Monday, December 8, 2014

Beginning

Kaset khazanah negara yang dah pun berusia 20 tahun...


V.A - Beginning (1994)

Seperti yang saya katakan dalam "Pop is Dead?". Tahun 1994 adalah tahun besar bagi pengemar muzik alternatif di Malaysia. Bermacam-macam band yang berkonsep sebegini muncul samada secara underground mahupun mainstream.

Mungkin mengikut trend era 80an dengan kompilasi seperti Battle of the Bands, Juara Juara Rock, Clash of the Band dan lain lain lagi, era 90an juga tidak terkecuali. Yang bezanya cuma genre dan bahasa. Kalau dulu rock dan heavy metal tetapi mengguna bahasa melayu, kini rock alternatif tetapi entah kenapa mesti menggunakan bahasa inggeris. Mungkin mereka kumpulan orang-orang bandar bukannya kampung macam heavy metal. Agaknya la kot... haha....

Selain  A Circle of Friends dan Alternative Connection, ada juga satu kompilasi yang dikenali sebagai Beginning. Menampilkan kumpulan-kumpulan seperti Happy Nightmare, Saturnine, ABC...Dead, Barmy System dan T.R.Y. Mungkin kalau mahukan ulasan yang lebih menyeluruh boleh sahaja baca di blog Dissecting the Euphony di >SINI<.



Maklumlah, muzik sebegini bukannya makanan saya. Makanya agak kurang sesuai untuk saya yang memberikan ulasan. Apa yang saya ingat Arwah Bob KU2 ada terlibat dengan ABC..DEAD yang ada menyumbangkan lagu dalam kompilasi ini.

Tetapi apa yang paling saya ingat dari kompilasi ini adalah lagu Liquid Love dari Saturnine. Memang sedap sehinggakan saya membeli album-album solo mereka. Sayangnya sehingga kini tiada satu pun kumpulan dari kompilasi ini yang masih dapat bertahan...




4 comments:

  1. ingatkan kompilasi luar ni. perna tgk org jual.

    ReplyDelete
  2. eh? mana entri ww vinyl passion tadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku buat scheduled post...sekali salah date laa....hahaha....

      Delete
  3. Aku pun tekejut pasal awal sangat entri ww tadi..heheh..kaset tu pun aku penah beli dulu.dengar skali lalu je.last2 kasi kat member.tapi saturnine mmg best la.

    ReplyDelete