Monday, December 15, 2014

Goreng Pisang Mawar

Sesekali cerita bab makanan...

Kat JB ni kalau cerita pasal kat mana nak cari goreng pisang yang sedap...sudah pasti antara jawapannya adalah "Goreng Pisang Mawar".



Kenapa namanya "Mawar"?..rasanya bukan sebab towkeynya bernama Mawar atau dia suka bunga mawar. Tetapi mungkin bersempena dengan lokasinya yang bersebelahan dengan bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar).

Senang nak cari tempatnya. Di Jalan Sg Chat. Bersebelahan Thistle Hotel JB. Di kawasan Galeri Mawar dan Kedai Bunga Kim Florist. Seberang jalannya pula adalah Padang Seri Gelam. Tempat latihan pasukan JDT. Kalau nasib baik memang boleh jumpa player JDT makan kat sini.


Yang sedapnya pada tekak saya adalah kerana tepungnya yang di goreng rangup dan isinya pun lembut dan manis kerana menggunakan pisang nipah yang telah masak. Makan tengah panas-panas lepas goreng memang "kick" la..


Dia yang bertambah sedap bila cecah dengan sambal kicap. Ni memang gaya orang Johor. Makan apa-apa pun mesti ada sambal. Memang suka pedas. Tu pasal makan roti canai pun cecah sambal.

Tempat ni kalau tengahari memang sesak la. Siap beratur kalau nak beli. Dia bukan setakat hanya jual goreng pisang. Ada juga kuih muih, nasi lemak, nasi ambang dan yang paling saya suka adalah mihun goreng ni...


Uniknya dibalut dengan daun pisang dengan harga RM2. Betul-betul mengingatkan kepada mihun goreng yang dimakan di kantin sekolah semasa kanak-kanak dulu.

Sedap!



***sebenarnya goreng pisang ker pisang goreng ek?..mana satu yang betul...tapi orang Johor memang guna perkataan goreng pisang..






10 comments:

  1. ***sebenarnya goreng pisang ker pisang goreng ek?..mana satu yang betul...tapi orang Johor memang guna perkataan goreng pisang..

    "goreng mee atau mee goreng?"

    meh aku jawab:
    goreng pisang - merujuk kepada perbuatan menggoreng pisang
    pisang goreng - merujuk kepada pisang yg telah digoreng

    jd, jika merujuk kepada nama makanan, maka pisang goreng adalah jawapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku registerkan "Goreng Pisang" sebagai Kata Nama, maka hukum di atas adalah terbatal.

      Delete
    2. hahaha kata nama khas, siap ejaan start dgn huruf besar tu~

      Delete
  2. oh suka senarnya makan goreng pisang johor sebab cicah sambal! hahaha

    ReplyDelete
  3. goreng pisang as far as I know is the right one.
    Pasal dari kecik2 kan nanti orang jual " goreng pisang...pulut panggang..."
    so I assume the sellers know better haha

    ReplyDelete
  4. Ada skali aku beli goreng pisang kt sini,aku tanya la ada sambal kicap tak kalo ada nak sikit...skali makcik tu tanya "awk org johor ya,johor je yg ada goreng pisang sambal kicap" so the next day till now,makcik tu jual siap dengan sambal kicap skali..heheh

    ReplyDelete
  5. beliur ku tgk goreng pisang cicah sambal... kat tempat aku ni ada juga jual goreng pisang, tak sedap, kadang tu pisang dia dah kecut...

    ReplyDelete
  6. aku lak suka mkn goreng pisang kat kpg melayu..dkt2 dgn masjid tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kat kg melayu tak pernah try...tapi kat larkin dkt masjid tu pun ok jugak...

      Delete