrash yang asli. Masih ada bayangan groove metal tetapi sekurang-kurangnya dapat juga mengembalikan nostalgia zaman thrash 80an terutamanya bahagian rif keras hanguk kepala dan chorus "singalong"nya yang catchy.

Suatu yang berbeza untuk album ini adalah sound bass D.D. Verni yang agak kuat. Terlalu kedepan kadang-kadangnya mengatasi bunyi gitar Rob Cannavino dan Merritt Gant. Agak pecah juga sound radio mini compo cap ayam saya bila volume dinaikkan.


Antara lagu yang menarik adalah Where It Hurts, Fast Junkie dan Bastard Nation. Sayangnya kali ini mereka tidak meneruskan trademark lagu-lagu slow thrash mereka seperti "Soulitude" dan "Shades of Grey". Satu-satunya lagu slow adalah Instrumental "R.I.P. (Undone)" yang mereka tujukan khas buat mendiang Criss Oliva (Savatage).

Walaubagaimanapun tabik buat mereka. Tak kisahlah kalau asyik bertukar anggota. Yang pentingnya Bobby "Blitz" Ellsworth dan D.D. Verni terus menerus memperjuangkan irama thrash mereka tanpa mengira zaman.

Salut!










5 comments:

  1. belum perna dgr lagi overkill ni

    ReplyDelete
  2. " years of decay " masih tetap di hati. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Years of decay sedap...tapi pada aku the bestest adalah "horrorscope"

      Delete
  3. overkill layan woo..memang thrash kental ni..tapi susah betul nak jumpa vinyl overkill ni..heheh

    ReplyDelete